Sunday, October 23, 2011

Baking Project - Kek Gula Hangus

Soksek2 by Aida & Riana at 6:21 PM
Semalam free2 saja test buat cake..Hubby's fav kek..lgpun saje nk test wedding gifts..mixer and oven yg super besar..thx babes2 yg bg oven idaman qalbu itu..

Bahan2:

1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camca teh soda bikarbonat
4 biji telur
2 camca besar mentega

Cara2:

Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Masukkan air & kacau hingga cair. Berhati semasa masukkan air, sbb gula tu akan meletup2...tutup periuk utk elakkan terkena percikan Kemudian masukkan mentega.Sejukkan.

Pukul 4 biji telur tu sehingga kembang & pekat. Masukkan susu pekat dan kacau sebati.
Ayak tepung dan soda. Masukkan sedikit demi sedikit. Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi...kacau rata. Perap adunan selama 3-4 jam (aku perap 6 jam sebab lupa2 kucing..ekekekeke). Bakar dgn api sederhana 160 -180 selama 45 ke 1 jam.



Kalau nak buat sikit, sukat guna cawan kecik..ye la, kalu berdua tu, takkan nak buat 1 loyang yg 9' kan..membazir lak nti..

0 girls dh soksek2 together:

Post a Comment

 

Mr. Hunter's Sweetheart is the storyTeller Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates