Hari ni terlebih rajin. buat 2 entry terus. hahahah. Bln 8 hari tu genap 6 tahun i bekerja. Kejapnya 6 tahun. Rasa mcm baru je grad kan. So far sepanjang 6 tahun ni, ak baru join 2 company. 1st company oleochemcal, 2nd company ni petrochemical.
Masa mula2 keje dulu, tahun 2007, process engineer, gaji RM1900. 1st month rasa wah byknya duit. Pastu, dh bayar duit kete, sewa umah, makan beli tiap2 hari, sbb takde dapur semua lg, balik melaka, bayar duit MARA, bagi parent, simpan. Maka tgl lah RM200 je balance. Tgk kt list tu, simpan yg terakhir tau. Takut nk simpan awl2, tkut tak cukup duit hujung bulan. Sikit je sbnrnya 1900 tu. dh tolak EPF semua, tgl berapa jek lh. Pastu company buat adjustment n increment, naik la ke RM2300. Bernafas la sikit. Tp still tak dapat bermewah2 pun.
Lepas tu, sorg colleague ni approach buat MLM. cerita punya cerita, kena psiko, itu ini, ditambah pulak dgn perasaan tak dpt nk mewah2 wpun dh bekerja, i pun join la. Mula2 mmg syiok. Income best. biz partner makin ramai. Tp pnh la. hari2 ada jek aktiviti smpi kul 1 pg baru balik. Esoknya nk g keje lg. Tp redha jek masa tu. Asalkan ada extra income. Blik Melaka boleh blanja family makan2, soping2. TAk pe lah penat sikit kan. Biz plan tu, smpi 1 tahap, kena invest RM33K. Masa tu mmg dh nmpk biz ni mcm blh maju jek. Confident tau g buat personal loan RM33k. I baru sempat nk bayar 6k kot masa tu, top management dh mcm goyang dan lama2 terkubur. Sakitnya rasa masa tu, pergh. kecewa sgt2. Tp tak bgtau parent pun masa tu. Survive sndiri2 jek. Gaji cukup2 bayar hutang2 jek. balance hujung bulan makin sikit. Serius stress. monthly payment dh start sangkut. Dpt bonus, habis cover monthly yg sangkut n interest jek
Apa2pun life must go on. Alhamdulillah i dpt keja lain lepas i stop biz tu. Gaji dh sedap sikit masa tu. Dh nk kat 4k. I engage, tp still tak bgtau tunang i masalah ni, and we have 1 year to prepare for wedding. lagi 4 bulan before kawen, i mmg tak blh nk survive dh dgn hutang yg byk, nk kumpul duit kawen lg. masa tu balik raya. Masa dh nak blik jb tu, I nekad nk bgtau parent i. Dlm purse masa tu ada RM50 je. cukup2 byr duit tol, gaji lg seminggu baru masuk. Dah sesak sgt masa tu. Punya la gigil nk bgtau mak I. Terkejut gila parent i masa tau tu.
Ingt lagi mak I ckp, ibu takde duit byk tu. nah amik rantai ni. bayar semua hutang tu. ibu taknak kaklong susah mcm ni. serius nangis meraung2 i masa tu. tp i ckp, i bkn nk suruh diorg byrkan. i just nk bgtau jek. sbb stress sgt2, dgn preparation kawen lg. Lepas tu, on the same day, mak I keluarkan duit dia 12k, adik2 i keluarkan dlm 10k kot. settlekan semua loan n kredit kad. Setlle dlm masa 1 hari. Lepas tu I bayar bulan2 kat ibu n my sibling jek. I byr 1k sebulan, time bonus bg semua duit bonus. 15 bulan, I settle kan semua hutang2 tu.
Sekarang Alhamdulillah. Biz pun dah ok. Dah nak setahun i buat biz veil tu. Still kerja. Tak berani nk resign. Lgpun gaji dh sedapkan. Keje pun tak la susah sgt. Balik on time hari2. Tak stress. Dh blh bagi duit belanja kt ibu, blh soping, blh g holiday. Alhamdulillah. Mmg sakit sgt bila ingt masa zaman kejatuhan tu. Tp time tu la I byk belajar. Belajar pasal bank, pasal biz, pasal semangat, friendship, time management, work smart. mcm2 lg. bila ingt balik, how tough I'm at that time.
Dah 6 tahun kerja, pgg duit sndiri, dh rasa sng, susah, i feel so blessed. Allah nk tarik rezeki bila2 jek. Nak bagi rezeki pun bila2 boleh dapat. Hubby slalu pesan, jgn tamak, jgn boros.
|
Masa inspection port kt indonesia |