Wednesday, May 18, 2011

Rintitan kisah Cincin Suasa

Soksek2 by Aida & Riana at 12:20 AM
Just now i asked my friend regarding this issue. And this is his response;

Soalan:

Apakah hukum memakai cincin suasa?

Jawapan:

Menurut kenyataan dan perakuan daripada tukang-tukang emas beragama Islam yang ada kepercayaan dan mempunyai pengalaman dan pengetahuan terhadap jenis-jenis logam yang diperbuat hiasan adalah suasa itu sejenis logam yang diadun dari berbagai-bagai logam menurut kadar dan peratus yang tertentu iaitu:

1. Tembaga 70%
2. Emas 20%
3. Perak 10%

Logam ini setelah diadun dan dicampur dengan cara-cara yang tertentu akan beroleh menjadi sejenis logam yang dikenali sekarang ini sebagai suasa dan suasa ini menurut perakuan dari tukang-tukang emas tersebut apabila dilebur kali pertama maka unsur-unsur emas di dalamnya tiada dapat dikesan lagi dan apabila dilebur pada kali kedua akan berubah menjadi tembaga.

Menurut pendapat fuqaha’ adalah halal bagi lelaki memakai cincin daripada logam yang " مموه" iaitu yang bersadur atau bercampur dengan emas yang sekiranya dileburkan emas itu tiada dapat dikesan lagi dan jika dapat dikesan halal bagi orang-orang perempuan sahaja iaitu tertentu pada barang-barang hiasan mereka tiada pada barang-barang lain, walaubagaimana pun perbuatan menyadur atau mencampur itu adalah haram sekalipun bagi perhiasan-hiasan perempuan kerana terdapat padanya pembaziran.Rujuk nas Tuhfah Muhtaj Bi Syarh Al-Manhaj juzuk 1 hlmn 122.

Negara asal :
Malaysia
Negeri : Kedah
Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah
Penulis/Ulama : Mufti Kerajaan Negeri Kedah


Kesimpulan    :Bergantung kepada I’tiqad kte mcm mana. Mcm kes rokok sekarang pun ada perselisihan pendapat ulama’ ada yang kata  makruh & haram. Jadi ikut keyakinan. Kalau was-was tinggalkan.    



2 girls dh soksek2 together:

lovelyadibah on May 18, 2011 at 2:28 AM said...

owh..kiranya kalo kita nk beli suasa untuk bakal suami ok jela ..asal kita yakin??mcm 2 eyh??

Aida & Riana on May 18, 2011 at 5:45 PM said...

Dib: Haah..lgpun dr zahir nye, kalau kite tgk suasa tu, mmg jelas unsur copper

Post a Comment

 

Mr. Hunter's Sweetheart is the storyTeller Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates