Saturday, October 29, 2011

Skrip Emcee review

Soksek2 by Aida & Riana at 1:53 AM
Nowadays dh mcm trend la pulak kan ada emcee utk wedding day..dulu mharapkan DJ la celoteh itu ini..kalau kaya nk jgk amik ally iskandar ke, teh syuhadah ke, jd emcee majlis..ni tak berapa nk kaya, so i telah menurun kan titah perintah kepada bridesmaid i utk jd emcee..

merdu jgk suara diorg berpantun..dgn iringan muzik gamelan lagi..dh ala2 convocation day..

Ni i nak share script emcee yg i guna masa wedding day i..i copy dr b2b nye blog jgk..tp tak ingt siapa..masa tu i blum berjinak2 dlm dunia ni lg..so i tak save source dia..kepada empunya diri, mintak halal ea..sharing is sexy kan b2b..

SCRIPT EMCEE


Masa: 11.00 pagi ; Ketibaan tetamu

[MAINKAN PILIHAN LAGU]
[DJ BEBAS MENGATUR MAJLIS]

Masa: 12.00 petang; Mengalukan kehadiran tetamu

Tali perahu terap belaka
Tali kuah mengayuh sampan
Salam perkenalan pembuka kata
Eratkan siratulrahim tanda persahabatan

Assalammualaikum Warah Matullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan selamat datang ke majlis perkahwinan Muhammad Iskandar dan Aida Rohayu

Yang jauh diundang dengan surat
Yang dekat diundang dengan tepak
Kini yang diundang sudah tiba
Yang dipesan sudah datang
Yang dipanggil sudah disahut
Yang duduk sudah bertemu lutut
Yang berdiri sudah bertemu bahu

Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, dapat kita berkumpul pada hari yang permai ini untuk meraikan majlis menyambut menantu oleh Encik Azali dan Puan Jamilah

Atas nama yang empunya majlis
Atas nama yang empunya hajat
Atas nama kaum kerabat
Ketibaan jemputan yang mulia
Kami sambut dengan adat

Majlis ingin berterima kasih kepada para tetamu yang hadir pada majlis yang berbahagia ini.

[MAINKAN SELEKSI LAGU]
[MENANTI KETIBAAN PENGANTIN]

Masa: 12.30 petang; Ketibaan Pengantin dan Rombongan

[EMCEE TUNGGU SIGNAL DARI WAKIL KELUARGA]
[MUZIK GAMELAN DIPASANG]

Anak dagang meniup serunai
Duduk bertimpuh di tepi tangga
Cinta ditaut kasih disemai
Moga bahagia hingga ke syurga

Bunga disanggul seri wajahnya
Wajah pula umpama ratu
Penuh adab kami terima
Dua jiwa dapat bersatu

Para hadirin, dengan segala hormatnya, majlis meraikan ketibaan pasangan raja sehari kita, Muhamad Iskandar Sukor dan Aida Rohayu Azali, dengan diiringi paluan kompang

[MUZIK GAMELAN DIHENTIKAN]
[KOMPANG DIPALU]
[PERARAKAN PENGANTIN DAN ROMBONGAN]
[PENGANTIN NAIK KE PELAMIN, DIIRINGI PENGAPIT]
[KUMPULAN KOMPANG BERKUMPUL BERDEKATAN DENGAN MEJA EMCEE. KOMPANG TERUS MAINKAN DUA-TIGA LAGU]
[KOMPANG TAMAT]

Lemah gemalai seiring nada
Cantik dihias bagaikan raja
Tarian tradisional warisan ibunda
Molek ditari generasi muda

[TARIAN KANAK-KANAK]

Lunak suara berbalas pantun
Bulan dan Bintang jadi penyeri
Lemah gemalai hayun tersusun
Maklumlah kan dipanggil raja sehari

[EMCEE PANDANG KE ARAH ROMBONGAN KELUARGA]

Buah pauh si bunga rampai
Kilauan bintang sungguh mengasyikkan
Orang jauh sudahlah sampai
Selamat datang kami ucapkan

Salam selamat datang dari pihak Encik Azali Abdul Razak dan Puan Jamilah Md Ali selaku tuan rumah kepada Majlis Perkahwinan kita pada hari ini

Yang diraikan pasangan mempelai; Muhamad Iskandar Sukor dan Aida Rohayu Azali

Jutaan terima kasih kepada ahli keluarga, saudara-mara, keluarga dari sebelah pengantin lelaki dari Kota Tinggi, Johor, rakan-rakan dari jauh dan dekat, hadirin dan hadirat para tetamu yang diRahmati Allah S.W.T. sekalian, majlis mengalu-alukan kehadiran tuan/puan semua.

Sekali lagi sanjungan kasih kami abadikan.

Buah rambai tumbuh dihutan
Dihujung ranting buahnya lebat
Mari beramai kita doakan
Semoga majlis mendapat berkat


Mawar merah harum mewangi
Jambangan digubah berseri-seri
Doa restu kami iringi
Baik berpakat suami isteri

Masa: 1.00 petang; Merenjis
[PASANG SEMULA MUZIK GAMELAN SEBAGAI LATAR]

Dalam mencanai sibesi waja
Dibanding segala malah dijaga
Malam berinai adat sahaja
Bersanding pula samalah juga


Bagi menyempurnakan adat, dipersilakan bapa pengantin lelaki, Haji Sukor untuk merenjis mempelai.

[JEMPUT TETAMU NAIK MERENJIS IKUT LIST DI BAWAH]

Ibu pengantin lelaki: Hajah Ngatimah Anuar
Bapa pengantin perempuan: Encik Azali Abdul Razak
Ibu Pengantin Perempuan: Puan Jamilah Md Ali
Adik beradik pengantin lelaki: ……………………
Adik beradik pengantin perempuan: ……………………
Ahli keluarga yang lain: …………………………..

[SESSI PHOTOGRAPHY]

Sebelum menjamu selera, kami menjemput ahli keluarga pengantin untuk bergambar bersama. Dipersilakan;

1.      family lelaki
2.      family perempuan
3.      rakan2
4.      ………………
5.       
Majlis seterusnya menjemput pasangan Raja Sehari, dengan diiringi pengapit, untuk turun dari pelaminan ke santapan beradap. Dipersilakan.

[TUNGGU SEHINGGA PENGANTIN DUDUK DI MEJA BERADAP, DISISI PENGAPIT]

Sepi si bujang duduk bersantap
Dulu seorang kini berteman
Duduk pengantin makan beradab
Suap berbalas makan sepinggan

Bagi menyempurnakan upacara makan beradap, majlis menjemput Ayahanda bonda pengantin lelaki untuk berada di meja makan pengantin

[TUNGGU SEHINGGA JEMPUTAN DUDUK]

Seterusnya, dipersilakan, ahli keluarga pengantin lelaki untuk mengambil tempat
[TUNGGU SEHINGGA JEMPUTAN DUDUK]


Buat pasangan mempelai, majlis ingin berpesan,
Kalau lautan sama direnangi
Kalau lurah sama dituruni
Kalau sampan sama berdayung

Kalau lesung sama menumbuk
Cubit peha kiri
Peha kanan sakit juga
Susah sama susah
Senang sama senang
Adat orang bersuami isteri,
Pahit manis sama dirasa

Kalau sedikit, sesudu seorang,
Kalau banyak, sesenduk seorang
Tikar sehelai, sama ditiduri,
Selimut satu, sama dikongsi

Majlis ingin berterima kasih kepada para tetamu yang hadir pada majlis yang berbahagia ini.


Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarung di pohon buluh,
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah bersusun jari sepuluh

Jikalau ada terdapat silap dan salah, bagi pihak tuan rumah, majlis meminta berbanyak ampun dan maaf.

Kalau ada wajah yang tersalah pandang,
Kalau ada nama yang tersalah sebut
Kalau ada gelar yang tersalah ucap,
Kalau ada yang duduk di salah tempat
Kalau ada hidangan yang salah bekas,
Kalau gelas tersalah letak
Kalau nasi tersalah tambah

Bak kata orang,
Kalau memanjat, sudah sampai ke puncak,
Kalau menurun, sudah sampai ke lembah,
Umpama belayar sudah sampai ke pulau,
Umpama berjalan sudah sampai ke batas.

Yang termimpi-mimpi sudah terjadi
Yang terbayang-bayang sudah dipandang.
Adat sudah diisi
Lembaga sudah dituang.

Semoga persuraian kita ini dipelihara oleh Allah S.W.T. dan akan diberkati dgn pertemuan selanjutnya pada masa ketika yg diizinkanNYA. Dengan ini, saya sudahi dengan Wabilah Hitaufik Wal Hidayah, Assalammualaikum Warah Matullahi Wabarakatuh.
Terima Kasih
[SELEKSI LAGU]


7 girls dh soksek2 together:

Miss Ika on October 30, 2011 at 1:05 AM said...

wah, sangat syiiooookkkk ada emcee ok.

already link and follow yours.
b2b from johor. weee~

mine,
http://sotheliliwedsthebee.blogspot.com/

Lovely Emy on October 30, 2011 at 5:51 AM said...

heee, bestnya, nak buat rujukan boleh.? :)

Aida & Riana on October 30, 2011 at 6:02 PM said...

Ika: ok will visit u back dear..

Zara Zainudin on November 1, 2011 at 8:33 PM said...

nak copy ea..nak jadikan guideline..

Anonymous said...

wah, menarik la info ni, boleh amik buat rujukan utk kite nanti tak? :)

Aida & Riana on November 8, 2011 at 4:27 PM said...

Epa: mmg utk sharing dgn lovely b2b sekalian..(",)

atie yati on June 14, 2013 at 1:45 AM said...

saya nak copy ye. terima kasih :)

Post a Comment

 

Mr. Hunter's Sweetheart is the storyTeller Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates