Tuesday, May 27, 2014

USS trip - by car

Soksek2 by Aida & Riana at 12:17 AM
Reactions: 
Salam,

Schedule for May yg sgt2 padat. Since the 1st week we had surprised bday party, which is not so surprise for me. Sbb hubby tak boleh simpan rahsia. pnt je my Biras plan nak prank kan I. Tp dia terkantoi awl2. Tapi part bday present, hubby gave me a ring and earring, which is so surprised. Gigih dia g beli time lunch. Thanks a lot.

Then 2nd week of May weols g Jakarta. Restock lace n barang2 biz sikit. Balik dr Jakarta I kena diarrhoea and demam 3 4 hari. pastu terus g Singapore pulak sbb dh janji dgn BFF nak g USS. Plan asal nak naik bus jek. Last minute we changed the plan, terus study mcmana nak drive masuk Singapore. Padahal dok sblh Singapore jek. Tp mmg tak gigih la nak drive ke sana. Slalunye kalau outstation pun, driver je yg antakan.

Utk ticket USS kitorg beli kt wedsite  USS terus. Nampak mcm mahal, tp masa nk check-out n bayar, dia ada bg some discount. Kitorg beli express pass jugak, sbb tak gigih nak Q panjang2. 1 game will takes around 1 hour tau utk Q. Kalau kat zone transformer tu sampai 1 hr and 40 minutes. Utk game yg cuma 6 minutes. Ada express pass, paling lama pun 10 minutes jek. Lepas dh book online, print ticket. Done

Kitorg lalu 2nd link. First tol RM2.30, kat perling tu. Then 2nd tol RM7.30, tol 2nd link rasanya. Excited sgt, sampai tak perasan tol mana. Then cop pasport nak keluar malaysia. Alhamdulillah, kereta tak banyak sgt lagi pg tu



Cuaca pun elok. Sampai kat Singapore check point, kitorg takde auto pass and white card lagi. So kena berhenti tepi utk apply auto pass and isi white card. Auto pass tu mcm touch n go tp spesifik utk kereta tu jek. So tak blh bertukar hak milik la. Utk apply Auto pass kena bawak, copy of geran kereta and insurance. Takpun snap picture roadtax jek. Bayar SGD10, dalam tu ada kredit SGD4. Boleh topup kat mana2 7E. Dalam USS ada 7E. So blh terus jek drive ke USS.

Kalau weekdays, kena bayar SGD20 utk masuk Singapore. Tp keta malaysia dikecualikan bayaran Levi tu utk 10 hari. Kalau weekend, just bayar tol jek.

Kitorg guna GPS kereta jek. Tak sesat dan tak berapa jauh pun sebebnarnya. Kalau takde GPS, boleh guna waze, tp aktifkan roaming dulu la. Kalau celcom, pergi kat network selection, pilih M1, So dia caj RM38 sehari.

Sampai kat Sentosa Island, kitorg parking kat parking lot B1 East. Dekat dgn pintu masuk. Sebelum masuk, kitorg melantak nasi lemak dulu. bagi bertenaga sikit. hahahha. Kitorg bawak bagpack isi makanan 1, isi baju spare 1.






Pagi-pagi sampai, muka ceria la. Baru nak start the journey kan. Tgk jap lg dah ptg sikit, dgn berlengas, muka penat, selekeh gile. Kat sana banyak water cooler. So just bring empty bottle je pun boleh. Kitorg start main kat SCI-FI City. Skip Hollywood and New york zon dulu. Jejaka2 ni sume mesti la nak kejar transformers dulu. Almost sume game kitorg main. Best kat zone ni. Kitorg repeat 2 kali




Lepas tu zon Ancient egypt. Pun ada roller coaster jgk. And this is the best game. Pun repeat 2 kali. Main kali kedua, tudung I blh tercabut pulak. Nasibbaik indoor dan gelap. Sempat betul kan balik. Punya la laju dan menjunam ke bawah. Hahhaha.

Zon2 lain pun best. Lost world, Far far away, Madagascar. ada live show, parade, memang puas hati. Cuma ada few games yg boring sikit, tp sesuai kot utk yg bawak anak kecik. santai2 sikit. Restroom every zone ada. Kalau nak yg ada paip, g yg hujung2 sikit. Yg bawak stroller, ada stroller zone. Tinggal jek kat tepi tu. Tempat makan, ada 5 restaurant yg halal. Tp I tak ingat yg mana. Kitorg makan kat Oasis, kak Zon Ancient Egypt. Range harga makan SGD13 - 20. Cukup la utk kenyangkan perut. Surau pun ada. Kalau nak beli souvenir, guna kredit kad. Dapat 10% discount

Ni kat zon Lost world. Baru lepas Live water show. Mmg kagum gila la tgk diorgnye show. Serius best. Kat sini sit dia ada 3 zone. Soak zone, splash zone, dry zone. Soak zone bawah skali, dan mmg basah la. Kena simbah air dgn actor2 diorg. Tp best. Kitorg dok bawah skali. Mujur ada plastik baju hujan. Boleh cover beg. Kitorg redha jek basah. Sbb mmg panas time tu. Sblm tgk show ni kitorg main kat Jurassic park rapids adventure, river raft ride. Kt sini kitorg beli baju hujan 3pcs SGD8. Kalau nak jimat, boleh jek beli raincoat yg nipis mcm plastik sampah tu dr malaysia.

Witness death-defying stunts, awesome explosions and thrills at this sensational 'live' water show.
Kitorg stay sampai habis parade. Then repeat few games for the 2nd time. Masa ni dah tak ramai org.

Tghari kitorg dah tukar baju. Beli baju USS kt souvenir shop, then terus pakai. 



Next time boleh repeat lagi. Tp sekarang ni diorg nye roller coaster yg besar tu tak function. Ada technical issue. Kalau ada mesti lg best. Kalau tak nak drive, boleh naik bus. Dr danga bay, terus ke USS RM30. Tiket boleh beli kat sebelah Tune Hotel Danga Bay

2 girls dh soksek2 together:

Ayu azmir on May 27, 2014 at 1:50 AM said...

wah seronoknya dapat berjalan bergumbira... best best best ni

LisaLisut on May 28, 2014 at 10:46 PM said...

bestnye g USS. i xpenah pegi lg! huhuhuhu.

Post a Comment

 

Mr. Hunter's Sweetheart is the storyTeller Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates