Sunday, January 1, 2012

Politik Sikit - Isu AUKU

Soksek2 by Aida & Riana at 6:06 PM
Salam Tahun Baru..

Start2 tahun baru dgn isu politik? Pn Fainie dh jd ketua puteri UMNO ke? No No No..I tak involve dgn politik pun tp certain2 part, bila isu tu dh hangit, i amik port la jgk..i bukan org BN, PAS, PKR or what so ever..i cuma org kerajaan..tak kira la siapa yg pgg takhta kerajaan tu..sbb bg i, kerajaan byk tolong i utk membesar..i dpt bantuan buku teks, i sekolah di sekolah kerajaan, i dpt biasiswa kerajaan, kerajaan jgk lh yg menjadi majikan ayh i..so dpt la i membesar dgn sng..So i really thankful to my kerajaan sbb i tak perlu hidup merempat mcm ramai org kt negara jiran..sbb i tak perlu rasa sakitnya berperang..

Apa yg kerajaan buat disebalik tabir? Rasuah? Politik Kotor? Tu antara diorg dgn tuhan and dgn konco2 diorg..Lately isu mahasiswa buat demostrasi utk mansuhkan akta AUKU, and this is very embarrassing. Apa lg yg diorg nak..kalaunak berpolitik tak payah masuk U dulu..habis SPM blh trus join pemuda UMNO ke PKR ke..Then dh masuk u, why u sibuk2 nk berpolitik..cukup masa ke nak belajar and berpolitik? Frankly speaking, masa i study dulu, masa i cukup2 utk study, wat assignment and join activity college sikit2 jek..tu pun dh tak terkejar..ni sibuk la pulak nk berpolitik..kalau korg belajar, grad, paling2 pun umur baru 25 la..korg ada brapa puluh tahun nak berpolitik, nak bersuara, nak menentang kerajaan..baru org respect kat ko..sbb ko ada kelulusan..

Please la anak Melayu, malu la sikit dgn bangsa lain..bangsa lain tak dapat apa yg kita dapat..mak bapak diorg kena keje keras sbb nak kena anta diorg g private college..diorg takde peluang nk masuk U awam..Eeee tak malu ke korg ni, pakai barang and kemudahan kerajaan, pastu nak menentang kerajaan..malu la weh...

Jgn kata kerajaan sekat korg berpolitik..korg diajar berpolitik ok, tp kena la bersesuaian dgn umur..ada MPP kan..jd la perwakilan MPP dulu, berpolitik la dalam U dulu..kerajaan dh sedia kan platform ok..smpi masa, dh cukup experience, dh grad, ha join la apa politik pun yg korg nk..nak wat parti baru pun org tak kisah..

Serius i geram sgt tgk diorg wt demonstration kt UPSI tu..terbaring2 atas jalan raya..mcm tu ke bakal menteri kewangan? bakal menteri pertahan dalam negeri? bakal PERDANA MENTERI..and yg penting, ada diantara diorg tu bakal cikgu..Kerajaan takut bila mahasiswa berpolitik..mmg la kerajaan takut, takut korg sume tak grad dgn cemerlang..

Tun Mahathir dh buat yg terbaik utk Malaysia and Melayu..Melayu mudah lupa..asyik terlupa..Masa AUKU digubal tu, agknya dia dh nmpk, generasi dia yg akan datang cetek ilmu tp nak bersuara lebih..Article ni i copy from Tun Mahathir nye website..Dia tulis masa tahun 2008..and each point is very meaningful..Hargailah apa yg negara kita ada..kita tak susah, kita tak merempat, kita tak berperang, inflasi kita ok..Wpun Spore maju, u know how their nation suffer with high living cost..i talked with one of our client, Singaporean, dia kata, kalau boleh, dia nk je anta ank dia skolah kt JB..wpun their income tinggi, tp still tak cukup..belajar la menghargai..


Article from http://chedet.cc

1. Saya mengaku yang sayalah orangnya yang telah perkenalkan AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) semasa saya menjadi Menteri Pelajaran.
2. Walaupun kita sudah merdeka lebih 15 tahun ketika itu tetapi bilangan kelulusan daripada universiti tidak ramai, terutamanya di kalangan orang Melayu. Jumlah jurutera, doktor perubatan, arkitek dan lain-lain ahli profesional amat kecil dan menyedihkan. Sebaliknya maju mundurnya bangsa dan negara bergantung kepada ketinggian jumlah rakyat yang berilmu. Tidaklah sihat bagi Malaysia jika dari rakyat berbilang kaumnya jumlah Melayu dan bumiputera lain yang berkelulusan universiti sangat berkurangan. Setelah Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan maka jumlah penuntut Melayu di tiga buah universiti tempatan sudah bertambah dengan banyaknya. Tetapi kemasukan sahaja tidak akan dapat menambah jumlah Melayu yang berpelajaran tinggi jika ramai yang diterima masuk tidak lulus dan tidak berjaya memperolehi ijazah.
3. Kita terpaksa menerima hakikat bahawa ramai penuntut Melayu dan bumiputra lain yang diterima masuk universiti memiliki kelulusan yang kurang baik daripada penuntut bukan Melayu. Samada mereka mendapat ijazah universiti atau tidak bergantung kepada kegigihan mereka menumpu sepenuh masa untuk menguasai ilmu melalui proses-proses pembelajaran ala universiti.
4. Kita dapati penuntut Melayu amat berminat dengan kegiatan politik. Mereka suka melibatkan diri dengan demontrasi jalanan dan lain-lain aktiviti politik yang memakan masa mereka di universiti. Dengan ini tidak dapat tidak tumpuan mereka kepada penguasaan ilmu tentu kurang. Amatlah merugikan mereka dan masyarakat Melayu jika mereka gagal.
5. Apakah kerana mereka tidak boleh berdemonstrasi dan lain-lain maka mereka akan kurang berpengetahuan dalam bidang politik; mereka akan jadi robot? Tidak juga. Mereka boleh ada forum perbahasan dalaman atau antara universiti, dan mereka boleh mendapat pakar yang tidak punyai kepentingan politik parti untuk memberi syarahan dan sessi soal jawab. Tanpa terlibat secara langsung dengan aktiviti politik berpartian, mereka masih boleh menguasai dan memahami selok belok politik.
6. Kegiatan seperti ini tidak akan memisah mereka daripada menumpukan masa yang mencukupi untuk menguasai ilmu yang menjadi sebab utama mereka berada di universiti.
7. Harus diingat bahawa pembiayaan bagi tiap-tiap penuntut samada yang dapat biasiswa atau tidak datang daripada duit rakyat. Duit itu disalur dengan rela hati oleh mereka kerana kepentingan penuntut dan ilmu yang dituntut oleh mereka, yang akan menjamin masa depan yang cerah bagi mereka. Rakyat yang sanggup wang ini dibelanjakan untuk penuntut sedia berkorban jika korban mereka mendatangkan hasil yang dikehendaki. Tentulah mereka akan kecewa jika wang mereka disalahguna, dihabiskan untuk kegiatan yang lain. Negara juga akan rugi kerana tidak dapat warga yang berilmu. Dan penuntut itu sendiri akan rugi kerana masa depan mungkin tidak cerah seperti yang diharapkan.
8. Pengorbanan yang kita pohon daripada penuntut kita hanya sedikit sahaja. Masa untuk menuntut tidak begitu lama – hanya tiga atau empat tahun sahaja. Setelah lulus tumpukanlah sepenuh masa untuk kegiatan politik atau lain-lain jika ini menjadi minat utama. Pada masa itu kita tidak habiskan wang orang lain. Kita habiskan duit dari titik peluh kita sendiri.
9. Saya percaya orang yang bertanggungjawab dan tahu kenang budi seperti ini akan menjadi manusia dan pemimpin politik yang lebih baik.
10. Tetapi jika kita sanggup habiskan duit orang, kita hampakan harapan orang, sebaliknya kita tidak rela mengguna duit dan masa kita sendiri untuk sesuatu yang kita gemar, maka tidaklah kita dapat berkata yang kita begitu prihatin dan rasa bertanggungjawab terhadap masalah negara kita.
11. Penuntut universiti tentu tidak suka dengar pendapat saya ini. Yang amat marah kerana AUKU ialah penuntut Melayu. Saya rela dimarah oleh siapa sahaja tetapi saya tidak berniat buruk semasa memperkenalkan AUKU. Bagi saya peningkatan kebolehan bangsa saya adalah lebih penting dan utama daripada apa kecaman terhadap diri saya.
12. Jika hari ini penuntut lebih dewasa dan bertanggungjawab batalkan sahaja AUKU.
Soksek2: 
  • Student2 skang ni jgn asyik tgk maharajalawak, masterchef tu sume jek..cuba la tgk Channel History, National Geo, Discovery baru korg tau mcmana dunia luar tu sbnr nye..
  • This is my personal opinion. We (My husband & I) are very frustrated to see our young generation ruin this country. Please Please Please appreciate what our ex-PM had done to us. Dulu org tak kenal Malaysia pun. He struggle for that. Kita tak terkenal sbb masalah kebuluran, kita tak terkenal sbb kita berperang. Kita terkenal sbgai negara dunia ke-3 yg membangun dgn pesat.  
  • Agaknya Tun Mahathir menangis tgk apa yg beliau usahakn di demostrasikan ank bangsa sndiri..


1 girls dh soksek2 together:

Syima Syaz on January 1, 2012 at 7:06 PM said...

100% agreed!!
habiskan belajar dulu then nak ber politik...go ahead.
masalahnya ketua budak yg terlentang tu, bapa dia pun sama 2x5... sedihkan!

Post a Comment

 

Mr. Hunter's Sweetheart is the storyTeller Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates