Sunday, July 14, 2013

Lamb Chop version Pn Fainie

Soksek2 by Aida & Riana at 11:14 PM
Reactions: 
Salam Dearie,

Kejap je dh 6 hari puasa kan. Sepanjang 6 hari ni, kadang2 kitorg beli jek, kadang2 masak. Ikut mood n masa. Tp sahur mmg masak. Sng je, buat nasi goreng, tak pun panaskan lauk smlm nya. hubby tak kisah. Yg pnting makan.

Puasa ke 2 hr tu teringin nk makan salmon grill and lamb chop. Tp nak buat sndiri. Saja nak test. 1st trial, daging ok, tp sos blackpepper masin tahap tak blh terima. I pakai cube pati ayam tu jek, punya la sengal, i letak 3 cube utk 1 mangkuk kecik sos. Vangang gile. Bnda tu kan masin. Potong selera hubby nak makan. hahahah

Balik Melaka last weekend, try lg sekali buat. Hubby cerita kt ibu pasal I buat sos semangkuk guna 3 cube pati aym. mmg kena gelak la. So 2nd trial, modify sikit. Asalnya sbtu hr tu nk buka kt luar, sambil celebrate bday hubby. Tp dlm kul 1 tu, uncle I call kata nak buka sama2. Kalau makan kt luar ramai2 kan rushing, then bayar beratus2, mkn tak tentu puas ht lg. So kitorg pun terus lah merempit soping barang basah n kering semua. G cari kt Mydin MITC jek What I can say, Mydin MITC superb. Semua ada. Daging pun ada few choices, ketam ada, udang ada, ayam ada, ikan byk. Tahap kesegaran utk ikn2 mmg tak berapa la kan, Tp kalau dh urgent, ok jek. Menu kitorg;

Western:
Lamb Chop with blackpepper sauce
Coleslaw
Mushroom soup
Nugget & fries

Malay Dish:
Sup tulang
Ayam goreng berempah
Mee sup

I in-charge western part. Disebabkan Lamb chop I dpt smbutan yg memberangsangkan, so I nak share recipe kt sini. Hahahah budget chef jek. Owh, I nak share harga jgk, compare dgn makan kt luar utk 1 plate lamb chop set

1st trial

2nd trial


Lamb Chop with black pepper sauce

7 keping daging kambing (1kg++ RM22.00)
Sos Marinate Heinz (1 botol RM9.90. Guna half je)
Bawang putih, halia, bawang besar diblend
Sedikit black perpper (RM2.20 sepeket)

Then perapkan semua bahan tu dgn daging. Bakar selama 45 min dgn butter & minyak

Utk sos:
1 biji bawang besar potong dadu
5 ulas bawang putih potong dadu
1 ketul cube pati ayam
3 cawan stok rebusan tulang/ rebusan ayam/ air je pun boleh
3 sudu Blackpepper (ikut nak pedas mana)
1 sudu Sos titam
1 sudu sos marinate heinz
2 sudu fresh milk / susu cair (takde pun takpe)
Cendawan (RM5.00)
Sedikit tepung jagung

Caranya, tumiskan bawang, then masukkan air rebusan & cube. Masukkan sos2, susu and blackpepper. Masukkan cendawan . Bila semua dh mendidih, letak tepung jagung, utk pekatkan kuah tu.

Ha, sng je kan. Kosnya pun tak lah byk mana kan. Tambah dgn coleslow sikit, fries n nuget, around RM50 utk 7 set lamb chop. berbaloi sgt2. Lepas ni mmg buat sendiri jek la jawabnya.




0 girls dh soksek2 together:

Post a Comment

 

Mr. Hunter's Sweetheart is the storyTeller Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates