Monday, April 28, 2014

Progress & Project "Rumah Kite"

Soksek2 by Aida & Riana at 8:21 PM
Reactions: 
5 girls dh soksek2 together Links to this post
Salam,

Last week dah sign S&P & loan agreement dgn lawyer. Part yang paling malas nak buat. Sign beratus2 helai mukasurat. Naik gigil tangan. Ni tgu stamping and bayar deposit. Disebabkan kitorg tak plan nak move in in these few years, so survey KC, gate sume slow2. Siap lambat pun tak pe. Nak kumpul dana balik. Rumah ni loan with Bank Islam jgk. Same with first house. Kali ni dapat BLR - 2.5%. Sbb  1st house dgn bank Islam jgk, so diorg bagi rate cun2. Hepiiii.

Banyak la home fair, furniture fair yg kena g terjah nanti ni. Our home ni fasa 2. Fasa 3 n projek PR1MA tgh aktif naik kt sebelah area tu. Kalau tgk future plan, mcm byk lagi rumah nak naik area tu. Tunggu kejiranan dh ramai baru pindah sana. Kalau tak sunyi. Time husband keje malam, mmg seram la.

Last few week kitorg g tgk rumah. Mmg delay sikit la projek. Patutnya bagi kunci bulan 6. Ni dah end of April, baru nak compactkan jalan.



 




Nak renovate dulu, baru pindah masuk. Belakang ada tanah lg 15' x 20' nak extend bagi habis. Kitorg ni tak mesra tanah. So mmg takde harapan la nak bercucuk tanam. Daripada berumput kat belakang tu, sampai boleh ternak anak gajah, baik kitorg extend je sampai habis. Lagipun family hubby ramai, senang nak merewang nanti.

Hati ni berbelah bagi lg ni. Nak duk umah skarang ke, nak duk umah baru. Rumah baru ni jauh n jem. Jauh tu 20km jek. Tp jem tu agak tak tahan. Rumah sekarng ni, 10 min jek dr kilang. Hari2 pun boleh balik lunch. In the same time, excited nak deko2. Tgk lah keadaanya nanti.

Masa nk beli umah ni, ada la jgk bantahan dari family in law. Diorg suruh kitorg kumpul duit untuk bnda lain dulu and bersyukur dgn rumah yang ada. Tp memikirkan rumah ni murah, dan kitorg nak campakkan duit bisnes tu tempat yg berfedah, so kitorg decided beli jgk rumah ni. Kalau takde komitmen, mesti duit bisnes tak nampak g mana. Nak kata simpan, tak bertambah pun akaun. Nak kata belanja, takde pun handbag LV bagai. So better kitorg bayar umah ni. nampak la jgk hasilnya

Lagipun rumah yg kitorg duduk sekarang ni hot area. Anytime pun org nak sewa, mmg dkt dgn kawasan perindustrian. Bau asap kilang mmg tak payah cakap la. Tak kira asap lori lg. Area rumah baru ni, area kampung2 sikit. Kena lalu kawaspan perkampungan sikit, then baru sampai area rumah ni. Tp ke depan sikit, dalam 5 minit, dah ada highway.

Hope it will be a great investment. For retirement jgk. Kitorg target before retire, sume loan rumah dah clear. Skarang ni umur 29, loan umah 30 tahun, so umur 59 dah settle kalau kitorg bayar ikut schedule. Kalau duit terlebih tak pun time keluar epf nanti, boleh la buat full settlement. Future planning

Husband hobi memancing, komen sikit wife2 sekalian

Soksek2 by Aida & Riana at 6:10 PM
Reactions: 
3 girls dh soksek2 together Links to this post
Salam uols,

Dari sebelum kawen mmg i tau husband i ni pemancing tegar. Masa dulu siap dh ada term n condition, tak nak cari husband yg suka fishing. Tp dh takdir n jodohkan, nak buat mcmana. Masa engage dulu mmg slalulah gaduh pasal fishing. dh kawen ni pun kadang2 i meroyan jgk kalau dia asyik nk g mancing jek. tp still boleh control

Ntah la, tak tau knp rasa bengang gile kalau dia g mancing. padahal g mancing jek. Mana port dia sume I tau jek. Bak kata kawan I, ala g fishing jek, bukan g cari pompuan pun. biar la. Haish. Susah nak explainkan perasaan tu. Dulu I bg g sebulan sekali. Kalau sebulan tu lbh sekali, mmg muncung panjang sedepa la. Skang ni ntah mcmana tbe2 jd seminggu sekali pulak. Alasan dia, sy tak dpt g mancing laut. So kena g mancing kolam berkali2 la. Ha, gitu.

Mmg best kalau dpat ikan, siakap, bawal, unga, mcm2 jenis la. Tp I ni bukan pemakan ikan sgt pun. dan lg 1, dia suka g mancing jek, siang ikan dia tak suka. Kalau ikan dh besar2 ni mmg tak kuasa la iols nak menyiang. Takat kembung, caru, Selar tu, gigih la. Lagi2 yg jenis bersisik. Kesudahnya ikan tu dok jek la dalam peti ais tu.

Adik beradik dia sume mmg kaki mancing. So bila sorg dh msg Ape projek, ha mula la sume dah tak keruan cari port. I slalu share ketensenan i ni dgn biras i. Dia dh lebih experiance mhandle hbnd yg kaki memancing ni. Dia kata masa diorg mula2 kawen dulu pun slalu jgk stress pasal ni. Tp lama2 dah biasa and hbnd dia pun dh kurang sikit memancing.

Mmg susah nk ubah minat org, so i je lah yg berubah. Cuba terima hobi dia tu. Nampak simple jek, ala, husband g fishing pun nak stress. Ha, hanya wife2 yg dpt laki suka mancing jek tau mcmana stress nya perasaan tu. Gerammmmmmmm jek rasa. Takpe, positif jek. Dia g mancing, I g shopping. Terapi la konon.


 

Mr. Hunter's Sweetheart is the storyTeller Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates