Wednesday, December 26, 2012

Perbelanjaan di Jakarta

Soksek2 by Aida & Riana at 7:31 PM
Reactions: 
0 girls dh soksek2 together Links to this post


Transportation

Flight Air Asia: RM145 (return ticket)
Airport ke hotel: 100,000 rup (Hotel area tanah abang)
Hotel ke Pasar baru: 35,000 rup
Hotel ke Tanah Abang: 20,000 rup
*Price naik cab. Naik Ojek, kalau dekat2 boleh la. Dlm 20,000 rup sekali perjalanan

Hotel

Avia Residence: RM66 / night

Review: hotel location agak tersorok dan susah nk jumpa. Mmg dkt dgn tanah abang. Not highly recommended. Tp comfortable la jgk. Furniture semua baru


Food & refreshment

We tried some local food

Mee Ayam: 11,000 rup
Nasi Ayam Penyek: 18,000 rup
Bubur Ayam & lontong: 6,000 rup
Bakso: 8,000 rup

So far, makanan mmg murah2 belaka. Yg bestnye, diorg ni tak kedekut ramuan. Kalau bubur ayam yg hanya RM1.90 tu, segala mcm benda ada. Sgt best. Tp pastikan anda berhati2 ye. Jangan tersilap makan pulak.

Contingency expenses

Tip: 50,000 (Diorg mmg suka menolong kita angkat barang. Tp kena hulur tip la. Bg 5,000 rup jek
Extra taxi fare: 200,000 rup. Ni masa banjir hari tu. Diorg time2 ni la nak paw byk2

So far, ni je kot general expenses. Yg lain2 sume duit utk shopping. I bawak RM1500 utk beli barabg biz & belanja. Mencukupi. My mom bawak RM1000 utk shopping. Mencukupi. My brother bawak RM1000 utk shopping, Mencukupi

Tuesday, December 25, 2012

Jakarta Trip

Soksek2 by Aida & Riana at 5:54 PM
Reactions: 
5 girls dh soksek2 together Links to this post

Salam dear,

I’m back. How’s my holiday? Ok and not Ok. Ok sbb geng soping menggila menjadi2. Tak Ok sbb cuaca sekarang, hujan. The best experience ever! I dh byk kali jgk la ke Jakarta. Tp selalunye under company trip. So semuanya arrange by company. Supir pun tak payah risau sgt la. Ni, semua bnda nk kena arrange sndiri. Nasib baik la ada adik lelaki i. So takde la takut sgt. My itinerary;

21 Dec 2012
7.00 am: Flight to Jakarta
8.00 am: Arrive at Jakarta
9.15 am: Arrive at the hotel (Avia Residence)
10.00 am: To Pasar Baru, Jakarta
12.00 pm: To Mangga Dua
2.00 pm: To Kebun Jeruk

I mmg target nak cari barang2 utk buat veil and border lace. Kat Pasar Baru tak byk kedai, tp collection nye menarik2. I like. Then ke Mangga dua, nak cari material utk menjahit. Mcm Pearls, Appliqué Diamond, mmg murah2 kat sini. Then ke Kebun Jeruk utk teman kan adik I cari barang2 motor dia. 1st time naik ojek. Mmg thrill la. Just imagine, Jakarta tu dh la jek. Then the ojeck just cilok sana sini. Kitorg pgg ketat2 punye. Takut tercicir. Mlm kitorg berehat jek. Sbb hujan

22 Dec 2012
8.00 am  - 4.00 pm: At Tanah Abang

As U know, Tanah abang tu besar tak payah nak cakap la kan. My mom aim for comforter set. My brother aim for shoes, and me myself, cari barang buat veil lg lah. So kitorg berjalan non-stop and shopping mcm org hilang akal kejap. Just imagine, my mom beli 3 set comforter & I beli 2 set. At first my mom jek nak beli 2 set. Then kedai yg last kitorg g tu, boleh vakumkan comforter jadi kecik, sgt la sesuai nak bwk naik flight. Tu yg menggila beli byk2 tu. Lepas tu, kul 4.00pm, kitorg dh nak balik, sekali tgk ramai gile org dok kt tangga. Adik I ingtkan ada konsert. Yg I, mmg tau la, style diorg suke duduk2 kt tepi tangga. Tp tak expect la kt luar tu hujan lebat gile. Lebat sungguh2 tau. Dlm hati i dah cuak dah, cfirm macet n susah dapat teksi. And once again, I tak expect la depan tanah abang tu banjir hokey. Jakarta banjir! Mmg susah nak cari teksi and diorg paw gile2. Kitorg terpaksa bayar 200,000rup utk balik ke hotel. Masa dtg, around 20,000 rup. Contingency expenses. Sgt unexpected. Please be prepared. Lepas tu, tak habis lg tu. Sepanjang jalan mmg banjir la. Nak kat smpi pintu jgk air naik. Lbh malang nya lagi, jalan nak masuk hotel tu, banjir paras lutut ok. Kereta dh tak boleh masuk. Just imagine, we all bwk barang sgt byk, jalan kaki, mengharung banjir, smpi ke hotel. Seriously horror. Serik I beb.

Maka 3rd day, kitorg hanya bermalas2an di bilik, makan2 local food, then ke airport. Lgpun semua barang dah beli. Next entry, I akan share on expenses kat sana pulak

My mom shopping telekung

Adik I shopping Kasut

Mak I pun tak ketinggalan

Beads, Pearls centre

Our luggage selepas di-compress

While waiting the flight. Sempat lg tu jahit veil. 

Veil yg sempat I buat masa kat Jakarta. Champagne color 

Ha, ni la comforter set nye. RM100/set. Mana tak meroyan nak beli byk2

We just restock our border lace!


For full border lace collection, kindly review at:


Sunday, December 16, 2012

Rendam ayam

Soksek2 by Aida & Riana at 7:12 PM
Reactions: 
8 girls dh soksek2 together Links to this post
Salam dear,

Dah lama tak merepek kat sini. Takde la busy sgt. Just takde benda jek nk cite. Life as normal. Dah setahun 2 bulan, tapi kami still belum ada rezeki nak timang cahaya mata. Ape perasaan? Hanya insan yg senasib kami je yg tau. Usaha? dah macam2, moden n tradisional. Komen husband? he always says takpe. Kita enjoy jek dulu. Hari tgk Entri Jameela kot, Prof Dr Muhaya cakap pasal anak. Panjang la komen dia tp last statement dia paling best. orang takde anak, dia tak gembira. Orang ada anak, dia takde masa. So just enjoy every moment. Macam gitu la.

Hr tu ada 1 incident happened. hubby balik keje kul 11 mlm. I dah siap2 masak sume. Dia pun makan and it's very amazing, dia habiskan nasi hampir 2 pot ye. Lepas makan, basuh tgn, tgk tv. Tibe 2 dia cakap, dia mcm tercekik tulang ikan. Dh dok tgk tv baru terasa tu. pelik betul. Pastu try2 keluarkan tak boleh. Lama2 dia give-up, ajak g klinik. dah kul 12 malam masa tu. pergi 2 klinik, both doc tak nmpk. Eh 3, 1 lagi tu g hospital tp takde doc pulak. I pun dh tak larat, i suh dia tido jek, mudah2an esok nye hilang tulang tu. Bgun pg tak hilang jgk. G la hospital penawar. Doc masukkan microscope. 1st time masuk tak nampak. So doc suspect maybe tulang tu dh takde just bekas luka jek. Tp hubby berkeras kata ada lg tulang tu. then masuk microscope lai pulak, baru la nmpk. punya la excited i, nurse n doc. mcm jumpe harta karun u. and you know how much the charge? RM200. Ok bie, awak makan ikan selar yg sekilo tak smpi RM10, tp awak kena keluarkan tulang dia yg kos RM200. Sila makan ikan sardin je lepas ni ye. huuhuh

Hari tu I pesan kat hubby, suruh keluarkan ayam dr dlm freezer, nanti balik i nak masak. Then i balik keje;

Hubby: Sayang, bie dah rendam ayam tu
Wife: ok

Tak g tgk lagi ayam tu. tp mcm perasan sink kosong jek. Then g toilet, peepee dulu. Sekali tgk, dia rendam ayam dalam baldi, dalam bilik air dan dgr suara husband berteriak

Hubby: Sayang, bie rendam ayam dlm bilik air tu
Wife: Bie, sink kita tu kan boleh buat rendam ayam. Ape motip rendam dalam bilik air?
Hubby: Haah la, asik lupe jek

Ni kali yg ke3 kot dia g rendam lauk dalam bilik air. Haiyo suami..hahahha

This week kerja 3 hari jek. Lps tu, long holiday. yeehaaa..tak sabar nak cuti. malas nak ngadap KPI, business plan bagai.


































Wednesday, December 12, 2012

Pre-order Border lace

Soksek2 by Aida & Riana at 12:13 AM
Reactions: 
2 girls dh soksek2 together Links to this post

Salam everybody,

12.12.12

I nak bukak pre-order utk border lace. Terma dan syarat seperti berikut;

  1. Let us know what color u want
  2. No need to deposit, because I just want to ensure I bought enough stock and color
  3. Price, InsyaAllah RM30/m – double layer
  4. Interested? Email me at fainie_riz@yahoo.com or sms/whatsapp 0123490114


Please let me know before 20 Dec 2012

Tuesday, December 4, 2012

Durian crepe lagi sekali!

Soksek2 by Aida & Riana at 4:57 PM
Reactions: 
4 girls dh soksek2 together Links to this post
Hi lovelies,

Ok, kali ni I share resepi ye. Yg 1st time buat hari tu, crepe nye tebal n tak berapa best. Kali ni lebih smooth. Hubby pun dok bukak peti es 2-3 kali. Yg hari tu, dia makan half jek, pastu dh tak nak. Ni pg td i bukak peti es, tgk dh kurang seketui lg

Durian Crepe

Crepe:
250g tepung biasa
1 sudu kecil tepung ubi
2 biji telur
500 ml santan. (I tak prefer pki santan kotak. Sbb bau dia tak best)
1 sudu gula castor/ gula halus
1 sudu butter yg dicairkan
sedikit garam
pewarna kuning

Masukkan semua dalam blender dan blender. Kemudian tapis.
Panaskan kuali non stick. Sendukkan tepung dan tuang di atas kuali
masak 1 bahagian sahaja. Nanti bahagian yg kena kuali tu, jadi bahagian dalam
nak dapatkan crepe yg smooth, licin, berkilat, silalah guna api perlahan.

Filling:
Whipping cream
Isi Durian

Whipping cream diputar. Kalau nak manis sikit, letak gula castor. Kalau tak nak pun boleh

Bila dah siap semuanya, bentangkan crepe, letak whipping cream, letak durian, letak whipping cream balik. Then bungkus.



Inilah hasilnye. Untuk officemate & ex-officemate. (",)







Thursday, November 29, 2012

Durian crepe sana sini sinun

Soksek2 by Aida & Riana at 5:27 PM
Reactions: 
3 girls dh soksek2 together Links to this post




Salam dearie,

Musim durian datang lg. Tp musim durian kali ni meriah sikit. Sbb kemunculan durian crepe secara tbe2 kan. Mana2 pun msti ada pic DC ni. Huhuu. Hubby yg tak berapa suka makanan pelik2 tu pun tbe2 beriya nak merasa DC. Gigih la jgk g mencari derian.

Last week kitorg balik kampong. Saje nak tgk, kot la pokok durin sebatang pak mentua I tu dah berbuahkan. Rupenye baru berputik jek. Mid Dec kot baru masak. Lgpun kitorg blik sbb mak mentua i tak berapa sihat. Mmg dh tak seaktif dulu la. Kalau dulu, kitorg bgun pg jek dh siap bfast atas meja (menantu bgun lmbt..hahaha). tp hr tu, mmg dia tak daya nk buat kot. So kitorg bgun, kitorg la yg buatkan bfast. Nak masak lunch  pun tak daya. So i la yg terpaksa tunjuk skill. Daging kari + Ikan merah masak sup. Marvellous mak mentua i kata. Hahahha..Ye mak, jgn risau, sy jaga ank mak dgn baik sekali.

QA checking the taste

Dah asing2kan utk isi yg terbaik. Yg tak berapa baik kitorg bedal

1st trial

8 biji, dgn pelbagai size. Amatur la katakan. 

Disebabkan takde derian kt kampong, so kitorg pun membeli la kat KipMart. Gigih jgk la memilih sbb nak isi yg pling dap2, nak buat durian crepe katanya. Sng jek nak buat. Cuma time nak dapatkan crepe paling nipis tu yg mencabar sikit. Buat nipis2, koyak pulak masa nak lipat. Pastu DC i sumenye tak buncit. Nak letak byk2 takut koyak. Jadi, redha jek la. Bantal leper kata husband i. Kitorg makan sorg sekeping jek dh knyg. Ape tak nye, tepung + durian + cream. Pergh mmg la meresap keseluruh perut. Time sejuk mmg sedap.

Smlm, paksa hubby tgk Breaking Dawn. Hubby i kan tak suka tgk cite2 vampire bagai ni. Dia kan penyokong filem Melayu. Pe-3 pun kitorg tgk kt wayang tau. Hahhaha. Mmg dh lama la i tak tgk movie romantik2 kt wayang.  Tp Twilight ni, tak blh berkompromi. Nak jgk tgk finishing nye. Overall, ok jek la. Yg 1st tetap paling best. Tgk byk kali smpi hafal dialog pun tak bosan.

End of Dec, kami akan brcuti ke Jakarta. Hoyeah seronoknye. Tp I pergi dgn my mom and my brother jek. Hubby tak ikut sbb takde cuti. Tp dia izinkan. Saja nak bawak Ibu bercuti + nak restock material utk Adria Cottage. Mujur la ada Airasia kan. Selalunya I ke Jakarta atas urusan kerja. Ni 1st time pergi sndiri. Kena gigih sikit la cari hotel, survey transportation. Kalau g under company trip, hotel cfirm2 dh sediakan. Supir ada, nak g mana2 senang. Makan pun sentiasa ada org bwk g tempat2 best. Naik Singapore Airline lg. Tp time constraint la. Tak blh nak merayau sepuas hati.

Ha hamik-ko, sekali update, mcm2 cite. Dah lama tak update blog. Byk cerita, tp cerita pendek2 jek semua. So ni compile sekali, jadi panjang sikit (“,)

Sunday, November 25, 2012

Like . Share . Win Giveaway By AdriaCottage

Soksek2 by Aida & Riana at 11:38 PM
Reactions: 
5 girls dh soksek2 together Links to this post
Salam Ladies,

Pn Fainie nak share giveaway ni with all the bloggers. Hadiahnya, Border Lace (double layer). Mmg trend skang ni kan patch lace sana sini..Baju simple trus jadi gorjes kan.

Open to everybody - B2B, ex-B2B, Mom2Be, Blogger, Tak blogger, Everybody can join this GA





LIKE! SHARE! WIN!

ANOTHER GIVEAWAY FROM US. JUST FOLLOW THESE SIMPLE STEPS;

  1.  LIKE OUR FB FANPAGE
  2. SHARE THIS POST ON YOUR FB  TIMELINE OR BLOG
  3. WIN 1 METER (DOUBLE LAYER) BORDER LACE



WE WILL CHOOSE 3 WINNERS - RANDOMLY.

CLOSING DATE: 16 DEC 2012

20 DAYS TO GO!

Spread the news gurls

Tuesday, October 30, 2012

KPI isteri.

Soksek2 by Aida & Riana at 12:48 AM
Reactions: 
5 girls dh soksek2 together Links to this post
Salam AidilAdha,

Yeaaa lama betul tak menulis. akibat kesibukan yg melampau. bukan sibuk kerja pun. kerja biasa2 jek. sibuk dgn Adria ni ha. Alhamdulillah, order yg masuk sungguh memberangsangkan. Kena struggle lebih sikit. Ye la, kena wt keje umah, kena menjahit, kena g kerja. Ha, budget superwomen kan. Pnt, tp best. nasib baik la hubby paham kalau time manik kain sume berterabur atas lantai. nasib hubby tak demand nk mintak dilayan lebih2. nasib keje tak penat sgt.

Ni dh hujung2 tahun ni, kat opis biasa la, nak kena update KPI la kan. kena review balik ape yg dh dibuat ape yg belum. I think KPI is a good system to keep track on your performance. pastu, dah jadi isteri ni, rasanya kena da KPI jgk kot. I takde la strictly key-in wifey KPI i dalam pc ke ape. huhuh. Cuma few things yg i betul2 monitor. contohnye;


  1. masak dinner atleast 5 kali seminggu
  2. buat breakfast atleast 2 kali seminggu
  3. basuh baju 2 hari sekali
  4. takde baju pending untuk dilipat
  5. sapu rumah seminggu sekali  
Cenggitu la kononnya KPI isteri. takut terbabas pulak dh bz2 ni. Rasanya semua bnda tu takde la susah mana pun nak buat kan..rumah pun takde la besar mana pun nk kemas hari2. masak pun bukan sekuali besar and hubby demand yg merepek2. kalau masak makanan sndiri, feeling tu best sesangat. lbh2 lagi kalau tgk hubby makan bertambah2. selalunya mmg bertambah la. sedap kot isteri masak kan.hihih..tp sebelum sedap mcm ni, berapa kali kena marah sbb tak reti masak. Ye! kena marah ok. Suami cakap, masak tak sedap tak pe, tp jgn tak boleh makan.

Antara masakan i yg dia tak boleh makan, sambal kicap masam. pandai2 g bubuh limau dlm kicap, dia tak blh terima. telur dadar over masin. sbb guna garam kasar masa tu. masak daging tak buang urat. hamek ko, nak kunyah mcmana. hahaha..nasibbaik dh mintak maaf kt i. kalau tak, mmg i bungkus sume kuali periuk tu..hahaha




Thursday, October 18, 2012

Baa Baa Black Sheep

Soksek2 by Aida & Riana at 1:38 AM
Reactions: 
4 girls dh soksek2 together Links to this post
Baa, baa, black sheep,
Have you any wool?
Yes sir, yes sir,
Three bags full.

One for the master,
One for the dame,
And one for the little boy
Who lives down the lane.

Baa, baa, black sheep,
Have you any wool?
Yes sir, yes sir,
Three bags full.

I saja dok nyanyi lagu berulang-ulang kali kt umah. Pastu hubby ckp, "ui, dosa nyanyi lagu tu..tu kan lagu puja kambing hitam, pastu sembelih minum darah dia"

Rolling eyes - husband kecik2 nyanyi lagu 10 budak hitam jek

Lepas tu tgk nat geo. ada keluar tupai busuk tu. i ckp "eh, tu skunk kan" hubby jwb, "tak lah tu cempelai"

Jari di dagu - ooo maybe skunk tu, nama binatang tu masa dlm cartoon. I pun masuk bilik, solat. Keluar bilik, husband cakap "Syg, nama binatang tu skunk la"

Rolling eyes lg - Laki ak ni kecik2 dok negara mana ni? Pe-ning-baizura betul la dia ni 

Tuesday, October 16, 2012

Celebrating our anniversary at Medan Ikan bakar terapung, Melaka

Soksek2 by Aida & Riana at 7:24 PM
Reactions: 
4 girls dh soksek2 together Links to this post
Hi Dear..

Last week balik Melaka. Wow, so heaven part2 makan. Mmg ibu masak masakan yg tersedap and terfavorite la. Ape tak nye, menantu kesayangan balik. Tak pernah tau my mom buat sambal belacan tumbuk sndiri cili tu. Selalunye dia blender jek. Kali ni, tumbuk manual punye. pastu perah limau sikit..masak gulai siput. Pergh, mmg bertambah2 masing2 makan. Perut sampai tak sempat lapar.

Then sabtu malam tu, ibu beriya ajak makan luar, sbb nak celebrate our 1st annivesary. Oh-my-Ibu. Sungguh terharu ok..I ni, wpun orang Melaka, tp seriously I jarang JJCM kt Melaka. Ni 1st time dtg area sini and makan seafood. Tp kalau kt Johor, pelosok belakang bangsal, sebelah kubur, sume I tau. Nmpk sgt dh kena tukar kerakyatan. Hihihih. Ape tak nya, I dr form 4 blaja kt johor ni. Dpt kete, trus explore johor. Mmg tak smpt la nk jalan2 kat melaka

Tak sangka kt Melaka ada tmpt makan gini

Anniversary gift to hubby - MU Jersey, new season

My Brother yg suka makan

Ibu and Abah. Love u all so muchi2

The foods
Bak kata adik lelaki I, pinggan mcm pinggan kantin jek. tak feeling makan special pun. ha tau pun...hahahha. Ok2 la makanan kt situ. Price wise, quite expensive compare to JB. Even tmpt ni cantik, tp tak ramai org. Melaka tourism masih perlu diperkembangkan bab2 tempat makan ni. Kalau malacca town, mmg heaven la nak jalan2. cantik sgt.

Thursday, October 11, 2012

Border lace 2 layer. 1st come 1st serve ye (",)

Soksek2 by Aida & Riana at 12:40 AM
Reactions: 
6 girls dh soksek2 together Links to this post

Salam Dear,

I ada few meters border lace 2 layer. Very limited edition ye. Saje nak try market dulu.

Available color;



Putih

Pink

Silver/ kelabu
Price: 1 meter RM30 termasuk postage.

Kalau minat, do email me ye: fainie_riz@yahoo.com

Wednesday, October 10, 2012

Tanah abang setiap kali ke Jakarta

Soksek2 by Aida & Riana at 8:11 PM
Reactions: 
11 girls dh soksek2 together Links to this post


Salam dear,

Lama tak update sbb baru balik outstation di Jakarta. Outstation utk meeting..tp sebelum n selepas meeting tu, haruslah bersoping2 kan. Soping utk material veil jek yg smpt. Maklumlah tanah abang tu..more than 10 levels pastu siap ada 2 blok lg. Mmg tak smpt nk merapu cr mcm2..

I saja amik flight early morning hari ahad tu. So around 10.00am dh smpi Jakarta. Pak supir anta ke hotel, check-in, trus g tanah abang. Tp, wahai sekalian sahabat, hr ahad byk kedai yg tutup ok. Kurang choice and harga agk mahal la. Sbb hari rabu tu I return ke situ balik. Beza la harga dlm 15,000rup. Skang ni rupiah tgh rendah. So sgt2 la berbaloi nak shopping oiii.. RM1 = rup3080.

Dr Johor kan takde flight direct ke Jakarta, so I kena ke Spore dulu. Mcm biasa, Spore airport mmg best. Sgt cantik dgn bunga2 orkid. Ada wifi, internet free, byk seat, convenient, so kalau flight delay pun takde la busan sgt kan.

Singapore airport

Smpai tanah abang, mmg direct g lantai B1 & B2 la. Hunting lace. Walaupun mahal sikit. Tp still worth-it la. Akibat tak puas ht, smlm sblm blik, g return ke tanah abang lg. I mmg suka g situ jek. Sbb tenang sikit compare dgn mangga 2. Kalau mayestik, thamrin city semua tu, I tak tau harga diorg mcmana. Dh la I limited time kt sana. So, I malas nak habiskan masa g survey2, pastu tak puas ht, pastu balik ke tanah abang. Baik I terus ke tanah abng jek. Lg pun tanah abang dh direnovate. Semakin selesa. Cuma kena tahan bau asap rokok jek la. Dah la kedai rapat2, byk kain, pastu org merokok pulak dlm tu. I ckp dgn kawan I, ni kalau terbakar, mmg mati semua dlm ni jek. Hahahah




kain net ni, RM5 jek semeter! Pengsan ok

Hasil buruan hari pertama
Border lace. Byk choice tp color tak kena di mata i pulak

Yang ni pun murah. I ada beli lebih untuk dijual. Will post about this soon

I byk beli material utk Adria Cottage. Untuk sendiri, tak sempat ape pun.

I stay kat Aston Rasuna Hotel. Rate dlm RM280 mcm tu. Ni hotel apartment. So ada 2 bilik, kitchen semua. So kalau dtg dgn family boleh la stay sini. Breakfast sedap. Dine-in menu pun best. 15 minit jek kalau nak ke tanah abang, mayestik, thamrin city tu sume. Kalau nak naik teksi. SIla naik yg ada meter ye. Kalau tak mmg kena paw habis2 la. Lg2 time macet. I supir company yg melayan bawak ke sana ke sini. Huhuhuu..so bg tips jek. Pastu tips claim kt company. (“,). Bos, sila anta sy meeting ke Jakarta selalu ye. Saya rela jek. Hihih

My friend. Chinese, tp beli telekung smpai 6 helai. Org kirim katanye



Dh tak larat nak keluar makan, order sahja!

Sup tulang yg sgt byk. Ni mkn kat hotel ni, br RM23. Kat malaysia blh dpt? 



Tips2 lain kalau belanja kt sini, terus mintak harga pas jek. Kata nak bawak pulang ke Malaysia. Tp jgn desperate sgt. Kalau diorg jual mahal, bla jek. Serius byk kedai lain lg. Diorg tak kisah amik2 gmbr ni. So amik gmbr mana yg berkenan, pastu g je tunjuk kt kedai lain. Kalau nak dating bersoping, dtg la seawal 8 pg waktu tempatan ye. Kalau dh kul 11 tu, pergh mmg tak boleh bernafas la. Diorg kul 4 or 5 dh tutup. Soping kat sini, bwk seribu pun, sekelip mata jek boleh habis. Tp seribu tu, mcm2 la boleh dpat. Telekung, jersi, dress, handbag, kasut, kain, segala benda la ada. Larat tak larat jek la nak jalan. Kadang2, bila diorg tau kita org Malaysia, diorg jual mahal sikit. Sbb diorg tau kt Malaysia hampir mustahil nak dpt harga mcm tu. So kalau jumpa kedai mcm ni, angkat kaki jek.

Tuesday, October 9, 2012

2 Layer border lace

Soksek2 by Aida & Riana at 8:11 AM
Reactions: 
1 girls dh soksek2 together Links to this post
~Quick update~

Dear All..Pre-order for this 2 layer border lace.



Available color;
White
Pink
Silver/grey

Soft blue

Very limited quantity ye. RM30/m termasuk postage. Color lain akan diupdate esok malam

kalau nak, email me and confirm your order. fainie_riz@yahoo.com


Friday, October 5, 2012

Kolesterol Tinggi

Soksek2 by Aida & Riana at 7:32 AM
Reactions: 
2 girls dh soksek2 together Links to this post
Hi dear,

Td pg2, in-Plant clinic call. Akak tu kata, kalau free suh dtg klinik jap, wat physical check-up. I pun g jek la sbb ingtkan nk amik height and weight je. Skali kena jumpa doc sbb doc nk tunjuk result darah hr tu. Company I mmg every year (or every 2 years) kena buat medical check-up.

Lepas tu doc pun bukak la file result. Jeng jeng jeng. selama ni tak pernah cek kolesterol and diabetes sume tu pun. Doc tgk berat, terus kena sekolah. Ni kena diet, kurangkan 15 kg. Amboi doc, mcm sng jek bunyi nye. Then bukak page 2. Doc tanya, ni umur berapa ni? 27 doc. Kolesterol tgi ni. Sepatutnya kena below 5.7. ni dah 6.6.

Oh no, serius tak sangka hokey. Tp nasibbaik sugar level, blood pressure sume ok. Kolesterol susah nak turun kan. I tgk mommy i punya la jaga makan pun lmbt jek turun. Kena lebihkan vege, fiber! kurangkan carb. Why la carb so delicious. I ni dh la suke segala bnda yg ada carb. Roti tu mmg sgt2 la suke. pastu pasta bagai sume tu pun mmg hantu. kalau mkn tak hengat punye. Nasi mmg cfirm2 la suke..tp tkut nk makan byk.

So misi, jaga mkn mulai hari ni. Bulan depan kena cek doc lg. Ni hubby ni pun mkn byk. Tp badan kurus. Ntah2 dlm bdn kolesterol tinggi dr I. Nanti nak suruh dia cek jgk.

Wednesday, October 3, 2012

Kalau nak border lace, blh cari kat sini

Soksek2 by Aida & Riana at 10:55 PM
Reactions: 
0 girls dh soksek2 together Links to this post
I rasa kalau kt Johor ni agak susah la i nak cari border lace yg cantik and murah. So slalu dlm dilema bile nak caj harga utk veil. ye la, nak caj mahal, cian kt bride. Nk bg diskaun2, lmbt la I kaya..Upppsss!!! gurau jek..

Lg 1, mcm dh trend pulak kan buat baju plain pastu patch lace, tmbh beads2 sikit. pergh mmg ala2 baju boutique gitu. So dok surfing2 td, terjumpala FB fanpage ni.

Si Chantek Border Lace

Byk jgk koleksi yg cantik2 and i think the price is quite reasonable la.

Ngidam Pavlova

Soksek2 by Aida & Riana at 9:35 PM
Reactions: 
5 girls dh soksek2 together Links to this post
Wah, ngidam bunyi nya kan. Huhuhu..Dr hr tu sgt la teringin nk makan pavlova ni..dalam teringin2 tu, tetap malas nak buat. Ye la hubby tak suka makan bnda2 ni. So malas la nak buat pastu mkn sorg2 sampi gemuk. Pastu tak semena2 kat opis, opismate bg pulak pavlova ni. tp comel jek la. sekali ngap dah settle. Mana puas kan. So smlm gigih la g Tesco beli2 barang semua dan terus buat. Pergh mmg marvelous lbh2 lagi bila dh freezing. gula semua dikurangkan dr sukatan biasa. tak tahan manis nya kalau ikut resepi tu betul2.

Menggoda. 10 kali bukak tutup peti es.

Nyum3
Ada 2 ketul lg dlm peti ais. Utkn hari ni n esok. Supaya tak kempunan masa outstation nti. This sunday i kena g Indo. Alahai, time2 annivesary la nk kena g outstation kan. Cian hubby. Nti balik la baru blh celebrate.

Tuesday, October 2, 2012

Korang ada insurance tak?

Soksek2 by Aida & Riana at 2:05 AM
Reactions: 
4 girls dh soksek2 together Links to this post
Hi dear,

I dh lama tak hapdet blog. Sbb PC i kena block utk personal website. Byk sgt bukak blog la tu. hahah. Tp hari ni boleh pulak. So amik kesempatan la i menghapdet and marathon baca blog uols.

Td time lunch I g visit my Brother-in-law. Dia masuk hospital sbb batu karang. Ptg ni operation. Private hospital, mmg cepat la kan. Kalau govt, sehari dua jgk tgu turn. Diorg ada insurance + medical card sume tu. Yearly RM6k++ utk husband, wife and a daughter. Dlm hati I, nasibbaik ada insurance. Kalau tak berguling2 la sakit. Mcm my sister. Kena apendix. Dr hospital kulai tansfer HSA, tgu cek sehari, 2 hari, hari kedua tgh2 mlm br dpt operation. Tu pun sbb mak i dok mengekor doktor mintak tolong cepat. I baru keje masa tu, duit pun tak byk nak mintak tranferkan ke private. Parent i pun tak berani, takut tak tertanggung kos nye. Kalau govt, operation mcm tu, br byr 100++ jek. Sedih gile masa tu.

Nasib baik company I cover insurance utk employee and spouse. Company husband pun cover jgk, tp cover utk diorg2 jek. Lgpun coverage diorg minimum and limited. Company I, cover everything kecuali giving birth jek la. Ada company cover utk beranak jgk kan. tu lg untung. Kat comapany kitorg, utk cover spouse and kids kena byr jgk la monthly. Byr RM1.90/month. Murah gile kan. Tp i asyik duk delay jek registerkan utk hubby. Tp dah register dh td. Lega..hahaha. Cost masuk private hospital, pergh mmg tak terjangkau dek akal la. Mcm I hr tu, g jumpa O&G, cek tak sampai 30 minit. Ubat beberapa papan. RM400. Tp tak dinafikan la servis diorg much2 better. Bilik doktor and doktor nye pun best. Kalau nurse tak senyum harus kena pang sekali. hahahah

I bukan penjual insurance ok. Apatah lg nak promote beriya. Tp I rasa sgt perlu insurance ni sbb medical cost sgt la mahal skang ni. Lepas tu pulak, penyakit skang ni dtg tak tentu hala. Muda ke tua ke, perempuan ke lelaki ke. Senang2 jek nak dapat penyakit skang ni. bukan ape, bila kita ada insurance, atleast kalau kita sakit kita tak susahkan org sekeliling.

I mmg tak jual insurance, tp i handle corporate insurance utk company i. So byk la company2 insurance ni dtg promote product diorg kt I. Company kitorg pki ING. So far OK. Senang nk claim sume. Cuma i tgh mengira2 utk add-on pakej yg company provide ni. Nak add-on Prime female care. Cover penyakit2 kritikal utk woman and maternity semua. Lain company lain yg diorg offer. Mcm MSIG diorg panggil plan utk perempuan - Ladies lifetime protection. Cover RM50k, Pregnancy risk, conginetal anomalies of newborn baby and etc yg berkaitan dgn wanita. Monthly around RM125, ikut umur. Skarang ni pun ada pakej Insurance protection + saving la, mcm2 lg la.

Tp dgn insurance ni, tolong la berhati2. Pastikan ape yg kita nak, tu yg kita dpt. Diorg nye wording sgt la complicated. Make sure paham betul2. Jgn percaya bulat2 kt org yg jual insurance tu. Kalau company tu bg premium rendah, tolong la cek. kang masuk spital sume diorg tak cover. Katanya claim utk kematian jek. Dah mati baru dpt hokey. Lepas tu, mati pulak sbb tak dapat proper treatment akibat tak cukup duit. Pergh, mmg menyedihkan.

Ni just sharing jek la ye dear. Kita ni kadang2 bulan2 spend beratus2 utk shopping. why not kita allocate sikit utk our health protection. Mmg la kita harap kita ni sihat sentiasa. Tp kalau tibe2 sakit mcmana? Atleast dh ada la payung nye kan. walaupun kadang2 terkena tempias. Ceh berbahasa bahasi gitu u..huhuuuh.

Bak kata Dato' Michelle Yeoh dlm iklan anlene, Women is a backbone of her family. Then another sentence dia ada mention, Woman is a pillar in a family. Yes exactly.


Sunday, September 23, 2012

Dream Veil Contest V2.0

Soksek2 by Aida & Riana at 6:30 PM
Reactions: 
1 girls dh soksek2 together Links to this post


Dear All Bride2Be.

Sempena penubuhan Adriacottage FB fanpage, kami berbesar hati untuk membuat 1 lagi contest untuk menghargai dan meraikan semua bride2 yang ada. Everybody deserves to have stunning wedding ceremony. So keep on your passion, your effort and your love into the preparation.



Ok, nak join contest ni senang je. Jom tgk syarat-syarat penyertaan & hadiah

Syarat-syarat penyertaan; 
  1. Hanya untuk bride Disember 2012 – Disember 2013 sahaja
  2. Sila like FB fan page http://www.facebook.com/AdriaCottage dan share dgn 2 org bakal pengantin
  3. Sila follow blog kami http://adriacottage.blogspot.com dan tag 2 org bakal pengantin
  4. Post 1 picture veil idaman anda and describe it in 2 words. (No need essay)
  5. Dan akhir sekali tinggalkan link blog anda pada komen di bawah.

Yang takde blog tak boleh join ke? Eh boleh la darlings. You may email me at fainie_riz@yahoo.com
Tarikh tutup contest ialah 26 Oct 2012 (Saje pilih date raya haji. Huhuhuu)

Hadiah-hadiahnya;

  1. Tempat pertama  – 1 exclusive veil  as per your request.
  2. Tempat kedua – 1 hadiah misteri dari kami (Wedding stuff jgk)


1
Yeay, kali ni AdriaCottage bagi 2 hadiah. So everybody have chance to win.

Thursday, September 20, 2012

Post laju prepaid envelope dan ubat gegat

Soksek2 by Aida & Riana at 1:19 AM
Reactions: 
1 girls dh soksek2 together Links to this post

Hi Darls,
Td lunch balik rumah kejap..masuk2 rumah, pergh apesal bau ubat gegat ni..pastu sessi soal jawab suami isteri;

Wife: bie, rumah kite bau ubt gegat la
Hubby: Haah, bie beli ubt gegat letak kt bilik air
Wife: Knp? Byk lipas ke?
Hubby: Taklah, td bie cari glade yg slalu syg beli tu takde, so bie beli la yg tu jek.

OhMyHubby..Niat kamu nak tolong beli air-freshener rumah mmg sgt dialu2kan.  Tp knp beli ubt gegat yg baunye mcm kedai hardware ni. Hadoi-ai..Love u la, esk syg g soping beli air-freshener byk2 wt stock supaya kita tak kehabisan bekalan ye..

Ok, back to the story..I slalu mengalami masalah malas nk ke post office utk courier kan veil. Sbb, pusat Bandar pasir gudang tu parking limited, org suka parking kete ikut suka2 maka menyusahkan, post office utk post laju sgt la kecik-kalau ramai org, pergh, mmg nk pengsan la.

Sekali semalam i g post office, i Nampak ni;


Smpi kaunter Tanya, dik, kalau akak beli envelope ni then pass kt posmen yg dtg amik surat kt opis jek boleh? Dia jawab boleh, so i terus borong. Sng cite, dh tak payah g post office. Beza harga 5 sen jek dr yg i selalu curier. T pi dh tak payah bayar tiket parking and bergerak ke post office..Mmg besh.

Harga packet ni RM6, hanya utk semenanjung and berat not more than 500g. Mmg sesuai utk kegunaan penghantaran veil i. Siap ada bubble wrap kt dlm tu. I loike.

Tuesday, September 18, 2012

New veil and Tips to choose your veil

Soksek2 by Aida & Riana at 11:29 PM
Reactions: 
4 girls dh soksek2 together Links to this post


Salam dear,
Ok, this is our latest veil order from my friend. Selamat Pengantin Baru in advance ye dear.

Hip cut

Fully beaded and pearly

Ok, hari ni I nak share sikit about veil selection. Dari segi material and labuh. I tau, bride kadang2 (tp selalunye lah) rambang nafsu tak tahu nak pilih veil labuh ke, veil pendek ke. From my point of view, veil pendek nmpk elegant + simple. So sesuai utk akad nikah. Veil labuh pulak nmpk sgt la glamour u. Look gorgeous sgt kalau pakai masa reception. Ni ukuran veil standard;

Veil measurement

Ok, bila dah pilih size veil yg berkenan, pilih jenis kain pulak. Antara jenis2 yg ada, net, chiffon and tulle. I tak pernah buat guna tulle. Normally I guna net or chiffon jek. Net mmg evergreen style. Then sekarang design ada macam2 jugakkan ada patch lace keliling veil, ada 3D flower, fully beaded/crumble beads. What-so-eber pun, just stick with your concept.

Enjoy your preparation everybody

Tuesday, September 11, 2012

1st Wedding Anniversary and Lace Jakarta

Soksek2 by Aida & Riana at 8:28 PM
Reactions: 
7 girls dh soksek2 together Links to this post


Morning all..

Yes we are approaching our 1st anniversary in 3 weeks. Oh no, dh setahun, eh baru setahun jek. Setahun tu mcm kejap jek berlalu. Tak terasa pun dh setahun. We are happy living together walaupun selalu sentap2. Smpi ada 1 masa tu I rasa, “eh!! what the heaven la I dok serumah dgn lelaki ni.”. Husband i mmg sgt kuat menyakat. Kadang2 kalau dia tak de bahan nk nyakat, dia saja buat tak layan i, tak nak cakap dgn I..Smpi I terasa, Eh, aku ada buat salah. Then i pun mula la gembeng genang2 air mata memikirkan nasib seorg isteri. Lepastu mula la dia gelakkan I. Argghhh mmg tensi..Penat jek feeling2.

Husband tak cerewet bab makan. Yg penting jgn termasin, jgn goreng ayam tak masak, jgn tak boleh makan. Tu jek. Bab menu tu mmg dia tak kisah. Ape2 pun boleh makan. Bab mengemas mmg malas sungguh. Kena cakap baru buat. Kang suruh2 suami derhaka pulak kan. Tp dia kata takpe, suruh jek. Bab memasak, mmg rajin sungguh menolong isteri. Terima kasih byk2. Bab main game mmg tak blh bla ni. Asik main game jek smpi I pernah rasa nk hempas tepon dia tak pun nak uninstall game dia tu. Ada ke sepanjang perjalanan dr JB ke pasir Gudang dia asik bebel pasal askar gemuk pakai baju la, askar gemuk ada perisai la, mmg hangin jek I. Tp terpaksa la redha sbb time I menjahit veil, suami mmg takkan dilayan sementara waktu. I love u so much tau bie. You are so awesome and hensem. Love Love Love (Ada ke dia mintak I scrambler utk hadiah anniversary. Meroyan betul)

My husband in action;

Sehari sebelum raya. Lepas fitting terus taknak bukak

Beriya nak punjabi suit. (Main game)

Terperosok tepi sofa (Main game lg)

Masak pulak

Tak tau nak kata ape dh ni

Kadang2 turut jadi model veil I. Hahahah


Our Anniversary is on 8 Oct and I need to fly to Jakarta for Business Trip. Kesedihan dalam kegembiraan. Sedih sbb tak dapat celebrate. Genbira sbb dapat restock Lace2 Hoyeaahhh. So sape yg nak tempah veil tu, boleh la tempah sekarang ye. Sbb bile I dpt beli material murah dari sana, I akan charge veil sgt2 la murah. Mostly less than RM100. Lepas tu dapat patch lace yg cantik2 pulak tu. So sila2 lah drop me an email ye.
Start meeting hr Isnin, so Ahad pg2 I dh amik flight. Lepas supir anta utk cek-in, terus la I ke tanah abang. Then habis meeting hari Rabu, I terus ke Mayestik pulak. Oh so heaven la soping kat sana. Kalau setakat pumps-heel tu, RM30 jek duit Malaysia. Boleh la kalau nak buat sanding sekali. Sbb tak la comfortable sgt utk daily use. Sekadar cantik jek.

So, to anybody yg nak tempah veil dah boleh tempah sekarang. Yang mengidam2 kan lace cantik, wait for me yeay. I will buy few pieces.
 

Mr. Hunter's Sweetheart is the storyTeller Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates