Salam uols,
Org slalu g holiday hujung2 tahunkan, tp disebabkan cuti
kitorg dah nazak sgt hujung tahun, so kitorg g holiday awal2 tahun. Pergi
bandung jek. 4 Hari 3 Malam, naik Airasia. Tiket beli 8 bulan yg lepas dgn
harga, RM150 per person. Naik dari JB. Masa tu diorg tgh promo new route. So
murah jek. Pergi berempat dgn hubby, bff, and his mom. My bff ni yg buat semua
itinerary. Dia ni mmg details sgt orgnye. So semua bnda termasuk driver, tempat
makan, tmpt soping, dia yg arrangekan. Kitorg follow jek.
Siapa nak itinerary tu, blh msg i ye. Malas nak tepek excel
tu kt sini. Hehehhe. 1st day kitorg plan nak g tangkuban perahu. Tp
supir kata, Tangkuban perahu tutup sebab gunung berapi tu aktif balik. So
kitorg terus g makan kat Kampung Daun.
Environmentnye sgt la best. Makan kat pondok2 dalam hutan gitu. Sejuk sgt.
Makanan sdp, tp mahal tahap gaban. Lunch 5 org RM176. Redha jek la. Pay for the
view skali gitu. Tp mmg cantik la. Lepas makan kitorg g De’ Ranch. Mcm kampung
cowboy, tempat reakreasi. 1st time naik kuda. Masing2 excited. Kt
sini tempat riadah org tempatan la kirenye. Ada game utk kids, parent blh duduk
makan2, ada face painting. Tempat ni sejuk. So best la. Then kitorg g floating
market pulak. Pun tempat riadah jgk. Best la kat sini, byk tempat riadah dan
cantik2. Dekat2 pulak tu. Kat sini ala2 mini zoo. Ada arnab, burung2, angsa,
itik semua. Blh bagi binatang2 tu makan. Main reason kitorg dtg sini, nak minum
ptg kuih2 tempatan. Diorg jual ats sampan. Nama pun floating market kan. Kat
sini diorg pakai system coin, so kitorg tukar rup60,000. Konon tak nak tukar
byk2, takut tak habis. Skali tak cukup. Byk sgt kuih yg sedap2. Even tempe cili
pun sedap uols. Singkong, durian bakar, pisang cheese, sampai kenyang jgk la
kitorg mkn utk tea time. Then depan floating market tu ada bukak new FO. Kitorg
singgah tgk2 jek. Most of the place yg kitorg singgah, ada surau. So tak payah
risau. Mlm pulak, kitorg g Terminal Tas and FO area tu. Hubby je beli bag n
belt. I dah kepenatan, mcm tak selera tgk handbag sume. Kitorg tak check-in
hotel pun lg ni. Mmg terus berjalan sampai malam.
Kampung Daun |
Siap ada costume red indian |
Sepanjang kat Bandung, Kitorg guna supir dari http://www.hayukka.net/
. Servis mmg tip top. Utk 4 hari kitorg bayar around RM320. Servis dr pagi
sampai malam. Siap ada tour guide kt pasar baru. Angkatkan barang kitorg. Mmg
berlenggang je la jalan.
Hotel pulak kitorg stay kat Raffleshom. Kalau tgk jalan
masuk nk ke hotel ni, mcm ye tak ye jek. Tp interior n bilik, mmg best. Puas
ht. 1 mlm RM80 jek. Booking kat agoda
2nd day, pagi2 kitorg pergi PESONA. Kat sini jual
baju2 sulam bandung. My BFF tu kan biz kain baju. Tp I pun beli jgk, souvenir
utk family semua. Cantik2 kain sulam dia. Lepas tu kitorg g pasar baru. Pihak
Hayuka tu sediakan sorg assistant utk tunjuk2 kitorg kt mana nak beli brng
murah semua. So just bagitau nk beli ape, nanti diorg bawak kan. Seharian
kitorg kt sini. Sampai dah nak tutup Pasar baru, baru la kitorg balik. Lepas tu
kitorg g Jalan Dago, shopping lg kt FO. Owh, before that singgah Toko 3 beli
jeans and T-shirt. Kali ni hubby i yg shopping sakan. I tak beli ape2 pun lagi.
Asyik dia jek yg membeli, Jeans, jacket, belt, beg, shirt, mmg complete semua
la. Lepas habis shopping kitorg makan kat Iga bakar, Mas Giri. Sedap sgt. Rasa
tak puas jek makan 1 plate. Tp sbb masing2 dh penat sgt, tak daya nak tambah2
dah. Air kt sini semua best2.
Pasar baru |
3rd day, g kawah putih. Pg2 tu singgah Kartika
Sari beli jajan2 utk mkn dlm kete. Dr bandung nak ke Kawah putih takes 2 hours.
So kitorg beli bfast sikit, mkn dlm kete jek. Malas nak singgah2. Kitorg gerak
kul 7pg. Macet. Time org nak g keje kn. Kat kartika sari ni, pisang salai
cheese dia mmg sedap. Brownies kitorg tak beli kat sini. Beli kat Amanda. Bnda
lain yg famos, Bika Ambon, Bagalen, sedap la. Sepanjang perjalanan ke Kawah
putih, kitorg tido jek. I terjaga2 kejap, smpt la tgk view2 sawah, org tanam2
sayur. Ala2 cameron jgk la kat sini. Ada strawberry, ladang teh. Sampai je area
kawah putih tu, mmg sejuk uols. Gigil. I tak bawak sweter pun, budget tahan
sejuk. Last2 pakai stoking kat tgn. Kat sini nak masuk kena bayar, ala tak ingt
pulak brapa. 50,000rup sorg kot. Then kereta
150,000rup. Mmg cantik betul tmpat ni. SubhanaAllah, kagum weols. Tp dpt
dok kejap jek, sbb hujan selebat2nye. Padahal kt bawah tak hujan pun. Lepas tu
supir bawak g ladang teh, amik2 gambar. Dia siap stopkan kat tmpt2 yg cntik utk
snap gmbr. Camera dia pgg, amikkan gmbr kitorg dr bawah. Kitorg feeling retis
sgt berposing. Sporting gile supir tu. Pastu g petik strawberry. 1kg RM22 jek.
Kat Cameron mahal gile kalau petik sndiri. Kitorg ni seronok memetik jek. Last2
tak makan pun. Kitorg singgah lunch kat
Saung Gawir. Makan Nasi Liwet. Kat set nasi ni dh ada sayur, ayam, ulam2 sume.
Ayam bakar dia punya la sedap. Makan sambil menikmati pemandangan yg indah. 1
bnda yg best kt bandung ni, tempat makan dia exclusive sgt. Cantik2 dan sedap2
ok. Semua restaurant ada theme n deko2 yg cntik. Mmg best la nk lepak2 lepas
pnt berjalan. Balik dr kawah putih kitorg singgah rumah kain jalan KOPO.
Shopping kain lg. Lepas tu g FO kat Jalan Riau/Dago. Kat Rumah Mode mahal2
belaka, kitorg singgah buang air jek. Hahaha. Blouse kat Grande FO cntik2 and
yg penting ada size2 besar. Mlm last ni kitorg makan nasi padang area rumah
Mode.
Sejuk sgt kat sini |
3 Hari mmg full sgt2 aktiviti. My bff ni mmg pandai buat
itinerary. Tu sbb kitrg suka ajk dia g holiday. Balik bilik jek masing2 badan
dah dedar. Hubby mcm nak demam, I dah start sakit2 perut. 3rd day
jek kitorg balik bilik awl sikit. Nak packing2 barang. Mmg overdos sgt barang.
Byk gile. Tp ngam2 la sorg 25kg. Airport
bandung sgt la kecik. Dgn barang kitorg yg menimbun tu, sgt la susah nak
berangkut ke sana ke sini. Troli pun ada tak de jek.
Last day before balik, kitorg g Kartika sari lg, beli pisang
salai cheese. Then g Amanda beli brownies. Beli awal2 takut expired. Brownies
tu cepat berkulat. Sampai kat airport, mcm terlampau byk sgt pulak beg, so kena
rearrange. Sbb tambah bronies n makanan2 tu byk sgt. Wrapping ikut Kg, senang
nak check-in.
Kat airport dok arrange barang lagi. |
Next destination, Ho chi minh pulak. Bulan 5 nanti.