Thursday, November 29, 2012

Durian crepe sana sini sinun

Soksek2 by Aida & Riana at 5:27 PM 3 girls dh soksek2 together




Salam dearie,

Musim durian datang lg. Tp musim durian kali ni meriah sikit. Sbb kemunculan durian crepe secara tbe2 kan. Mana2 pun msti ada pic DC ni. Huhuu. Hubby yg tak berapa suka makanan pelik2 tu pun tbe2 beriya nak merasa DC. Gigih la jgk g mencari derian.

Last week kitorg balik kampong. Saje nak tgk, kot la pokok durin sebatang pak mentua I tu dah berbuahkan. Rupenye baru berputik jek. Mid Dec kot baru masak. Lgpun kitorg blik sbb mak mentua i tak berapa sihat. Mmg dh tak seaktif dulu la. Kalau dulu, kitorg bgun pg jek dh siap bfast atas meja (menantu bgun lmbt..hahaha). tp hr tu, mmg dia tak daya nk buat kot. So kitorg bgun, kitorg la yg buatkan bfast. Nak masak lunch  pun tak daya. So i la yg terpaksa tunjuk skill. Daging kari + Ikan merah masak sup. Marvellous mak mentua i kata. Hahahha..Ye mak, jgn risau, sy jaga ank mak dgn baik sekali.

QA checking the taste

Dah asing2kan utk isi yg terbaik. Yg tak berapa baik kitorg bedal

1st trial

8 biji, dgn pelbagai size. Amatur la katakan. 

Disebabkan takde derian kt kampong, so kitorg pun membeli la kat KipMart. Gigih jgk la memilih sbb nak isi yg pling dap2, nak buat durian crepe katanya. Sng jek nak buat. Cuma time nak dapatkan crepe paling nipis tu yg mencabar sikit. Buat nipis2, koyak pulak masa nak lipat. Pastu DC i sumenye tak buncit. Nak letak byk2 takut koyak. Jadi, redha jek la. Bantal leper kata husband i. Kitorg makan sorg sekeping jek dh knyg. Ape tak nye, tepung + durian + cream. Pergh mmg la meresap keseluruh perut. Time sejuk mmg sedap.

Smlm, paksa hubby tgk Breaking Dawn. Hubby i kan tak suka tgk cite2 vampire bagai ni. Dia kan penyokong filem Melayu. Pe-3 pun kitorg tgk kt wayang tau. Hahhaha. Mmg dh lama la i tak tgk movie romantik2 kt wayang.  Tp Twilight ni, tak blh berkompromi. Nak jgk tgk finishing nye. Overall, ok jek la. Yg 1st tetap paling best. Tgk byk kali smpi hafal dialog pun tak bosan.

End of Dec, kami akan brcuti ke Jakarta. Hoyeah seronoknye. Tp I pergi dgn my mom and my brother jek. Hubby tak ikut sbb takde cuti. Tp dia izinkan. Saja nak bawak Ibu bercuti + nak restock material utk Adria Cottage. Mujur la ada Airasia kan. Selalunya I ke Jakarta atas urusan kerja. Ni 1st time pergi sndiri. Kena gigih sikit la cari hotel, survey transportation. Kalau g under company trip, hotel cfirm2 dh sediakan. Supir ada, nak g mana2 senang. Makan pun sentiasa ada org bwk g tempat2 best. Naik Singapore Airline lg. Tp time constraint la. Tak blh nak merayau sepuas hati.

Ha hamik-ko, sekali update, mcm2 cite. Dah lama tak update blog. Byk cerita, tp cerita pendek2 jek semua. So ni compile sekali, jadi panjang sikit (“,)

Sunday, November 25, 2012

Like . Share . Win Giveaway By AdriaCottage

Soksek2 by Aida & Riana at 11:38 PM 5 girls dh soksek2 together
Salam Ladies,

Pn Fainie nak share giveaway ni with all the bloggers. Hadiahnya, Border Lace (double layer). Mmg trend skang ni kan patch lace sana sini..Baju simple trus jadi gorjes kan.

Open to everybody - B2B, ex-B2B, Mom2Be, Blogger, Tak blogger, Everybody can join this GA





LIKE! SHARE! WIN!

ANOTHER GIVEAWAY FROM US. JUST FOLLOW THESE SIMPLE STEPS;

  1.  LIKE OUR FB FANPAGE
  2. SHARE THIS POST ON YOUR FB  TIMELINE OR BLOG
  3. WIN 1 METER (DOUBLE LAYER) BORDER LACE



WE WILL CHOOSE 3 WINNERS - RANDOMLY.

CLOSING DATE: 16 DEC 2012

20 DAYS TO GO!

Spread the news gurls

Tuesday, October 30, 2012

KPI isteri.

Soksek2 by Aida & Riana at 12:48 AM 5 girls dh soksek2 together
Salam AidilAdha,

Yeaaa lama betul tak menulis. akibat kesibukan yg melampau. bukan sibuk kerja pun. kerja biasa2 jek. sibuk dgn Adria ni ha. Alhamdulillah, order yg masuk sungguh memberangsangkan. Kena struggle lebih sikit. Ye la, kena wt keje umah, kena menjahit, kena g kerja. Ha, budget superwomen kan. Pnt, tp best. nasib baik la hubby paham kalau time manik kain sume berterabur atas lantai. nasib hubby tak demand nk mintak dilayan lebih2. nasib keje tak penat sgt.

Ni dh hujung2 tahun ni, kat opis biasa la, nak kena update KPI la kan. kena review balik ape yg dh dibuat ape yg belum. I think KPI is a good system to keep track on your performance. pastu, dah jadi isteri ni, rasanya kena da KPI jgk kot. I takde la strictly key-in wifey KPI i dalam pc ke ape. huhuh. Cuma few things yg i betul2 monitor. contohnye;


  1. masak dinner atleast 5 kali seminggu
  2. buat breakfast atleast 2 kali seminggu
  3. basuh baju 2 hari sekali
  4. takde baju pending untuk dilipat
  5. sapu rumah seminggu sekali  
Cenggitu la kononnya KPI isteri. takut terbabas pulak dh bz2 ni. Rasanya semua bnda tu takde la susah mana pun nak buat kan..rumah pun takde la besar mana pun nk kemas hari2. masak pun bukan sekuali besar and hubby demand yg merepek2. kalau masak makanan sndiri, feeling tu best sesangat. lbh2 lagi kalau tgk hubby makan bertambah2. selalunya mmg bertambah la. sedap kot isteri masak kan.hihih..tp sebelum sedap mcm ni, berapa kali kena marah sbb tak reti masak. Ye! kena marah ok. Suami cakap, masak tak sedap tak pe, tp jgn tak boleh makan.

Antara masakan i yg dia tak boleh makan, sambal kicap masam. pandai2 g bubuh limau dlm kicap, dia tak blh terima. telur dadar over masin. sbb guna garam kasar masa tu. masak daging tak buang urat. hamek ko, nak kunyah mcmana. hahaha..nasibbaik dh mintak maaf kt i. kalau tak, mmg i bungkus sume kuali periuk tu..hahaha




Thursday, October 18, 2012

Baa Baa Black Sheep

Soksek2 by Aida & Riana at 1:38 AM 3 girls dh soksek2 together
Baa, baa, black sheep,
Have you any wool?
Yes sir, yes sir,
Three bags full.

One for the master,
One for the dame,
And one for the little boy
Who lives down the lane.

Baa, baa, black sheep,
Have you any wool?
Yes sir, yes sir,
Three bags full.

I saja dok nyanyi lagu berulang-ulang kali kt umah. Pastu hubby ckp, "ui, dosa nyanyi lagu tu..tu kan lagu puja kambing hitam, pastu sembelih minum darah dia"

Rolling eyes - husband kecik2 nyanyi lagu 10 budak hitam jek

Lepas tu tgk nat geo. ada keluar tupai busuk tu. i ckp "eh, tu skunk kan" hubby jwb, "tak lah tu cempelai"

Jari di dagu - ooo maybe skunk tu, nama binatang tu masa dlm cartoon. I pun masuk bilik, solat. Keluar bilik, husband cakap "Syg, nama binatang tu skunk la"

Rolling eyes lg - Laki ak ni kecik2 dok negara mana ni? Pe-ning-baizura betul la dia ni 

Tuesday, October 16, 2012

Celebrating our anniversary at Medan Ikan bakar terapung, Melaka

Soksek2 by Aida & Riana at 7:24 PM 4 girls dh soksek2 together
Hi Dear..

Last week balik Melaka. Wow, so heaven part2 makan. Mmg ibu masak masakan yg tersedap and terfavorite la. Ape tak nye, menantu kesayangan balik. Tak pernah tau my mom buat sambal belacan tumbuk sndiri cili tu. Selalunye dia blender jek. Kali ni, tumbuk manual punye. pastu perah limau sikit..masak gulai siput. Pergh, mmg bertambah2 masing2 makan. Perut sampai tak sempat lapar.

Then sabtu malam tu, ibu beriya ajak makan luar, sbb nak celebrate our 1st annivesary. Oh-my-Ibu. Sungguh terharu ok..I ni, wpun orang Melaka, tp seriously I jarang JJCM kt Melaka. Ni 1st time dtg area sini and makan seafood. Tp kalau kt Johor, pelosok belakang bangsal, sebelah kubur, sume I tau. Nmpk sgt dh kena tukar kerakyatan. Hihihih. Ape tak nya, I dr form 4 blaja kt johor ni. Dpt kete, trus explore johor. Mmg tak smpt la nk jalan2 kat melaka

Tak sangka kt Melaka ada tmpt makan gini

Anniversary gift to hubby - MU Jersey, new season

My Brother yg suka makan

Ibu and Abah. Love u all so muchi2

The foods
Bak kata adik lelaki I, pinggan mcm pinggan kantin jek. tak feeling makan special pun. ha tau pun...hahahha. Ok2 la makanan kt situ. Price wise, quite expensive compare to JB. Even tmpt ni cantik, tp tak ramai org. Melaka tourism masih perlu diperkembangkan bab2 tempat makan ni. Kalau malacca town, mmg heaven la nak jalan2. cantik sgt.

Thursday, October 11, 2012

Border lace 2 layer. 1st come 1st serve ye (",)

Soksek2 by Aida & Riana at 12:40 AM 6 girls dh soksek2 together

Salam Dear,

I ada few meters border lace 2 layer. Very limited edition ye. Saje nak try market dulu.

Available color;



Putih

Pink

Silver/ kelabu
Price: 1 meter RM30 termasuk postage.

Kalau minat, do email me ye: fainie_riz@yahoo.com

Wednesday, October 10, 2012

Tanah abang setiap kali ke Jakarta

Soksek2 by Aida & Riana at 8:11 PM 11 girls dh soksek2 together


Salam dear,

Lama tak update sbb baru balik outstation di Jakarta. Outstation utk meeting..tp sebelum n selepas meeting tu, haruslah bersoping2 kan. Soping utk material veil jek yg smpt. Maklumlah tanah abang tu..more than 10 levels pastu siap ada 2 blok lg. Mmg tak smpt nk merapu cr mcm2..

I saja amik flight early morning hari ahad tu. So around 10.00am dh smpi Jakarta. Pak supir anta ke hotel, check-in, trus g tanah abang. Tp, wahai sekalian sahabat, hr ahad byk kedai yg tutup ok. Kurang choice and harga agk mahal la. Sbb hari rabu tu I return ke situ balik. Beza la harga dlm 15,000rup. Skang ni rupiah tgh rendah. So sgt2 la berbaloi nak shopping oiii.. RM1 = rup3080.

Dr Johor kan takde flight direct ke Jakarta, so I kena ke Spore dulu. Mcm biasa, Spore airport mmg best. Sgt cantik dgn bunga2 orkid. Ada wifi, internet free, byk seat, convenient, so kalau flight delay pun takde la busan sgt kan.

Singapore airport

Smpai tanah abang, mmg direct g lantai B1 & B2 la. Hunting lace. Walaupun mahal sikit. Tp still worth-it la. Akibat tak puas ht, smlm sblm blik, g return ke tanah abang lg. I mmg suka g situ jek. Sbb tenang sikit compare dgn mangga 2. Kalau mayestik, thamrin city semua tu, I tak tau harga diorg mcmana. Dh la I limited time kt sana. So, I malas nak habiskan masa g survey2, pastu tak puas ht, pastu balik ke tanah abang. Baik I terus ke tanah abng jek. Lg pun tanah abang dh direnovate. Semakin selesa. Cuma kena tahan bau asap rokok jek la. Dah la kedai rapat2, byk kain, pastu org merokok pulak dlm tu. I ckp dgn kawan I, ni kalau terbakar, mmg mati semua dlm ni jek. Hahahah




kain net ni, RM5 jek semeter! Pengsan ok

Hasil buruan hari pertama
Border lace. Byk choice tp color tak kena di mata i pulak

Yang ni pun murah. I ada beli lebih untuk dijual. Will post about this soon

I byk beli material utk Adria Cottage. Untuk sendiri, tak sempat ape pun.

I stay kat Aston Rasuna Hotel. Rate dlm RM280 mcm tu. Ni hotel apartment. So ada 2 bilik, kitchen semua. So kalau dtg dgn family boleh la stay sini. Breakfast sedap. Dine-in menu pun best. 15 minit jek kalau nak ke tanah abang, mayestik, thamrin city tu sume. Kalau nak naik teksi. SIla naik yg ada meter ye. Kalau tak mmg kena paw habis2 la. Lg2 time macet. I supir company yg melayan bawak ke sana ke sini. Huhuhuu..so bg tips jek. Pastu tips claim kt company. (“,). Bos, sila anta sy meeting ke Jakarta selalu ye. Saya rela jek. Hihih

My friend. Chinese, tp beli telekung smpai 6 helai. Org kirim katanye



Dh tak larat nak keluar makan, order sahja!

Sup tulang yg sgt byk. Ni mkn kat hotel ni, br RM23. Kat malaysia blh dpt? 



Tips2 lain kalau belanja kt sini, terus mintak harga pas jek. Kata nak bawak pulang ke Malaysia. Tp jgn desperate sgt. Kalau diorg jual mahal, bla jek. Serius byk kedai lain lg. Diorg tak kisah amik2 gmbr ni. So amik gmbr mana yg berkenan, pastu g je tunjuk kt kedai lain. Kalau nak dating bersoping, dtg la seawal 8 pg waktu tempatan ye. Kalau dh kul 11 tu, pergh mmg tak boleh bernafas la. Diorg kul 4 or 5 dh tutup. Soping kat sini, bwk seribu pun, sekelip mata jek boleh habis. Tp seribu tu, mcm2 la boleh dpat. Telekung, jersi, dress, handbag, kasut, kain, segala benda la ada. Larat tak larat jek la nak jalan. Kadang2, bila diorg tau kita org Malaysia, diorg jual mahal sikit. Sbb diorg tau kt Malaysia hampir mustahil nak dpt harga mcm tu. So kalau jumpa kedai mcm ni, angkat kaki jek.

Tuesday, October 9, 2012

2 Layer border lace

Soksek2 by Aida & Riana at 8:11 AM 1 girls dh soksek2 together
~Quick update~

Dear All..Pre-order for this 2 layer border lace.



Available color;
White
Pink
Silver/grey

Soft blue

Very limited quantity ye. RM30/m termasuk postage. Color lain akan diupdate esok malam

kalau nak, email me and confirm your order. fainie_riz@yahoo.com


Friday, October 5, 2012

Kolesterol Tinggi

Soksek2 by Aida & Riana at 7:32 AM 2 girls dh soksek2 together
Hi dear,

Td pg2, in-Plant clinic call. Akak tu kata, kalau free suh dtg klinik jap, wat physical check-up. I pun g jek la sbb ingtkan nk amik height and weight je. Skali kena jumpa doc sbb doc nk tunjuk result darah hr tu. Company I mmg every year (or every 2 years) kena buat medical check-up.

Lepas tu doc pun bukak la file result. Jeng jeng jeng. selama ni tak pernah cek kolesterol and diabetes sume tu pun. Doc tgk berat, terus kena sekolah. Ni kena diet, kurangkan 15 kg. Amboi doc, mcm sng jek bunyi nye. Then bukak page 2. Doc tanya, ni umur berapa ni? 27 doc. Kolesterol tgi ni. Sepatutnya kena below 5.7. ni dah 6.6.

Oh no, serius tak sangka hokey. Tp nasibbaik sugar level, blood pressure sume ok. Kolesterol susah nak turun kan. I tgk mommy i punya la jaga makan pun lmbt jek turun. Kena lebihkan vege, fiber! kurangkan carb. Why la carb so delicious. I ni dh la suke segala bnda yg ada carb. Roti tu mmg sgt2 la suke. pastu pasta bagai sume tu pun mmg hantu. kalau mkn tak hengat punye. Nasi mmg cfirm2 la suke..tp tkut nk makan byk.

So misi, jaga mkn mulai hari ni. Bulan depan kena cek doc lg. Ni hubby ni pun mkn byk. Tp badan kurus. Ntah2 dlm bdn kolesterol tinggi dr I. Nanti nak suruh dia cek jgk.

Wednesday, October 3, 2012

Kalau nak border lace, blh cari kat sini

Soksek2 by Aida & Riana at 10:55 PM 0 girls dh soksek2 together
I rasa kalau kt Johor ni agak susah la i nak cari border lace yg cantik and murah. So slalu dlm dilema bile nak caj harga utk veil. ye la, nak caj mahal, cian kt bride. Nk bg diskaun2, lmbt la I kaya..Upppsss!!! gurau jek..

Lg 1, mcm dh trend pulak kan buat baju plain pastu patch lace, tmbh beads2 sikit. pergh mmg ala2 baju boutique gitu. So dok surfing2 td, terjumpala FB fanpage ni.

Si Chantek Border Lace

Byk jgk koleksi yg cantik2 and i think the price is quite reasonable la.
 

Mr. Hunter's Sweetheart is the storyTeller Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates