Sunday, June 7, 2015

New life

Soksek2 by Aida & Riana at 6:22 AM 12 girls dh soksek2 together
Salam. Lama sgt tak update blog. New life yg sgt2 bz. I'm fulltime housewife now. Yeehaaaa mmg heaven tak terkata, pnt pun tak terkata. We are running our biz seriously right now. Alhamdulillah dgn rezeki Allah. 

Since last year company dh start restructure semua dept. Then korean dah start mengacau kerja I, dgn Instruction yg berserabut, bos bg arahan lain, yg korean suruh buat lain, stress sgt masa tu. Atfirst I just nak unpaid leave 1 month je. After 2 days i decide nak resign terus. Walaupun dalam hati tu cust sgt kan, takut ekonomi goyang, tp tawakkal jek. Family n husband bg fully support. Lega. Ni dah almost 3 months dok umah. 

The best thing bile dh resign ni, blh g holiday tanpa pk cuti. Ha3. Just kena make sure kerja semua siap, order semua siap pos, done. Last weekend weols buat suprise utk ibu. Plan for a vacation without she knowing anything. Kitorg gerak 2 kereta. Ibu naik dgn weols. Dh pakat dgn adik, suruh gerak lambat sikit, packingkan baju ibu. Mula2 weols g kl. g lawyat, then singgah our booth kat AEON Wangsa maju, lepas tu konon nak gerak balik. Tp weols sume drive to genting. Saja nak amik angin sejuk sikit. Yg ibu ni blh tak perasan kitorg tgh drive ke genting. Dah sampai atas, baru la ibu perasan. Nak celebrate bday ibu kat sana sebenrnya.




Mmg takde apa2 pun atas tu. outdoor theme park tgh renovate. Saja je nak gathering ramai2. Lama jgk kitorg balik melaka. Sgt2 la hepi bila tgk parent hepi. Bawak diorg jalan2 makan2. Sementara diorg masih sihat, boleh berjalan, bawak diorg jalan puas2. 

Ok, jap lg nak balik umah mentua pulak. Dh lama jgk tak balik ni. Dah feeling mcm si tanggang dh ni



Thursday, January 15, 2015

Bandung Trip 2015

Soksek2 by Aida & Riana at 1:20 AM 123 girls dh soksek2 together
Salam uols,

Org slalu g holiday hujung2 tahunkan, tp disebabkan cuti kitorg dah nazak sgt hujung tahun, so kitorg g holiday awal2 tahun. Pergi bandung jek. 4 Hari 3 Malam, naik Airasia. Tiket beli 8 bulan yg lepas dgn harga, RM150 per person. Naik dari JB. Masa tu diorg tgh promo new route. So murah jek. Pergi berempat dgn hubby, bff, and his mom. My bff ni yg buat semua itinerary. Dia ni mmg details sgt orgnye. So semua bnda termasuk driver, tempat makan, tmpt soping, dia yg arrangekan. Kitorg follow jek.

Siapa nak itinerary tu, blh msg i ye. Malas nak tepek excel tu kt sini. Hehehhe. 1st day kitorg plan nak g tangkuban perahu. Tp supir kata, Tangkuban perahu tutup sebab gunung berapi tu aktif balik. So kitorg  terus g makan kat Kampung Daun. Environmentnye sgt la best. Makan kat pondok2 dalam hutan gitu. Sejuk sgt. Makanan sdp, tp mahal tahap gaban. Lunch 5 org RM176. Redha jek la. Pay for the view skali gitu. Tp mmg cantik la. Lepas makan kitorg g De’ Ranch. Mcm kampung cowboy, tempat reakreasi. 1st time naik kuda. Masing2 excited. Kt sini tempat riadah org tempatan la kirenye. Ada game utk kids, parent blh duduk makan2, ada face painting. Tempat ni sejuk. So best la. Then kitorg g floating market pulak. Pun tempat riadah jgk. Best la kat sini, byk tempat riadah dan cantik2. Dekat2 pulak tu. Kat sini ala2 mini zoo. Ada arnab, burung2, angsa, itik semua. Blh bagi binatang2 tu makan. Main reason kitorg dtg sini, nak minum ptg kuih2 tempatan. Diorg jual ats sampan. Nama pun floating market kan. Kat sini diorg pakai system coin, so kitorg tukar rup60,000. Konon tak nak tukar byk2, takut tak habis. Skali tak cukup. Byk sgt kuih yg sedap2. Even tempe cili pun sedap uols. Singkong, durian bakar, pisang cheese, sampai kenyang jgk la kitorg mkn utk tea time. Then depan floating market tu ada bukak new FO. Kitorg singgah tgk2 jek. Most of the place yg kitorg singgah, ada surau. So tak payah risau. Mlm pulak, kitorg g Terminal Tas and FO area tu. Hubby je beli bag n belt. I dah kepenatan, mcm tak selera tgk handbag sume. Kitorg tak check-in hotel pun lg ni. Mmg terus berjalan sampai malam.

Kampung Daun


Siap ada costume red indian

Sepanjang kat Bandung, Kitorg guna supir dari http://www.hayukka.net/ . Servis mmg tip top. Utk 4 hari kitorg bayar around RM320. Servis dr pagi sampai malam. Siap ada tour guide kt pasar baru. Angkatkan barang kitorg. Mmg berlenggang je la jalan.

Hotel pulak kitorg stay kat Raffleshom. Kalau tgk jalan masuk nk ke hotel ni, mcm ye tak ye jek. Tp interior n bilik, mmg best. Puas ht. 1 mlm RM80 jek. Booking kat agoda



2nd day, pagi2 kitorg pergi PESONA. Kat sini jual baju2 sulam bandung. My BFF tu kan biz kain baju. Tp I pun beli jgk, souvenir utk family semua. Cantik2 kain sulam dia. Lepas tu kitorg g pasar baru. Pihak Hayuka tu sediakan sorg assistant utk tunjuk2 kitorg kt mana nak beli brng murah semua. So just bagitau nk beli ape, nanti diorg bawak kan. Seharian kitorg kt sini. Sampai dah nak tutup Pasar baru, baru la kitorg balik. Lepas tu kitorg g Jalan Dago, shopping lg kt FO. Owh, before that singgah Toko 3 beli jeans and T-shirt. Kali ni hubby i yg shopping sakan. I tak beli ape2 pun lagi. Asyik dia jek yg membeli, Jeans, jacket, belt, beg, shirt, mmg complete semua la. Lepas habis shopping kitorg makan kat Iga bakar, Mas Giri. Sedap sgt. Rasa tak puas jek makan 1 plate. Tp sbb masing2 dh penat sgt, tak daya nak tambah2 dah. Air kt sini semua best2.



Pasar baru

3rd day, g kawah putih. Pg2 tu singgah Kartika Sari beli jajan2 utk mkn dlm kete. Dr bandung nak ke Kawah putih takes 2 hours. So kitorg beli bfast sikit, mkn dlm kete jek. Malas nak singgah2. Kitorg gerak kul 7pg. Macet. Time org nak g keje kn. Kat kartika sari ni, pisang salai cheese dia mmg sedap. Brownies kitorg tak beli kat sini. Beli kat Amanda. Bnda lain yg famos, Bika Ambon, Bagalen, sedap la. Sepanjang perjalanan ke Kawah putih, kitorg tido jek. I terjaga2 kejap, smpt la tgk view2 sawah, org tanam2 sayur. Ala2 cameron jgk la kat sini. Ada strawberry, ladang teh. Sampai je area kawah putih tu, mmg sejuk uols. Gigil. I tak bawak sweter pun, budget tahan sejuk. Last2 pakai stoking kat tgn. Kat sini nak masuk kena bayar, ala tak ingt pulak brapa. 50,000rup sorg kot. Then kereta  150,000rup. Mmg cantik betul tmpat ni. SubhanaAllah, kagum weols. Tp dpt dok kejap jek, sbb hujan selebat2nye. Padahal kt bawah tak hujan pun. Lepas tu supir bawak g ladang teh, amik2 gambar. Dia siap stopkan kat tmpt2 yg cntik utk snap gmbr. Camera dia pgg, amikkan gmbr kitorg dr bawah. Kitorg feeling retis sgt berposing. Sporting gile supir tu. Pastu g petik strawberry. 1kg RM22 jek. Kat Cameron mahal gile kalau petik sndiri. Kitorg ni seronok memetik jek. Last2 tak makan pun.  Kitorg singgah lunch kat Saung Gawir. Makan Nasi Liwet. Kat set nasi ni dh ada sayur, ayam, ulam2 sume. Ayam bakar dia punya la sedap. Makan sambil menikmati pemandangan yg indah. 1 bnda yg best kt bandung ni, tempat makan dia exclusive sgt. Cantik2 dan sedap2 ok. Semua restaurant ada theme n deko2 yg cntik. Mmg best la nk lepak2 lepas pnt berjalan. Balik dr kawah putih kitorg singgah rumah kain jalan KOPO. Shopping kain lg. Lepas tu g FO kat Jalan Riau/Dago. Kat Rumah Mode mahal2 belaka, kitorg singgah buang air jek. Hahaha. Blouse kat Grande FO cntik2 and yg penting ada size2 besar. Mlm last ni kitorg makan nasi padang area rumah Mode. 

Sejuk sgt kat sini







3 Hari mmg full sgt2 aktiviti. My bff ni mmg pandai buat itinerary. Tu sbb kitrg suka ajk dia g holiday. Balik bilik jek masing2 badan dah dedar. Hubby mcm nak demam, I dah start sakit2 perut. 3rd day jek kitorg balik bilik awl sikit. Nak packing2 barang. Mmg overdos sgt barang. Byk gile. Tp ngam2 la sorg 25kg.  Airport bandung sgt la kecik. Dgn barang kitorg yg menimbun tu, sgt la susah nak berangkut ke sana ke sini. Troli pun ada tak de jek.

Last day before balik, kitorg g Kartika sari lg, beli pisang salai cheese. Then g Amanda beli brownies. Beli awal2 takut expired. Brownies tu cepat berkulat. Sampai kat airport, mcm terlampau byk sgt pulak beg, so kena rearrange. Sbb tambah bronies n makanan2 tu byk sgt. Wrapping ikut Kg, senang nak check-in.

Kat airport dok arrange barang lagi.

Next destination, Ho chi minh pulak. Bulan 5 nanti.

Sunday, November 2, 2014

Dah november

Soksek2 by Aida & Riana at 5:54 PM 3 girls dh soksek2 together
Salam uols,

Kejap sgt masa berlalu. Kejap je dah nk hujung tahun. Padahal rasanye br je buat kpi. Ni dh nk kena evaluate kpi. This year my career quite terumbang-ambing. Awl thn hr tu i get promotion. Then masuk new president, dia nk rombak org chart. Ntah mcmana dia rasa i tak patut handle risk dept sbb i ada degree in engneering. Masalahnye i dh tglkan engneering 5 thun tu. Kalau kena pndh production serius i x tau nk buat ape. But, to be in risk dept, i totally dh give up. Byk sgt kena kacau. Bos i ok je. Bos2 lain mcm what the tut. Haish rasa nk resign jek. Tp dok apply keje lain sana sini, tak dipanggil intbiu pulak. Nak jd full time housewife, im not ready. I tkt expectation hbnd i tlalu tgi. Mst dia nk bfast, lunch, dinner tsedia. Umah sentiasa kemas. Fuh mmg tak daya. Tak ready actually.

Lgpun next year nk renovate our new house and ada few big plan. Nk kena kumpul byk dana. Kalau harapkan biz je, cuak jgk. Maka bertahanlah

Weekend ni ada furniture fair kt Persada johor. Br nk survey2 n buat budget. Theme masih dlm pertimbangan. Rumah tu almost done. Tinggal buat jalan je. Delay skt. Ptutnye siap august hr tu. Tp xpe lh, blm plan nk duduk sana. Sbb jauh dr tmpt keje n agk tpencil. Area br nk dvelope. 1st residential area kt sana. Tp skang tgah naik projek PRIMA n high cost housing.

Hall bwh




Area blakang luas lg. Rasanye nk tarik hbs kot. Senang dapur luas. Maklum la suku sakat ramai. Gathering mkn2 je pun dh mcm rewang nk kenduri.

Target dec 2015 nk start renovate. Hope everything will be good. Amin

Wednesday, May 28, 2014

Overnight Oat

Soksek2 by Aida & Riana at 8:13 PM 2 girls dh soksek2 together
Salam,

Oat? I pernah cakap dgn hubby, oat antara makanan paling buruk rasanya. Dah byk kali i try nak amalkan mkan oat, tp sudahnye oat tu jadi cookies jek la. Tak pun berlapuk macam tu jek. As you know, oat ni banyak khasiatnye. Makanan berkhasiat mmg tak sedap. Tp kalau makanan menggemukkan, ofkos la sedap kan. Choc lava cake, Red velvet, garrett popcorn, fuhhh kira kalori and kolestrol cepat.

Oat mempunyai kadar serat yang tinggi dan mampu membantu memperlahankan kadar penghadaman. Yg penting, oat ada beta-glukan yg boleh menurunkan kadar kolesterol dalam badan. Kolesterol ni jahat ye. Kolesterol ni tak kira kurus or gemuk. Kolesterol tak menyakitkan tapi tiba2 boleh menyebabkan kesakitan yg kritikal. Sakit jantung. Masa I admit hospital hari tu, doc cek kolestrol I, cholesterol level I mmg quite tgi. Pastu kena la bebel2 dgn doc dan doc advise makan oat. Cholesterol ada bad and good cholesterol. For leisure reading, boleh refer sini  What your cholesterol

Then I start study recipe2 yg related dgn oat, and finally I found overnight oat. Slalunya I makan oat bancuh dgn susu or milo jek. Mmg jemu, nk termuntah2 habiskan secawan. Style makan kumam dalam mulut banyak2, pastu telan, pastu buat gaya mcm nak termuntah. Tp after blaja pasal overnight oat, hari2 rasa tak sabar nak try new recipe. Try and error pun boleh. Yang penting, sukatanya 1/3 oat, 2/3 liquid. nak sedap, tambah fresh fruit or any topping. The reason is, nanti oat tu mengembang dan akan serap liquid tu. Ha tgk picture2 ni, sedapkan. I takde buat deco2 macam ni pun. Masukkan dalam Tupperware biasa jek. Tu sebab takde gambar. hahahha

credit to google


Few recipes yg I pernah buat;

Mango banana oat

1/3 cup oat
2/3 banana + mango blended juice
few raisins
few coconut cookies
topping - slice banana

Chocolate oat

1/3 cup oat
2/3 cup milo bancuh pekat2
almond
nutella

Yogurt mix fruit oat

1/3 cup oat
1/3 yogurt mix berries
1/3 HL milk
Fitness fruit cereal

Ni jenis apa ada kat rumah, campak jek. Balance2 almond slice utk buat cookies tahun lepas pun campak jek. dan rasanya, super awesome sedap. baru la tak loya nak makan. For more recipes, boleh refer sini: Oat recipes

Diorg deco cantik2, lagi selera la nak makan. Selamat mencuba dan selamat mengamalkan gaya hidup sihat.

Tuesday, May 27, 2014

USS trip - by car

Soksek2 by Aida & Riana at 12:17 AM 2 girls dh soksek2 together
Salam,

Schedule for May yg sgt2 padat. Since the 1st week we had surprised bday party, which is not so surprise for me. Sbb hubby tak boleh simpan rahsia. pnt je my Biras plan nak prank kan I. Tp dia terkantoi awl2. Tapi part bday present, hubby gave me a ring and earring, which is so surprised. Gigih dia g beli time lunch. Thanks a lot.

Then 2nd week of May weols g Jakarta. Restock lace n barang2 biz sikit. Balik dr Jakarta I kena diarrhoea and demam 3 4 hari. pastu terus g Singapore pulak sbb dh janji dgn BFF nak g USS. Plan asal nak naik bus jek. Last minute we changed the plan, terus study mcmana nak drive masuk Singapore. Padahal dok sblh Singapore jek. Tp mmg tak gigih la nak drive ke sana. Slalunye kalau outstation pun, driver je yg antakan.

Utk ticket USS kitorg beli kt wedsite  USS terus. Nampak mcm mahal, tp masa nk check-out n bayar, dia ada bg some discount. Kitorg beli express pass jugak, sbb tak gigih nak Q panjang2. 1 game will takes around 1 hour tau utk Q. Kalau kat zone transformer tu sampai 1 hr and 40 minutes. Utk game yg cuma 6 minutes. Ada express pass, paling lama pun 10 minutes jek. Lepas dh book online, print ticket. Done

Kitorg lalu 2nd link. First tol RM2.30, kat perling tu. Then 2nd tol RM7.30, tol 2nd link rasanya. Excited sgt, sampai tak perasan tol mana. Then cop pasport nak keluar malaysia. Alhamdulillah, kereta tak banyak sgt lagi pg tu



Cuaca pun elok. Sampai kat Singapore check point, kitorg takde auto pass and white card lagi. So kena berhenti tepi utk apply auto pass and isi white card. Auto pass tu mcm touch n go tp spesifik utk kereta tu jek. So tak blh bertukar hak milik la. Utk apply Auto pass kena bawak, copy of geran kereta and insurance. Takpun snap picture roadtax jek. Bayar SGD10, dalam tu ada kredit SGD4. Boleh topup kat mana2 7E. Dalam USS ada 7E. So blh terus jek drive ke USS.

Kalau weekdays, kena bayar SGD20 utk masuk Singapore. Tp keta malaysia dikecualikan bayaran Levi tu utk 10 hari. Kalau weekend, just bayar tol jek.

Kitorg guna GPS kereta jek. Tak sesat dan tak berapa jauh pun sebebnarnya. Kalau takde GPS, boleh guna waze, tp aktifkan roaming dulu la. Kalau celcom, pergi kat network selection, pilih M1, So dia caj RM38 sehari.

Sampai kat Sentosa Island, kitorg parking kat parking lot B1 East. Dekat dgn pintu masuk. Sebelum masuk, kitorg melantak nasi lemak dulu. bagi bertenaga sikit. hahahha. Kitorg bawak bagpack isi makanan 1, isi baju spare 1.






Pagi-pagi sampai, muka ceria la. Baru nak start the journey kan. Tgk jap lg dah ptg sikit, dgn berlengas, muka penat, selekeh gile. Kat sana banyak water cooler. So just bring empty bottle je pun boleh. Kitorg start main kat SCI-FI City. Skip Hollywood and New york zon dulu. Jejaka2 ni sume mesti la nak kejar transformers dulu. Almost sume game kitorg main. Best kat zone ni. Kitorg repeat 2 kali




Lepas tu zon Ancient egypt. Pun ada roller coaster jgk. And this is the best game. Pun repeat 2 kali. Main kali kedua, tudung I blh tercabut pulak. Nasibbaik indoor dan gelap. Sempat betul kan balik. Punya la laju dan menjunam ke bawah. Hahhaha.

Zon2 lain pun best. Lost world, Far far away, Madagascar. ada live show, parade, memang puas hati. Cuma ada few games yg boring sikit, tp sesuai kot utk yg bawak anak kecik. santai2 sikit. Restroom every zone ada. Kalau nak yg ada paip, g yg hujung2 sikit. Yg bawak stroller, ada stroller zone. Tinggal jek kat tepi tu. Tempat makan, ada 5 restaurant yg halal. Tp I tak ingat yg mana. Kitorg makan kat Oasis, kak Zon Ancient Egypt. Range harga makan SGD13 - 20. Cukup la utk kenyangkan perut. Surau pun ada. Kalau nak beli souvenir, guna kredit kad. Dapat 10% discount

Ni kat zon Lost world. Baru lepas Live water show. Mmg kagum gila la tgk diorgnye show. Serius best. Kat sini sit dia ada 3 zone. Soak zone, splash zone, dry zone. Soak zone bawah skali, dan mmg basah la. Kena simbah air dgn actor2 diorg. Tp best. Kitorg dok bawah skali. Mujur ada plastik baju hujan. Boleh cover beg. Kitorg redha jek basah. Sbb mmg panas time tu. Sblm tgk show ni kitorg main kat Jurassic park rapids adventure, river raft ride. Kt sini kitorg beli baju hujan 3pcs SGD8. Kalau nak jimat, boleh jek beli raincoat yg nipis mcm plastik sampah tu dr malaysia.

Witness death-defying stunts, awesome explosions and thrills at this sensational 'live' water show.
Kitorg stay sampai habis parade. Then repeat few games for the 2nd time. Masa ni dah tak ramai org.

Tghari kitorg dah tukar baju. Beli baju USS kt souvenir shop, then terus pakai. 



Next time boleh repeat lagi. Tp sekarang ni diorg nye roller coaster yg besar tu tak function. Ada technical issue. Kalau ada mesti lg best. Kalau tak nak drive, boleh naik bus. Dr danga bay, terus ke USS RM30. Tiket boleh beli kat sebelah Tune Hotel Danga Bay

Monday, April 28, 2014

Progress & Project "Rumah Kite"

Soksek2 by Aida & Riana at 8:21 PM 5 girls dh soksek2 together
Salam,

Last week dah sign S&P & loan agreement dgn lawyer. Part yang paling malas nak buat. Sign beratus2 helai mukasurat. Naik gigil tangan. Ni tgu stamping and bayar deposit. Disebabkan kitorg tak plan nak move in in these few years, so survey KC, gate sume slow2. Siap lambat pun tak pe. Nak kumpul dana balik. Rumah ni loan with Bank Islam jgk. Same with first house. Kali ni dapat BLR - 2.5%. Sbb  1st house dgn bank Islam jgk, so diorg bagi rate cun2. Hepiiii.

Banyak la home fair, furniture fair yg kena g terjah nanti ni. Our home ni fasa 2. Fasa 3 n projek PR1MA tgh aktif naik kt sebelah area tu. Kalau tgk future plan, mcm byk lagi rumah nak naik area tu. Tunggu kejiranan dh ramai baru pindah sana. Kalau tak sunyi. Time husband keje malam, mmg seram la.

Last few week kitorg g tgk rumah. Mmg delay sikit la projek. Patutnya bagi kunci bulan 6. Ni dah end of April, baru nak compactkan jalan.



 




Nak renovate dulu, baru pindah masuk. Belakang ada tanah lg 15' x 20' nak extend bagi habis. Kitorg ni tak mesra tanah. So mmg takde harapan la nak bercucuk tanam. Daripada berumput kat belakang tu, sampai boleh ternak anak gajah, baik kitorg extend je sampai habis. Lagipun family hubby ramai, senang nak merewang nanti.

Hati ni berbelah bagi lg ni. Nak duk umah skarang ke, nak duk umah baru. Rumah baru ni jauh n jem. Jauh tu 20km jek. Tp jem tu agak tak tahan. Rumah sekarng ni, 10 min jek dr kilang. Hari2 pun boleh balik lunch. In the same time, excited nak deko2. Tgk lah keadaanya nanti.

Masa nk beli umah ni, ada la jgk bantahan dari family in law. Diorg suruh kitorg kumpul duit untuk bnda lain dulu and bersyukur dgn rumah yang ada. Tp memikirkan rumah ni murah, dan kitorg nak campakkan duit bisnes tu tempat yg berfedah, so kitorg decided beli jgk rumah ni. Kalau takde komitmen, mesti duit bisnes tak nampak g mana. Nak kata simpan, tak bertambah pun akaun. Nak kata belanja, takde pun handbag LV bagai. So better kitorg bayar umah ni. nampak la jgk hasilnya

Lagipun rumah yg kitorg duduk sekarang ni hot area. Anytime pun org nak sewa, mmg dkt dgn kawasan perindustrian. Bau asap kilang mmg tak payah cakap la. Tak kira asap lori lg. Area rumah baru ni, area kampung2 sikit. Kena lalu kawaspan perkampungan sikit, then baru sampai area rumah ni. Tp ke depan sikit, dalam 5 minit, dah ada highway.

Hope it will be a great investment. For retirement jgk. Kitorg target before retire, sume loan rumah dah clear. Skarang ni umur 29, loan umah 30 tahun, so umur 59 dah settle kalau kitorg bayar ikut schedule. Kalau duit terlebih tak pun time keluar epf nanti, boleh la buat full settlement. Future planning

Husband hobi memancing, komen sikit wife2 sekalian

Soksek2 by Aida & Riana at 6:10 PM 3 girls dh soksek2 together
Salam uols,

Dari sebelum kawen mmg i tau husband i ni pemancing tegar. Masa dulu siap dh ada term n condition, tak nak cari husband yg suka fishing. Tp dh takdir n jodohkan, nak buat mcmana. Masa engage dulu mmg slalulah gaduh pasal fishing. dh kawen ni pun kadang2 i meroyan jgk kalau dia asyik nk g mancing jek. tp still boleh control

Ntah la, tak tau knp rasa bengang gile kalau dia g mancing. padahal g mancing jek. Mana port dia sume I tau jek. Bak kata kawan I, ala g fishing jek, bukan g cari pompuan pun. biar la. Haish. Susah nak explainkan perasaan tu. Dulu I bg g sebulan sekali. Kalau sebulan tu lbh sekali, mmg muncung panjang sedepa la. Skang ni ntah mcmana tbe2 jd seminggu sekali pulak. Alasan dia, sy tak dpt g mancing laut. So kena g mancing kolam berkali2 la. Ha, gitu.

Mmg best kalau dpat ikan, siakap, bawal, unga, mcm2 jenis la. Tp I ni bukan pemakan ikan sgt pun. dan lg 1, dia suka g mancing jek, siang ikan dia tak suka. Kalau ikan dh besar2 ni mmg tak kuasa la iols nak menyiang. Takat kembung, caru, Selar tu, gigih la. Lagi2 yg jenis bersisik. Kesudahnya ikan tu dok jek la dalam peti ais tu.

Adik beradik dia sume mmg kaki mancing. So bila sorg dh msg Ape projek, ha mula la sume dah tak keruan cari port. I slalu share ketensenan i ni dgn biras i. Dia dh lebih experiance mhandle hbnd yg kaki memancing ni. Dia kata masa diorg mula2 kawen dulu pun slalu jgk stress pasal ni. Tp lama2 dah biasa and hbnd dia pun dh kurang sikit memancing.

Mmg susah nk ubah minat org, so i je lah yg berubah. Cuba terima hobi dia tu. Nampak simple jek, ala, husband g fishing pun nak stress. Ha, hanya wife2 yg dpt laki suka mancing jek tau mcmana stress nya perasaan tu. Gerammmmmmmm jek rasa. Takpe, positif jek. Dia g mancing, I g shopping. Terapi la konon.


Thursday, March 6, 2014

Online bisnes as side income

Soksek2 by Aida & Riana at 1:07 AM 1 girls dh soksek2 together
Salam dear,

I rasa ramai blogger yg terjebak dalam o9 bisnes. Yang pada asalnya beli untuk guna2 sendiri then jd agent, yg asalnya cerewet DIY utk wedding sendiri then terus continue produce product. Mcm2 cara Allah bg jalan untuk kita terus dapat rezeki. As for me, Alhamdulillah, dr cerewet masa nak kawen, terus buat bisnes veil and shawl https://www.facebook.com/GerobokAdria

Dr kecik i mmg suka ada duit tepi, tp takde la suka sgt nak meniaga ni. Sbb pemalu. Pemalu la sgt qannn. Dulu masa kecik2 tiap2 hari bawak bekal g sekolah. My ibu rajin buatkan donut, karipap, nasi lemak. Then kalau bawakkan kuih tu, bukan reti bawak sikit2 Ibu letak 3 or 4  keping konon nak bg kenyang kat sekolah n fokus. Fokus la sangatkan. Hahahha.. Kalau bekal tak habis nanti kena marah. So I jual kat kawan2. I makan 1 jek, lg 3 keping jual. Tiap2 hari balik sekolah, ibu tgk bekal habis, bahagialah hati si ibu, tak tau ank dia jual kuih2 tu kat sekolah. hahahha. Kantoi sbb ibu jumpa duit syiling banyak dalam beg sekolah. Terpaksa la berterus-terang, since dr tu, i bwk 10 keping tiap2 hari. Jual kat kawan2. Sblm balik sekolah amik oder. Darjah 1 tau masa ni. Ha, nmpak tak, biz minded sejak kecik. hahaha. Sampai dapat meluaskan perniagaan ke line2 cikgu tau. cikgu2 pun oder. Tp dah nak ujung2 tahun tu, cikgu panggil, tak bg jual kat sekolah lg. Biasa la, nanti takut ada kes cirit-birit ke ape ke kan. Tp cikgu kata, awk bawak lebih, jual kat saya. Saya nak tiap2 hari. Ha gitu. Mmg sedap ye kuih ibu buat. Dah la besar. Kalau donut or pau sambal tu, makan 1 pun dah kenyang.

Kalau time kantin day kat high school pun i rajin buat jualan class. Mmg tiap2 tahun la jualan kitorg mesti yg tertinggi sekali. strategi tu penting. Dh keje siap terjebak join MLM. Pastu dah serik dah, tak nak biz. Masa dh kawen few months tu mcm bosan jek takde bnda nk buat time malam. Especially kalau hubby keje malam. Mula la meroyan asik pk nak shopping jek. Pastu suka jgk tgk org buat biz. Masa tu ada la amik oder wat hantaran sikit2. Tp area limited. boleh buat area jb pasir gudang je la kan. Then byk saingan pulak tu. Fikir2 lagi, nak g class buat kek, tp hubby cakap, kalau buat kek, masa awak tight sgt2. Kalau that week org nak kek, ada emergency ape pun tetap kena buat. Nanti weekend tak boleh balik kampung. Ok logik jgk.

Then member suruh buatkan veil. Start dari situ la start seminggu sehelai, then seminggu 3 helai, sekarang Alhamdulillah, sehari sehelai, siap kena sub kat org lagi. Seronok, walaupun ada ups n downs time customer complaint. Mmg down terus la. Sekarang ni kitorg expand jual border lace and mix pearl jugak, untuk org yg rajin DIY. And the best thing, hubby pun tolong. Kalau pearl n lace, dia yang handle. I amik oder jek






Owh, sekarang kitorg ada bukak DROPSHIP MIX PEARL jugak. So kalau uols nak tambah2 income, whatsapp me ye 0123490114



Wednesday, March 5, 2014

Jakun first time dpt bunga

Soksek2 by Aida & Riana at 1:03 AM 2 girls dh soksek2 together
Semalam punya cerite. Masa tu quite bz dgn keje, then tgh marah, tgh pnt uruskan loan rumah, tbe2 receptionist call. "Kak aida, dtg tempat saya kejap blh?"

On d way ke depan dok pk, ada customer pos kain ke? rasa mcm takde. Sampai kat situ nampak ada doc kt tepi, dh pgg dah nak amik. Then receptionist tu ckp, kak, ni bunga utk akak. Pergh, rasa nak menjerit meroyan kat lobby ni. hahahha. Maklum la hubby tak romantik, bile tbe2 dapat bunga, bukan time bday or anniversary, maunye tak pitam.

Masa dpt tu, maybe few seconds i'm thinking, eh, sapa bagi bunga ni? Sampai tak mampu nak pk husband sendiri yg bagi. Ye lah, tak pernah romantik2 suprise2 gini.

Roses and yg penting ada purple

Sampai rumah terus menjerit2 kejutkan hubby. Dia baru balik dr keje malam. Dia pun excited tgk muka bininya yg super2 excited ni. Hahahha. 

Lunch tu kitorg lunch sama2. Masa I tgh drive dia sibuk kemas2 handbag I. Susunkan name card yg berterabur dlm hanndbag. Siap bebel. makin besar handbag makin byk bwk barang. Layan jek la dia bebel. Rupanya dia nak amik name card I. Nak alamat opis. Alahai suami. Terharu I tau.

2 tahun 5 bulan. Mmg ada ups and downs. Kalau time gaduh, mmg gaduh. Time happy, Ya Allah hai, nikmat dan kurniaan terhebat rasanya. And 1 thing yg I realize, kitorg makin berjangkit dgn peel antara 1 sama lain. I punya perangai yg sgt obvious, kalau I nak something, dan dan tu jgk I nak. Bukan esok, bukan kejap lg. Skang ni, perangai hubby I mcm tu lah. Selagi tak dpt, tak tenang hidup dia. 1 lg, I kalau beli barang, mmg terus nak pakai. Mcm handbag, kasut, jam, mmg terus nak sarung. Masa mula2 couple dulu, hubby pelik dgn perangai I ni. Dia kata tak pernah jumpa org mcm ni. Tp parent I mmg dh sedia maklum sgt dgn perangai I ni. Then sekarang, dia pun sama. Samapi 1 hari tu, dia kena marah dgn I. Baru balik dr petaling street, i tak tau jalan, suh dia settingkan waze, tp dia dok sibuk transfer  barang dia dr beg lama ke beg baru dia. Pergh, mmg naik hangin la I. Bila dh reda tu, I cakap, menurun perangai saya ea, tak menyempat2 nak pakai barang baru. Hahahha

Kalau I pulak dah berjangkit perangai dia, tak boleh jalan lama2 sakit kaki. Shopaholic la kononye dulu. Everyweek g shopping and tawaf 1 shopping mall sampai habis kedai. I pelik knp la hubby ni penat sgt kalau berjalan. I tak rasa benda pun. dan dia sgt pelik, I tak jemu ke pergi jusco tu everyweek even tak beli apa2 pun kadang2 tu.Tp skang ni, I pulak yg dh tak excited and tak larat nak tawaf2 shopping mall. Nak beli apa2, terus je tuju kedai yg nak pergi, beli, makan, balik. Sampai 1 tahap tu hubby suh pusing2 dulu, takkan dtg jusco semata2 nak mkn secret recipe pastu balik. 

Mcm peribahasa kata, kalau kita duduk dgn org wangi kita akan jadi wangi. begitulah sebaliknya. Bila kita dh terlalu attach dgn seseorg tu, sedikit sebanyak, kita pun terbiasa dgn habit dia. Amik aura2 positif je. Yg negatif yg boleh down kan hidup kita, jauhkan. dah 2 tahun lebih hidup sama2 ni, dh tau sikit mcmana nak handle mood. mcmana nk neutralkan emosi. mmg kena mengalah, tak rugi pun. Kalau gaduh, lagi rugi. Kita tak tau brapa byk masa kita ada untuk suami kita. so, tak payah nak bazirkan masa dgn merajuk sume tu.

Tuesday, March 4, 2014

Unexpected plan

Soksek2 by Aida & Riana at 5:06 PM 5 girls dh soksek2 together
Salam dear,

Time flies...

Dah March dah. Serius rasa mcm tak menikmati hari2 yg berlalu. Bz sgt dgn veil and pearl. Tp Alhamdulillah.

Everyday while driving to work I'll listening to radio and heard about PR1MA project by government. Then sampai opis tergerak nak cek, kat Johor ni mana area yg diorg buat. Sekali ada kat pasir gudang. Kat Bandar Layangkasa nun jauh di atas sana. Tp dekat dkt higway EDL yg baru tu. Dekat tahap blh jalan kaki (tp penat sikit la..hahaha). Kalau area dh dekat dg highway ni, mesti ada future developementkan. Actually we all selalu je lalu depan area tu since few years back. Fasa 1 n 2 tgh construction. Fasa 3 PR1MA amik. Masa lalu kitorg tgk sebelah mata jek area ni. Siap mengata lg, sape la nak beli umah kat ceruk ni. Tp design rumah mmg modern la.Harga masa launching RM148k, 20x70, 2 storey terrace. Murah gile kan.

Ni umahnye;


family hall kt atas

hall

hall

I plan want to buy another house in next 5 years. Tp ntah kenapa malam 25 feb tu asik pk pasal umah jek. Then discuss dgn hubby, tanya dia kalau beli kt area layangkasa ni dia larat tak nak naik moto g keje. Dia kata ok jek, 27hb tu terus i g tgk umah contoh. Tinggal sebijik je yg kosong. tu pun yg fasa 1. fasa 1 kecik sikit binaan dalam dia. takde family hall kt atas. Mcm kecewa sikit dh masa tu. Then discuss2 dgn hubby, dia kata takpe la, dep jek. nanti blh renovate besarkan sikit. Masa nak dep tu, rezeki lah agaknya, ada org tarik diri utk yg fasa 2 tu. Yeay, dapat yg tu. Seronok hoi.

Tpkan harganya dh jadi RM200k. Ha, gile ko dia blh naikkan harga sebegitu banyak dlm masa tak sampai 2 tahun. Takpe lah, still murah utk keluasan yg macam tu. So skang ni tgh struggle buat loan. and paling best struggle kumpul deposit. Bersengkang mata jahit veil ni. Kitorg nye EPF both dah keluar utk rumah first hari tu. So this time mmg totally kena by own casy. Luckily my mom offer nak tolong sikit. tq so much ibu

Tp kitorg tak plan nk pindah sini dlm masa terdekat ni. Nak renovate habis2 dulu, baru pindah. Maybe 3 thun lg kot. Mintak2 dipermudahkan segala urusan

 

Mr. Hunter's Sweetheart is the storyTeller Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates