Monday, October 28, 2013

mengalahkan anak buah

Soksek2 by Aida & Riana at 1:43 AM 0 girls dh soksek2 together

Malang la dpt pakcik mcm ni. Dia yg lebih2. Kalau main PS2 pun asik dia jek yg pgg. Konsepnya, sapa kalah, tak dapat main. Mmg confirm la pakcik dia jek yg menang. Yg lain2 tu dh nk kat 3 kali round kot tgu turn. Hahahah

Thursday, October 24, 2013

6 tahun bekerja

Soksek2 by Aida & Riana at 8:47 PM 8 girls dh soksek2 together
Hari ni terlebih rajin. buat 2 entry terus. hahahah. Bln 8 hari tu genap 6 tahun i bekerja. Kejapnya 6 tahun. Rasa mcm baru je grad kan. So far sepanjang 6 tahun ni, ak baru join 2 company. 1st company oleochemcal, 2nd company ni petrochemical.

Masa mula2 keje dulu, tahun 2007, process engineer, gaji RM1900. 1st month rasa wah byknya duit. Pastu, dh bayar duit kete, sewa umah, makan beli tiap2 hari, sbb takde dapur semua lg, balik melaka, bayar duit MARA, bagi parent, simpan. Maka tgl lah RM200 je balance. Tgk kt list tu, simpan yg terakhir tau. Takut nk simpan awl2, tkut tak cukup duit hujung bulan. Sikit je sbnrnya 1900 tu. dh tolak EPF semua, tgl berapa jek lh. Pastu company buat adjustment n increment, naik la ke RM2300. Bernafas la sikit. Tp still tak dapat bermewah2 pun.

Lepas tu, sorg colleague ni approach buat MLM. cerita punya cerita, kena psiko, itu ini, ditambah pulak dgn perasaan tak dpt nk mewah2 wpun dh bekerja, i pun join la. Mula2 mmg syiok. Income best. biz partner makin ramai. Tp pnh la. hari2 ada jek aktiviti smpi kul 1 pg baru balik. Esoknya nk g keje lg. Tp redha jek masa tu. Asalkan ada extra income. Blik Melaka boleh blanja family makan2, soping2. TAk pe lah penat sikit kan. Biz plan tu, smpi 1 tahap, kena invest RM33K. Masa tu mmg dh nmpk biz ni mcm blh maju jek. Confident tau g buat personal loan RM33k. I baru sempat nk bayar 6k kot masa tu, top management dh mcm goyang dan lama2 terkubur. Sakitnya rasa masa tu, pergh. kecewa sgt2. Tp tak bgtau parent pun masa tu. Survive sndiri2 jek. Gaji cukup2 bayar hutang2 jek. balance hujung bulan makin sikit. Serius stress. monthly payment dh start sangkut. Dpt bonus, habis cover monthly yg sangkut n interest jek

Apa2pun life must go on. Alhamdulillah i dpt keja lain lepas i stop biz tu. Gaji dh sedap sikit masa tu. Dh nk kat 4k. I engage, tp still tak bgtau tunang i masalah ni, and we have 1 year to prepare for wedding. lagi 4 bulan before kawen, i mmg tak blh nk survive dh dgn hutang yg byk, nk kumpul duit kawen lg. masa tu balik raya. Masa dh nak blik jb tu, I nekad nk bgtau parent i. Dlm purse masa tu ada RM50 je. cukup2 byr duit tol, gaji lg seminggu baru masuk.  Dah sesak sgt masa tu. Punya la gigil nk bgtau mak I. Terkejut gila parent i masa tau tu.

Ingt lagi mak I ckp, ibu takde duit byk tu. nah amik rantai ni. bayar semua hutang tu. ibu taknak kaklong susah mcm ni. serius nangis meraung2 i masa tu. tp i ckp, i bkn nk suruh diorg byrkan. i just nk bgtau jek. sbb stress sgt2, dgn preparation kawen lg. Lepas tu, on the same day, mak I keluarkan duit dia 12k, adik2 i keluarkan dlm 10k kot. settlekan semua loan n kredit kad. Setlle dlm masa 1 hari. Lepas tu I bayar bulan2 kat ibu n my sibling jek. I byr 1k sebulan, time bonus bg semua duit bonus. 15 bulan, I settle kan semua hutang2 tu.

Sekarang Alhamdulillah. Biz pun dah ok. Dah nak setahun i buat biz veil tu. Still kerja. Tak berani nk resign. Lgpun gaji dh sedapkan. Keje pun tak la susah sgt. Balik on time hari2. Tak stress. Dh blh bagi duit belanja kt ibu, blh soping, blh g holiday. Alhamdulillah. Mmg sakit sgt bila ingt masa zaman kejatuhan tu. Tp time tu la I byk belajar. Belajar pasal bank, pasal biz, pasal semangat, friendship, time management, work smart. mcm2 lg. bila ingt balik, how tough I'm at that time.

Dah 6 tahun kerja, pgg duit sndiri, dh rasa sng, susah, i feel so blessed. Allah nk tarik rezeki bila2 jek. Nak bagi rezeki pun bila2 boleh dapat. Hubby slalu pesan, jgn tamak, jgn boros.

Masa inspection port kt indonesia 

Suami pemalas jugak ke?

Soksek2 by Aida & Riana at 8:01 PM 3 girls dh soksek2 together
Salam Jumaat dearie,

Bestnya dh jumaat. Mcm takde keja sgt kt opis pg ni. tgu bos reply weekly report. So BW jap. Terbaca entry Aty Fared pasal suami pemalas. Btl cakap aty, lelaki ni bukan pemalas, tp kurang rajin jek. Kalau dtg rajinnya, mmg kalah la wife mop umah. Habis semua carpet di angkatnya. Tp nak tgu rajin tu sampai, maybe 3 bulan sekali kot.

Husband i jenis hari2 ko bebel kt dia suh buat pun takpe. tp kalau nk harap tbe2 dia buat, mmg tak laaaaa. kecuali memasak. part2 masak mmg dia rajin sikit. tp lepas dia masak, dapur mcm kapal karam. tu kadang2 i malas nk suh dia masak. Dah amik rempah semua, mmg ats kabinet je lh dia letak. Takdenya nk smpn balik dlm freeze.

Buang sampah n lap kipas mmg keja dia. Tp tu lah, kena ckp setiap kali nk kena buang sampah. kdang2 malas nk ckp, g je buang sndiri. time2 tu lh baru dia nk buang jgk. kalau tak, smpi muntah la sampah tu ke bawah.

Dulu masa mula2 kawen mcm bengang jgk. Apesal la pemalas sgt laki ak ni hoiii..tp lama2 dh biasa dh. Mmg kena slow talk and train hari2. Ye lah dia dh 26 tahun hidup dgn cara dia. tbe2 kita dtg, keluar SOP baru. mmg nk naik hangin jek la masing2 mula2 dulu.. ni mcm dh ok sikit la. dia dh tau nk longgok baju kt mana. kalau tak, mcm aty ckp la. kt situ bukak bj, kat situ jgk la dia tglkan.

kalau g outstation lg lah. padahal dh pesan dh tu, nti basuh bj tau. sikit jek. nti sy blik, tak la byk sgt nk basuh, dgn baju kotor sy lg. mmg dia basuh baju. tp time i dh smpi umah tu, mesin tu ada lg 20 min nak siap. kesimpulannya, i jgk la kena jemur, angkat n lipat. maybe sbb tak pesan, bie, nti basuh baju, jemur, angkat n lipat tau. pesan suh basuh, dia basuh je la kan. hahahah

Suami suami. mcm2 kerenah. Nasib baik la rajin tolong masak. Kalau tak, lg migrain dibuatnya. kadang2 nk positifkan diri, anggapnya buat keje sambil bersenam. keluar peluh. tak payah senam lg. dia pun takde la membebel kalau i tak lipat baju seminggu ke, umah penuh kain n pearl ke. Tu pun dh cukup bagus. give and take jek.


bab ni mmg rajin sgt2

Wednesday, October 23, 2013

Kicap Lemak Manis

Soksek2 by Aida & Riana at 5:56 PM 6 girls dh soksek2 together
Salam Dearie,

Semalam punya cerita. I balik keje mcm biasa la, bersilat kat dapur dulu. Malas nk mandi dulu, nanti bau bawang. Menu semalam, sup tulang. Tulang lembu korban hari tu. Dh siap tumis, sementara nak tgu didih tu, i buat la sambal kicap. Sekali, kicap tinggal sikit la pulak. Mmg tak cukup.

Wife: Bie, kicap dah habis. Belikan. Beli Lemak manis tau. Yg lemak masin sikit la, tak sedap
Hubby: Ok

Start moto, prengg3 g kedai. 10 minit lepas tu, dia balik bawak kicap ni


Wife: Knp beli 2 botol?
Hubby: Sy tak jumpa kicap lemak manis. So sy beli la kicap lemak n kicap manis. Lemak + Manis = Lemak manis


Muka selambe gile. Boleh gitu konsepnya. mmg tak tahan gelak la. Hadoi ai, lurusnya lh hubby i ni. Lepas ni kena pesan, sy nak kicap lemak manis dalam 1 botol. Hahahha.

p/s: Lisa, tgk lh keonaran husband i ni. Tak terbendung dah..hahahha






Tuesday, October 22, 2013

Doorgift by Gerobok Adria

Soksek2 by Aida & Riana at 6:44 PM 0 girls dh soksek2 together
Salam Dearie

Hari ni nak launching Doorgift by Gerobok Adria..
First item ..Tasbih for Doorgift.

Boleh order tasbih sahaja or Tasbih with box.

Sesuai utk doorgift cukur jambul, Khatam Quran, Birthday celebration dll. 

Nak buat offer sempena launching harini..
offer ni utk yg order before 1 Nov only..



Tassel Tasbih 33 
PROMO PRICE
Less than 100 pcs = RM 2.70 / pcs
100 pcs - 299 pcs = RM 2.50 / pcs
300 pcs - 500 pcs = RM 2.30 / pcs
More than 500 pcs = RM 2.00 / pcs 

Tassel Tasbih 33 + box
PROMO PRICE
Less than 100 pcs = RM 3.70 / pcs
100 pcs - 299 pcs = RM 3.50 / pcs
300 pcs - 500 pcs = RM 3.30 / pcs
More than 500 pcs = RM 3.00 / pcs







Nak order?

whatsapp me, Yana 0197613766

p/s: Doorgift by Gerobok adria handle by my partner, Yana. So uols boleh contact Yana terus ye. Serius cantik. This one utk gathering class kitorg bln lepas



Thursday, October 10, 2013

Semua dah makin mengembang

Soksek2 by Aida & Riana at 7:37 PM 1 girls dh soksek2 together
Salam dearie,

Bulan ni seriously exhausted. Balik dr langkawi hr tu, lepas few days, ayh I accident. Patah tulang rusuk. Kena langgar dgn mat rempit masa blik keje. My mom call bgtau pukul 8.30 mlm..kitorg terus siap2, pecut balik melaka. Stay la kt hospital smpi 1 pg. Them esoknya whole day kt hospital, kul 8 mlm blik Jb blik. Masa tu baru hr Rabu. Kalau Khamis, mmg dh cuti terus. Sbb weekend tu I mmg kena balik melaka sbb ada reunion dgn classmate.

Yg title mengembang tuuu, refer kpd classmate yg semuanya dh berjaya menambahkan lemak dgn hebatnya. Kitorg batch 2001/2002 MRSM muar, class sc 4. Ada 25 org. Tp yg datang 8 org jek. Busy sesangat la semuanya kan. Hr tu mntk sgt reunio. dh buat, tak join pulaks. Sentap Iols tau.

Kitorg buat kt Pengkalan Balak. Tido chalet D' Pantai. Actually I baru discover area ni. Sbb selalunya i g kat area sebelah kiri lepas jumpa balai polis tu. area tu mmg byk chalet n ramai gila org. Sbb pantai dia bukak utk public. Tmpt yg i book ni, turn right before balai polis. Ikut signboard KUIM. Kt sini pantai private. Mmg dedicate utk chalet guest jek. So tak la bersesak2kan. Best sikit.





Parking pun tak payah berebut. Boleh refer link ni utk booking. BBQ set blh guna, free. Ada chalet kena sewa RM100 tau. owner pun baik. Kitorg mintak apa2, kejap jek dh tersedia. So far mmg ok. Cuma few bilik ada problem. Bilik kitorg, kipas terbakar kul 3 pg. Nasibbaik la sejuk.

Program stat hr Sabtu ptg. Dlm kul 4 tu, semua dh samapi la. Sorg je yg lambat sikit. Makan2, semua family kitorg yg providekan. My mom kan masak super sedap. Ha2, puji mak sendiri kekdahnya. Jumaat mlm tu i blik melaka bawak blik ayam 4 ekor. sampai dh pukul 1 pg, maka sumbat je dlm peti ais. I bgun2 pg, tgk my mom dh siap perapkan ayam. I bgun kul 6.30 tau. Tak tau la pukul brapa my mom kerjakan aym tu.

So mlm tu BBQ, bihun and mee. My mom asik dok risau makanan tak cukup jek. Padahal lebih byk. Sbb dh terlampau byk makanan, so mkn itu sikit, ini sikit, makanya kenyang mcm ular. Mlm tu just borak2 ingt kisah2 lama. yg mommies2 ni kul 10 mlm ank dh stat cranky. Kena masuk tido. Tgl daddy2 n yg takde ank je la yg dok borak smpi 2 pg. Weols la tu..Mmg bergelak tahap keluar air mata la.

Kadok's family

Yana's family

Tipah & Annor. Both are my classmates. Kahwin sekelas

Mcm meeting penting jek


Breakfast, pg2 my mom antakan nasi lemak, n lontong. Yg lain semua tido lg. Sbb my mom dh dtg, so kitorg ni terpaksa la keluar bilik. Br kul 7 ye Ibu. Pukul berapa la ibu bgun. Gigih sgt. Hubby bgun je terus terjun laut. Dia sorg2 pun jadik.

buah ht iols 



Org tak bangun lg, dia dh siap mandi laut, n breakfast dulu. Dh nak kt kul 9 tu, ramai yg turun, so kitorg ber-banana bot. buat 2 trip. Mommies2 semua dh dress nicely, mmg tak join jgk lalalallala. Ladies yg main banana bot, bonie's wife n i jek. 1st trip kitorg 2 couple naik. 2 kali dijatuhkan. masa main mmg sedap jek. balik umah, sakit badan tu kena hempas kt air. 2nd trip yg lelaki2 pulak. Hubby n bonie suka la, dpt naik 2 kali.

Lepas tu makan2, isi perut, kemas2 then sessi tukar hadiah. Seronok sgt jumpa ramai2 mcm ni. Dh lama tak jumpakan. Semua dh ada life masing2, family masing2, kerja best2. Dulu sememeh jek g class. Tp 2 thun dgn diorg, mmg the best moment ever lah.

The boys
Goodie bag by Yana.

Breakfast time

Thx a lot to my hubby. Org paling byk tolong, paling byk bg idea. Dr beli ketumbar sampai la lekatkan nombor kat hadiah. I know u r so tired bie. Love u manyak2



Dh mak2 n pak2 sgt semua org. Hahahha


Next 5 years, kita buat lg ye



 

Mr. Hunter's Sweetheart is the storyTeller Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates