Sunday, September 22, 2013

Langkawi Vacation

Soksek2 by Aida & Riana at 8:53 PM 3 girls dh soksek2 together
Salam Dearie,

After a long long break. Tak update blog langsung. Cerita raya pun tak de. Sbb raya biasa2 jek. Hubby kena keja this year. So tak berjalan sgt. Pic raya pun tak de.

We all baru je balik dr langkawi. Family n fren vacation. Dh plan dr tahun lepas, grab ticket air asia murah. Kitorg pergi 3 hari 2 malam. Seriously penat, tp  syiok la. Berjalan non stop, shopping, makan, jalan, shopping. Hr ni, sakit kaki, pakej dgn cirit birit sekali.

Expenses utk accommodation;

Ticket flight: RM85 seorang, pergi - balik
Homestay: RM180/ night
Sewa van: RM150/ day
Minyak: RM100 untuk 3 hari

Van lambat pick-up. Bantai gelak jek dlm van. Hahahah

Ni itinerary for 3 days. My friend, Am, yg rajin buat ni. Mmg sgt detail and we follow almost 80% of the plan. Sgt memanfaaat masa yg ada. Kalau nk excel file, let me know ye. Bukan kedekut nak sharing kat sini. Tp tak reti nk buat link terus ke excel file. Huhuhu


Our flight at 12.40 pm on Thursday. Flight ok, tak delay. So weols smpi Langkawi around 1.45pm. Sampai2 jek, Kak Rohani, owner homestay tu dh ada kt situ. Dia yg tolong uruskan van sewa and bot utk ke Pulau. Then Kak Rohani bawak g homestay dia tu. 2 minit jek dr Airport. Mmg dekat sgt2.


Ada 3 bilik, semua bilik ada aircond, semua bilik ada bilik air sndiri. Cuma kecik sikit la homestay ni and hall sgt2 panas. Ada dapur, mesin basuh semua. Kira ok la setakat nk buat tido je kan. Nk kemana2 pun dekat jek.

1st place yg kitorg tuju, Laksa power, ujung airport. Asalnya nak makan laksa power, tp tak bukak pulak. so, kitorg makan laksa pulau jek. Rasa, ala2 jek la. Tak pedas sgt, tak masam sgt. Tak cukup power la kesimpulannya. Then order pasemboq jugak. Tp byk sengkuang jek. Kat sini, makan nk alas perut jek, boleh la. nk nikmat gila, tak smpai tahap tu lg kesedapannya. Tp kuah mmg pekat. Chicken wing tu RM2.50 sekeping.




Lepas tu kitorg g kat beras terbakar. All the way nak masuk ke Rumah tu, ada tempat jual2 souvenir & minyak gamat. Tp minyak kt sini mahal. 12 botol RM9. Kitorg dh terbeli kt sini.





Kt pintu masuk ada ceritakan sejarah tempat ni.

Lepas tu terus ke Idaman Suri. Shopping time. Punyalah excited, mmg takde amik gmbr dlm kedai. Masuk je terus menonong shopping. 1st time g, kitorg just survey2 harga and beli mana yg confirm murah. Sbb kitorg dh list down kan harga2 choc, so mana yg murah, kitorg garb dulu. Kat sini murah choc fererro rocher T30 RM19.00 and Kinder Bueno 1box (8 packs) RM17.90. Dengan Pemanggang ajaib size besar RM52.00. Kitorg beli ni jek dulu.

Then terus g Royal Langkawi Yatch Club. Kononnya nk minum petang kt sini. Tp tgk tmptnya mcm exclusive sgt and ada botol2 arak sume. So kitorg posing2 amik gmbr jek.


Ni lah seisi rombongan Cik Senah. My family, Yana's Family, Am



Langkawi Yatch club ni sebelah je dgn Eagle Square. Mmg cantik view time mlm. Lama jgk kitorg lepak kat Eagle Square ni






Lepas kitorg gerak g makan kat Restoran Nelayan. Takde pic pulak. Kt sini weols rasa tak berapa sedap sgt, wpun harga murah. Rasa Sambal belacan nye pelik sgt2. Steam halia, walaupun byk halia, tak terasa pun halianya. Kuah cair mcm sup jek. So not recommended. Lepas makan, masing2 dh kepenatan tahap gaban. Yg si kecik dh mengharuk2 dh. Pnt sgt2. Tp Aisyah ni sgt2 la behave. Time berjalan senyap jek. keluar masuk van pun dia rilex jek, tak meragam sgt. Kalu dia tgh tido, pastu kta angkat bawak keluar, terus bgun n menikmati permandangan. Takde lah merengek ke ape. Sampai je rumah, kitorg merewang coklat. Tak beli byk sgt hr 1st. So rasa mana yg ada jek la.


Coklat ni, tak sedap! rasa muntah baby. Hahahha



2nd Day

Pg ni my mum buatkan breakfast. Nasi impit cicah sambal ikan bilis. bwk dry ingredients dr umah. Cili je beli kt Langkawi. Tp cili boh nye, serius masin weh. Dh tambah gula kt sambal tu pun still terasa kemasinan nye. Potong betul.

Bangun pg je kena buli dgn Uncle2
Kitorg review kt blog, cable car selalu kena beratur pnjg, ramai org, jadi gigihla kitorg ni kul 8 dh gerak nak naik cable car. Sekali, kul 9.30 baru bukak. kitorg antara group2 yg 1st naik. Tp sky bridge under maintenance time ni. So blh naik smpai platform cable car jek. Fee RM15 sorg

Oriental Village





700m dr paras laut. Husband Iols kepenatan, taknak naik atas



Masa kitorg nak turun, dh start ramai org.

Next destination, Air Terjun Temurun. Tak plan pun nak g sini. Mmg tak bawak bj mandi pun. Kononnya, nk tgk2 dr bawah jek. Skali dh smpai, mendaki smpi ke atas jgk. Penat hokey. Tp cantik. Byk monyet kt sini. Botol susu Aisyah hampir2 kena bawak lari.




Lepas balik air terjun, Yg lelaki2 g smayang Jumaat, kitorg melepak dlm van. Perut dh bunyik2 dah. Review2 kat blog lain, ada yg kata Lunch kt HBL corner sedap. Kitorg pun terus la menuju ke sana. Skali tutup pulak hr Jumaat. Mujur kedai depan bukak. Kedai depan ni lauk sikit jek. Tp rasa, mmg power. Semua habis nasi sepinggan penuh. Lauk mmg style masak utk makan sendiri. Kari pekat. Kuah berasa. Ni area pekan Kuah. Dekat2 dgn BayView hotel n sebelah Gamat Shaari. Harga, ok la

Add caption
Dh kenyang, kitorg g Makam Mahsuri. Masuk RM7 sorg. Byk cerita2 sejarah dlm ni. Then ada rumah2 Kedah. Syok jgk la. Siap ada Live Gamelan lg. Kalau nk beli minyak Gamat, kt sini byk dan murah. Mcm2 minyak ada.






Next station, Under waterworld. RM 28 sorang. Byk jgk ikan n species laut. Tp tak berbaloi la I rasa dgn bayaran RM28 tu. Tempatnya bersaiz sederhana. Sebelah under waterworld ada coco valley and the zone. Kawasan luar tu ada kedai2 souvenir kecik2. Tp choc kt coco valley sgt mahal. kt the zone, blh tahan sikit.



comel sgt la ko ni haiwan
Then, shopping time. Kitorg g Haji Ismail Group, yg kedai cawangan coklat jek tu. Kt sini byk kitorg borong. Byk yg murah2, yg mahal sikit pun kitorg beli jgk. Sbb malas nk cari coklat lg. Kt sini jek ada Whitakers yg super sedap tu. HIG ni sume dekat2 jek, and sume kt Pekan Kuah. So pusing2 situ jek, mesti jumpa. Lepas tu kitorg Langkawi Saga, tp harga mahal, so tak beli ape2. Depan Langkawi Saga ada HIG lg. Kat sini mmg pack sgt2 dgn manusia. Tak comfortable, tak mcm kt Idaman Suri. So kitorg decide, shopping pinggan Mangkuk kt Idaman Suri sblm balik nti.

Port makam malam, Pantai Cenang. Konon nak feeling2 angin laut. Sblm tu kitorg review blog, ada yg suggestkan makan kt Restoran Haji ramli. Kitorg pun g je kat situ. Harga Ikan mahal sikit compare dgn Restoran Nelaysn mlm sblmnya tu. Tp bab rasa, pergh marvellous sgt2 tau. Kitorg order, Jenahak Sweet sour, Siakap Stim Halia, Ikan caru Bakar, Sotong goreng tepung, telur dadar, sayur. Semua licin, siap suruh org tu tambahkan kuah sweet sour lg. Price utk 8 org makan, RM176.00.

Sebelum

Selepas



2nd day punya cerita. Balik umah, lepak2 jap, planning utk esok, tido.

3rd Day

Bgun pg, badan dh sakit2 sikit. Dok manjat air terjun and turun naik tangga masa kt cable car. Pg tu kitorg breakfast kt Atta Shooru, area homestay kitorg tu jek. Most of us order Roti canai jek. Hubby mkn nasi n mee. Sedap jgk la. Roti canai mmg marvelous. Kuah sedap sgt2.


Isi perut ala2 jek, sbb nak naik bos lepas tu. Takut muntah pulak. Sewa bot RM230 1 bot. Pergi 3 pulau, Pulau dayang bunting, Pulau singa besar and pulau beras basah. 3 Jam. Nak g tgk tasik Dayang Bunting tu, kena panjat tangga turun tangga sikit. Tasiknya kt bahagian dalam. Kalau dtg sini, jgn bawak plastik beg. Nanti monyet dtg rampas. Kawasan tasik ni sgt2 cantik. Air jernih sgt2. Lepas tu g Pulau Singa, kat sini byk burung Helang. Tak turun bot pun. Just tgk dr ats bit jek. Pastu g Pulau beras basah. Kat sini boleh mandi2. Asalnya kitorg nk snorkelling, sewa la snorkelling set. Dh smpai sana, kecewa sgt2, takde kehidupan dasar laut pun. Just mandi2 jek. So uols nanti, tak payah la gigih sewa snorkelling set ye. Masa kt sini, kitorg bawak turun plastik isi coklat. Konon nak feeling2 makan tepi pantai. Skali kena ragut dgn monyet2 tu. Settle semua choc kitorg. Kitorg start naik bot kul 9.30am, habis 12.30pm. On d way balik tu, ingt nk singgah rasa laksa power pulak. tp tutup lg. so kitorg terus balik jek


Nmpk tak figure ibu mengandung tengah baring tu? tu la pulau Dayang Bunting



Area tasik. Hubby je yg berani swim. Dalam sgt

Byk eagle kat sini



Lepas mandi, kitorg balik umah mandi2 bersihkan badan, lepas tu terus ke Pekan Kuah sambung shopping. Kitorg g Idaman suri balik. Beli pinggan2 and periuk sikit. Lepas tu singgah Pantai Pasir Hitam. Kat sini t-shirt2 Langkawi murah2




Flight kitorg pukul 9.10mlm. So terus balik homestay, Packing time. Tgk barang masing2, mcm nk pitam. Cuak sikit time ni, tkut overweight. Kitorg beli total excess baggage 90kg jek. Tp tgk, mcm dh nak 1 tonne barang2. Nasib baik ngam2 jek 90kg. Tu pun choc semua bwk naik atas and Airasia tak strictly cek cabin weight.

Penuh 1 van
Balik pun flight on time. So far, everything is good. Tp penat tak payah cakap la. Mood keje hr ni pun kelaut lg.


Sunday, July 14, 2013

Lamb Chop version Pn Fainie

Soksek2 by Aida & Riana at 11:14 PM 0 girls dh soksek2 together
Salam Dearie,

Kejap je dh 6 hari puasa kan. Sepanjang 6 hari ni, kadang2 kitorg beli jek, kadang2 masak. Ikut mood n masa. Tp sahur mmg masak. Sng je, buat nasi goreng, tak pun panaskan lauk smlm nya. hubby tak kisah. Yg pnting makan.

Puasa ke 2 hr tu teringin nk makan salmon grill and lamb chop. Tp nak buat sndiri. Saja nak test. 1st trial, daging ok, tp sos blackpepper masin tahap tak blh terima. I pakai cube pati ayam tu jek, punya la sengal, i letak 3 cube utk 1 mangkuk kecik sos. Vangang gile. Bnda tu kan masin. Potong selera hubby nak makan. hahahah

Balik Melaka last weekend, try lg sekali buat. Hubby cerita kt ibu pasal I buat sos semangkuk guna 3 cube pati aym. mmg kena gelak la. So 2nd trial, modify sikit. Asalnya sbtu hr tu nk buka kt luar, sambil celebrate bday hubby. Tp dlm kul 1 tu, uncle I call kata nak buka sama2. Kalau makan kt luar ramai2 kan rushing, then bayar beratus2, mkn tak tentu puas ht lg. So kitorg pun terus lah merempit soping barang basah n kering semua. G cari kt Mydin MITC jek What I can say, Mydin MITC superb. Semua ada. Daging pun ada few choices, ketam ada, udang ada, ayam ada, ikan byk. Tahap kesegaran utk ikn2 mmg tak berapa la kan, Tp kalau dh urgent, ok jek. Menu kitorg;

Western:
Lamb Chop with blackpepper sauce
Coleslaw
Mushroom soup
Nugget & fries

Malay Dish:
Sup tulang
Ayam goreng berempah
Mee sup

I in-charge western part. Disebabkan Lamb chop I dpt smbutan yg memberangsangkan, so I nak share recipe kt sini. Hahahah budget chef jek. Owh, I nak share harga jgk, compare dgn makan kt luar utk 1 plate lamb chop set

1st trial

2nd trial


Lamb Chop with black pepper sauce

7 keping daging kambing (1kg++ RM22.00)
Sos Marinate Heinz (1 botol RM9.90. Guna half je)
Bawang putih, halia, bawang besar diblend
Sedikit black perpper (RM2.20 sepeket)

Then perapkan semua bahan tu dgn daging. Bakar selama 45 min dgn butter & minyak

Utk sos:
1 biji bawang besar potong dadu
5 ulas bawang putih potong dadu
1 ketul cube pati ayam
3 cawan stok rebusan tulang/ rebusan ayam/ air je pun boleh
3 sudu Blackpepper (ikut nak pedas mana)
1 sudu Sos titam
1 sudu sos marinate heinz
2 sudu fresh milk / susu cair (takde pun takpe)
Cendawan (RM5.00)
Sedikit tepung jagung

Caranya, tumiskan bawang, then masukkan air rebusan & cube. Masukkan sos2, susu and blackpepper. Masukkan cendawan . Bila semua dh mendidih, letak tepung jagung, utk pekatkan kuah tu.

Ha, sng je kan. Kosnya pun tak lah byk mana kan. Tambah dgn coleslow sikit, fries n nuget, around RM50 utk 7 set lamb chop. berbaloi sgt2. Lepas ni mmg buat sendiri jek la jawabnya.




Wednesday, July 3, 2013

Tak bosan ke berdua je?

Soksek2 by Aida & Riana at 2:17 AM 6 girls dh soksek2 together
Salam,

Nak menulis kat blog ni, tp takde cerita nak diceritakan. Dulu cerita pasal wedding kan..Lepas tu verangan kononnya will be mommy soon, so BW mom2be nya blog, write something about it. But after  1 year 9 mths, takde tanda2 nk jadi mommy, lost kejap. tak tau nk BW pasal apa, nk tulis pasal apa. Then 1 fine day, terdetik nak buat research pasal IUI. From that la i found blog2 TTC - Try to conceive wifey. Wah, semangat weh. Bila kita baca ada ramai yg senasib dgn kita, tak la lose sgt kan. If not, terasa kerdil sgt diri ni. Wpun golongan TTC ni minority je, but they support each other. Sama mcm b2b, mom2be jgk kan. we are more comfortable when we are in our species. Comfort zone gitu

We plan to undergo IUI treatment. Maybe after raya. Ni tgh kumpul info, buat mental preparation, doa, mkn supplement. Hopefully merasa la kami menimang anakkan.

Last week ada kenduri kt rumah FIL. sblm balik sana, mmg dh prepare jawapan2 paling manis kalau org tnya pasal anak ni. kalau tanya ok lg. Tp kalau zass terus, tu yg rasa nak amik kunci keta, balik jek tu. Tp alhamdulillah, takde yg menanya. Sedikit kelegaan.

Kalau tanya tak bosan ke hidup berdua jek. So far, belum lg. Rasa bosan takde, yg ada cuma rasa nak ada ank jek. Lain konsepnya ye. Bukan kami tak nak ank. Nak sgt2. Tp sementara takde ank ni, we enjoy our life. Seriously enjoy. Anggap je Allah bg chance nk beromantik2 lama sikit kan. kalau dh ada ank, tido mlm tak cukup, ank sakit, lain pulak dugaannya.

Hubby i childish sikit. Ank bongsukan. Tahap merepek dia kadang2 luar biasa. Mmg blh menguji kesabaran. I bersyukur ada dia dlm hidup I. Gaduh tetap gaduh. Tp syg tu, melimpah ruah. Balik keje tu kadang2 mcm 15 hari outstation. Peluk2 cium2 sekuat hati. Ayt paling rutin;

wifey: eee syg nya kt bie
hubby: haah, sayangggggg jgk kt syg (intonasi kena bersungguh2 ye. sambil mata bertentang mata. hahaha)

Mlm td, kul 12 tgh mlm, dia buat merepek lg. Hubby nk g fishing hr ni. so mlm td dia prepare barang2 fishing dia. Then topeng muka dia takde. Hilang mana ntah. Punya la berusaha, dia g cari baju2 lama yg dh tak pakai. Skali jumpa short i yg stretchable. Ha, ni lah jd nya.



Smpi ke 12.30 mlm dok keja kan bnda ni. Kalau buat sndiri takpe jgk, nak bini dia ni jgk yg tolong guntingkan. Padahal sng jek. Dh siap sume, i g toilet. Blh dia tgu dpn pintu toilet, pki topeng tu, siap pki topi, berdiri ala2 mistik. Mmg terkejut beruk la. Favorite sgt2 la kalau terkejutkan org tu.

Next week dah Ramadhan. Serius tak sabar nk puasa. Dah terbau2 bazar ramadhan, sahur, terawih. Nikmatnya. Rindu sgt2.

















 

Mr. Hunter's Sweetheart is the storyTeller Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates