Sunday, July 29, 2012

Famous Amos and weekend

Soksek2 by Aida & Riana at 7:30 PM 2 girls dh soksek2 together
Salam..


Wah kejap jek dh 10 Ramadhan kan..Kalau kecik2 dulu, dok bantai guling2 nak tgu sampai 30 Ramadhan. Mak I dh la strict. Jangan harap nak ponteng puasa. Mau nye tak dapat makan terus nanti..


So far, preparation kitorg baru sikit2 jek..Kitorg pun baru pndh umah, so ape yg ada jek la..takde la bertukar langsir je, tukar carpet ke..Semua pakai bnda yg sama. Tahun ni mmg dh plan nak raya kt kmpung i, sbb atok i dah meninggal, so tahun ni my parent tak balik kampung dah. dah takde siapa kat kmpung..Kalau we all raya kat kmpung hubby, mesti my mom sedih. Hubby pun dh agree about that. No offence between us. Tbe2 last Saturday my Brother-in-law sms me..Dia suruh we all raya dgn diorg sbb semua raya sana thun ni. Sentap jgk. Padahal diorg dah tahu kot yg kitorg mmg beraya kat Melaka. Then I explain itu ini, hopefully diorg faham. 


Ok, last weekend I dh start baking project. Husbanh kerja, so I dok umah sorg2 melayan perasaan sambil buat famous amos. Mula2 tu excited. Dah lama2 tu, tgk byk nye la pulak adunan ni..Jemu kot nk habiskan..Tp habis jgk, and dapat la 3 balang. Utk sendiri, untuk Ibu and Mak.


I guna resepi ni, tp buat half portion jek



Famous amos
Bahan-bahan:
2 cawan butter
4 cawan tepung
2 tsp soda bicarbonat
2 cawan gula halus
2 cawan gula perang
5 cawan oat yang diblend halus
24 oz. chocolate chips
1 tsp garam
18 oz. Cadbury bar (parut)
4 biji telur
2 tsp baking powder
3 cawan chopped nuts (boleh guna walnut, almond atau hazel)
2 tsp vanila

Cara:
Pukul butter dan gula hingga gebu.
Masukkan telur dan vanilla, campurkan tepung, oat, garam baking powder dan soda bikarbonat.
Masukkan chocolate chips Hershey, Cadbury bar (yg dah diparut) dan kekacang, sebatikan semua bahan dan gaul rata.
Kemudian sudukan ke dalam loyang dalam jarak 2 inch.
Bakar dalam 15 minit pada suhu 170 degrees.


Dan hasilnya;

Sebelum bakar

Selepas bakar. 

Ni first batch. Batch yg seterusnya, i kecikkan sikit supaya lebih crispy. Hubby dok mhadap cookies ni masa sahur td. Wpun dh terlemau sbb Tupperware tu tak tutup rapat rupenya...hahahah 

Thursday, July 26, 2012

Kuih Cakar Ayam ChintaAidaIskandar

Soksek2 by Aida & Riana at 6:07 PM 3 girls dh soksek2 together
Salam Everybody. Pn Fainie jatuh cinta dgn husband dia sbb kuih cakar ayam ni. The best ever in the world. Bukan sbb my MIL yg buat. Tp mmg sedap dan diakui ramai. So, Pn Fainie nak berkongsi kenikmatan kuih ni dengan kamu semua.




Harga Sebotol: RM20. 
Kuantiti: 55-60pcs
Lokasi: Pasir Gudang, JB, Kota Tinggi Sahaja 

Yang berminat boleh la sms I; 0123490114 atau email; fainie_riz@yahoo.com atau tinggalkan komen di sini

Dijamin sedap!

Wednesday, July 25, 2012

Merempit ke bazar

Soksek2 by Aida & Riana at 6:25 PM 8 girls dh soksek2 together
Alhamdulillah, org kerajaan dapat bonus. kitorg pun dpt bonus jgk..dh masuk dh hr ni. Announcement bonus keluar on 23 Julai, tp semalam tbe2 company revise bonus, kasi up sikit. Mmg rezeki Ramadhan. Weekend ni dh boleh start shopping sakan.

Smlm balik keje, smpai umah dlm pukul 5.45, husband trus ajk g bazar. Bazar kt kipmart. Jauh sikit la dr umah and agak jem. So dia ajk merempit jek. Dh jalan dlm 5 minit gitu, husband cakap, berat la awk ni..selalu blh bwk 120, hr ni 70 jek..hamboi, suke2 hati jek ckp bini berat ea..berat kita same jek..hahahha


Baru sikit dlm bakul tu.Selepas beberapa minit, terus penuh. Beli barang-barang basah sekali. Ayam, kupang, and daging. Serta cempedak. Gara2 panas hati sbb beli cempedak 3 biji RM1 kt bazar. Last2 tgk kt kipmart byk cempedak, sebiji br RM3, kitorg pun apa lg, trus beli..hari ni nak goreng, makan puas2

Moto ni, moto masa I study. tahun 2004-2007. Lepas tu i bagi adik I pakai. Ni dia dh beli moto baru, so dia JUAL moto I ni kat I. Jual hokey, dh la I bg dia free, pastu I nak balik, dia suh bayar kat dia 1K sbb dia tak cukup duit nk beli moto besar dia tu. So moto ni kembali ke pangkuan I. Hubby g keje merempit jek..cepat sampai.

Dah hampir seminggu Ramadhan. Rasa indah sgt berpuasa dgn suami. (",)

Monday, July 23, 2012

3 Ramadhan

Soksek2 by Aida & Riana at 6:03 PM 2 girls dh soksek2 together
Semalam first day bekerja di bulan Ramadhan. Alhamdulillah, tuning ok. Sbb ada pembantu di rumah. I arrived at home around 5.45. Hubby dh siap2 blenderkan bawang semua. Kitorg nk masak sup tulang, so dia dh potongkan daun bawang, dh buatkan sambal kicap. So I balik tinggal tumis jek. Nasi dah dimasak, air dh dibuat. Senang kerja. I just amik turn mengemas jek la lepas tu.

Kul 7.00 dh siap semua. tunggu waktu jek.


Sup tulang, salad + tomato + agar2 Nes. Agar2 tu I buat malam semalam nye. First time kot buat jadik. Selalunye terlembik la, portion tak sama byk la. Hubby tak cakap sedap, dia cakap ok la..Tp mkn byk jgk. Eleh, malu la tu nk cakap sedap. Hahhahah

Menu hari ni, Ikan bakar, pakis goreng and telur dadar sahaja. Baru pukul 9.03 dh cite lauk buka puasa kan.

Ya Allah, panjangkanlah perkahwinan kami hingga akhir hayat kami

Soksek2 by Aida & Riana at 2:22 AM 4 girls dh soksek2 together
Now, 5.15pm. I'm still at the office. Tibe2 dapat sms from hubby;

Syg, bie dh kopek bawang, lagi nak buat ape?

So in love with you bie, Thanks.

Sambut Ramadhan dgn suami

Soksek2 by Aida & Riana at 1:56 AM 1 girls dh soksek2 together
First time. Mmg excited. MAsa bertunang dulu pun mmg dh sambut sama2..tp jarang la buka and sahur sesame..paling2 pun g bazar jek sesama..pastu time makan, msing2. masa first day nak sahur tu, i mmg tak blh tido mlm..tkut terlajak. set jam kul 4.30. pukul 4.00 i dh terkebil2 tak leh tido..last2 bgun siap2 kan makanan semua.

Husband tak cerewet. Prinsip dia tak sedap takpe asalkan blh makan. So i panaskan jek lauk dinner smlm and goreng ayam. lepas sahur tu kitorg main game, subuh, main tenet..pastu smbung tido..bad habit..tp dh mlm nye tak boleh tido, so pg tu mmg tak boleh bukak mata la..

dh bgun tu, hubby tanya, nak g bazar mana? bazar kota nak..pergh mcm org ngantuk disorongkan bantal. trus ajak g soping baju kt kota skali. so pukul 3 tu kitorg pun gerak g kota. Hubby dh call la ayah dia bgtau kitorg nk berbuka kt kmpung. 1st day puasa, so mini kelantan kat kota tu still jual mahal lg. mintak kurang pun kurangkan rm10-rm15 jek..takpe2 nanti i return visit bawak mak mentua i yg mmg hebak gile tawar-menawar ni.

Lepas ke mini kelantan tu br la g bazar. kota sgt2 la jek..parking pun jauh gile..dh la panas, rasa nk meroyan jgk la jalan. tp pusing 2 round jgk. tak byk kuih. byk mkanan berat2 jek..last kitorg beli rojak jek..pastu hubby tanya i nk mkn ape..i ckp i nk bubur aym tu..dia kata, bubur nti amik kt surau jek..ada pulak nk mkn bubur buka pose..sentap sikit masa tu smpi nk berlinang air mata. pastu dh takde bnda nk beli jalan la g kt kete. Then hubby tanya lg, syg ok ke buka rojak ni jek, taknak ape2 lg ke..i ckp la, i nk bubur tp dia tak bg beli, pastu trus i termenangis kt situ jgk..tbe2 gembeng..malu jek..hubby pun anta i kt kete, then dia g patah blik belikan bubur tu..parking kereta jauh ok dr bazar tu..Speechless tibe2. terharu + rasa bersalah + rasa happy. Siap belikan 2 lg tu..buka and sahur mmg i mkn bubur jek..SEDAP!! and very thankful to my hubby yg sudi melayan i yg gembeng tak semena2 ni..LOVE u so much la mucuk..

Lepas tu kitorg pun gerak blik umah parent hubby. Smpi umah, adik-beradik lain tak blik. kitorg pun masuk umah, Assalamualaikum mak, masak ape hr ni (dh la smpi umah dh 6.45). Jawapan mak mentua I, mak tak masak pun, tak tau pun korg nk blik. Ha? kitorg terpinga2, rupenya FIL tak bgtau mak kitorg nk blik. Nasi pun amsak utk diorg berdua jek. Nasibaik la kitog beli rojak, bubur, and aym golek. Moral of the story, lain kali nak balik, bgtau mak.

Esoknye, mak tebus blik, hamek ko, masak buka puasa dh mcm nk knduri. daging kari, roti jala, kerabu babat, keledek rebus, aym goreng. (",)

Monday, July 16, 2012

Macaroon

Soksek2 by Aida & Riana at 6:07 PM 17 girls dh soksek2 together
Salam u'ols

Lagi 3 hari menjelang Ramadhan. Hubby dh 2 minggu kena night shift. So bored. Malam2 tido sorg2 jek. Dapat jumpa pun kejap jek..I balik keje, dia dh nak g keje..Pg pulak, dia balik keje I dah nak g keje. Rindu awak byk2 la bie..

Smlm I try buat macaron. Disebabkan geram sgt dgn kecomelan nye, maka berusaha gigih study kt youtube bagai. Mmg cerewet. tak mcm pavlova, sng jek, confirm2 jadik. I choose yellow color sbb hubby suka yellow but as expected, dia mmg tak makan pun. tekak jawa, takdenye dia nak makan bnda2 mcm ni. Baik wt kan cekodok jek utk dia.


Tadaa!!! tergemuk pulak. ikut tuan dia kot. I ingtkan dia nk turun sikit, tp disebabkan adunan tu agak pekat, maka dia statik mcm tu jek. Rasa, mmg manis wpun I dh kurangkan sikit gula nya. I letak peanut butter filling. Esok lusa nak try buat lagi smpi cantik. Tips paling penting, pastikan macaron tu betul2 kering sebelum masukkan dalam oven. Kalau tak, confirm tak jadi.

Semalam petang ada drama laki bini sikit kt umah. Mulanya husband merajuk sbb i goreng kan telur dadar masin. Pastu i pujuk2 la, dia wt tak tau jek. Then I cakap, ok la, syg lari rumah la mcm ni. Lepas tu u know what he did?


Nah hamek kaw! dia packing kan sume baju I..Dia kata nak larikan, g la lari. I ape lg, melalak la. I dh melalak, baru dia tergelak2 pujuk I. Mmg suka menyakat, pastu menyakat tak agak2 punyer. Siap suh bwk comfoter skali tu. Hahaha..

Thursday, July 12, 2012

Buffet Ramadhan Johor

Soksek2 by Aida & Riana at 7:06 PM 2 girls dh soksek2 together
Salam dear,

Jumaat kembali lagi. Next week dah start puasa. Seriously tak sabar nak puasa dgn hubby. Tgh dok pk2 nak masak sahur ke nak masak utk berbuka. I ni tak reti nak masak tanpa merasa. confirm kelaut rasanya. Nak masak time sahur, gigih ke i nk bangun pg2.Dh la husband mmg jenis yg kena sahur..Tak sabar jgk nak berjalan ke surau terawih sama2. Surau dekat jek dgn umah kitorg. Jalan 2 minit dh smpi..


Smlm sempat la shopping2 baju sikit sempena J-card day kt Aeon Tebrau. Bila smpai umah, tgk baju2 tu, rasa happy sgt..rasa seronok nak beraya dgn suami buat pertama kalinya. Sblum ni time raya mesti i sefamily balik umah atuk. Tp atuk dh meninggal bulan 10 thun lepas. Allah gantikan hubby supaya Aidilfitri I tak sunyi.  Rindu arwah atuk.


Pagi ni takde kerja, so saje la g jenguk2 hotel yg buat promosi buffet ramdhan. Every year kitorg akan select 1 place to have buffet Ramadhan. Takde la membazir smpai nk g buffet Ramadhan every week kan..Sekali dlm sebulan Ramadhan tu. Hari2 lain, jelajah bazar ramadhan yg berlambak kat Pasir Gudang ni. Kota Masai ada 2, Air biru, Taman Mawar, Pusat bandar, Kmpg Pasir putih, Scientex, Cahaya Masai, Taman Pasir putih, Kantin kt Titan ni pun dh ala2 mini bazaar tau

Ni hasil survey i pagi ni. Byk lg hotel yg tak keluarkan promo Ramadhan diorg. Pastikan ada logo Halal ye.

Hotel Selesa, Pasir Gudang

KSL resort. Still new, tak pernah rasa makanan kt sini

M-Suite Hotel. Sedap. Especially ayam lemon

New York Hotel. Rating 8/10

Puteri Pacific. Tak pernah lagi
Coming soon maybe byk lagi promo2 lain.

Tuesday, July 10, 2012

Pengalaman Kenduri di rumah sendiri

Soksek2 by Aida & Riana at 2:13 AM 3 girls dh soksek2 together
Assalamualaikum..

Fuhh suhu bdn masih belum normal. Hamek ko, demam 2 hari lepas kenduri. Ok, as i mentioned previously, kitorg ada buat kenduri doa selamat and kenduri arwah sikit sempena masuk rumah baru and sempena nak puasa. Before that mmg i takde buat ape2 preparation pun. Sbb my mom kata dia dh sediakan semua dr Melaka, nti bawak dtg umah I. So tak de la I gigih kupas bawang sume. My PIL smpi hari Khamis ptg and my family smpi Jumaat tengahari.

So Jumaat dlm pukul 3 ptg tu kitorg g Kipmart cari sayur2. Ikan, Kambing, Udang sume cari kat pasar borong Pandan malam nanti.Bawak 2 org emak pergi beli barang mmg sgt hectic hokey. Sorg nk beli kentang 1 bag, sorg lg nk beli 2 bag. Sorg nk beli kacang panjang, sorg kata tak payah. sorg dh jalan ke depan sorg tertinggal kt belakang. fuh, menguji kecekalan hati betul. Ni first time I kena entertain both.

Family hubby I org jawa, style org jawa ni, suka masak byk2 nak pastikan sume org dapat makan and dapat bawak balik berkat. family i punya style, masak jgn sampai membazir. Ni pun buat i pening jgk. I tanya my mom nak beli ayam berapa ekor. My mom said, 10 ekor cukup. MIL pulak kata tak cukup, beli 12 ekor. So we all pun beli lah 12 ekor. pastu MIL rasa still tak cukup, dia tambah lg 2 ekor, total 14 ekor. Finally, 2 ekor tu tak dimasak pun. Yg 12 ekor dh digoreng tu pun still ada lebih

Lepas tu time masak, bila ingt balik, rasa nak tergelak pun ada. Dapur I kan super kecik, so tak muat nk msk kt dapur. My FIL pun setting la dapur tungku tu kt luar belakang. Sekarang ni kan musim hujan, tengah2 goreng tempe tu boleh pulak hujan turun. Ha berlari bertempiaran la selamatkan tempe goreng. Lepas tu tukar posisi, masak kt luar depan pulak. ada bumbungkan, so takde la worry sgt. Tugas my mom masak kari kambing & asam pedas. My MIL pulak masak smbal goreng & sambal udang. Pastu boleh pulak berebut kuali. Yg hubby pun bijak jugak, i dah pesan suruh amik kuali 2, dia g amik 1 jek. Maunye tak berebut nak masak. Nasib baik semua lauk-pauk smpt dimasak sblm maghrib. Kenduri lepas Isyak

Kitorg ada sewa kanopi, sbb dlm rumah tak selesa pulak nti nk mkn. Org kanopi tu kata sblm asar dia dtg pasang. Then dh nk dekat pukul 4.00 ptg, still tak nmpk batang hidung lg, call2 tak jawab pulak tu. Pergh, dh cuak sgt dh kitorg. Kitorg pun berusaha dan tawakkal, pusing area perumahan kitorg tu cari org yg ada sewakan kanopi. Pusing2 nasib baik jumpa. Mula2 org tu taknak pasangkan jgk sbb bdk2 dia baru blik dr bukak khemah. Dia kata budak2 dia penat. Kitorg dok merayu2 lastly dia kata ok tp lmbt sikit la pasang. Fuh lega. Kitorg smpi jek umah, lori kanopi yg first tu pun smpi, ape lg, kitorg halau suh balik jek. nasib baik tak bayar deposit lg.

Lepas Isyak, majlis pun mula. Alhamdulillah, org surau yg datang pun ramai, jiran2 semua datang, wpun kitorg ni jiran baru. And jiran2 semuanya best. Takde la yg kekwat setakat ni. Ramai suri rumah tangga. Majlis habis around 10.00pm. Tp family berfoya2 smpi nk kat kul 1.00pg. I mmg collapse la.

Esoknya baru kitorg berkemas. Mommy i yg berkemas sbnrnye. Mommy i tu bgun awl gile. Kul 4.00 pg dh tak blh tido dh katanya. So, masa i bgun kul 7 tu (subuh gajah sikit) byk yg dh siap kemas. Love u Ibu. I cakap dgn hubby, lain kali katering jek la. I dh tak sanggup nak berpenat mcm ni. Yg masak and preparekan semua barang cuma my mom and MIL jek beserta 2 org adik I. Adik beradik hubby dtg masa dh nk kat kenduri sgt. Cian diorg. Dh la mak2 I tu dh tua.

Nak snap pic pun tak smpt. Jadilah entry panjang tak bergambar. Alhamdulillah niat kitorg nk buat knduri dh tercapai (",)

Wednesday, July 4, 2012

Bean bag ke Buaian?

Soksek2 by Aida & Riana at 6:26 PM 4 girls dh soksek2 together
Salam gurlz,

Pagi ni pasir gudang hujan, Alhamdulillah, sejuk jek tido sampai rasa nk sambung tido lg. Asalnya nak bgun kul 5.00 sbb nk sahur (kononnye la) and nak kemas umah. Sbb hr ni PIL nak datang. Tapi kalau dah terbangun kul 6.45 tu, smpt nyapu and kms katil jek la jawabnye. 

Smlm we all dok setting kan hall tempat main game. Hubby dh gantung kan tv. Sblm ni dia sgt la berkeras taknak gantung tv sbb tkut jatuh katanya..habis tu kt kedai mamak tu, boleh jek gantung. Panjang sgt la argument dgn en hubby tu. Lama2 malas nk layan bini diva dia ni, gigih la menggantung kan jugak

Koonon hero kan, gantung sorg2 taknak tgu heroin blik keje. skali senget pulak braket tu. Dah la senget, tinggi pulak..so main game mendongak la. kalau baring lg la, dh mcm melangit. Cian I tgk en hubby main game mcm tu..kat area tu blm ada sofa lg. Then hubby suggest la suh beli 2 seater. Wife mmg suka la kalau suami dah suruh menyoping kan..hahaha

Tp i rasa mcm tak sesuai lat 2 seater..Mcm formal sgt. I nak something yg sempoi. Mmg dr hari tu i nk beli Bean Bag, tp hubby tak bagi. Tp lepas isu smlm tu, dia mcm bagi jek.

From LullaBean

From Bean Bag
Price around RM180 and above. Kira standard price la kan. 

Another idea, letak buaian gantung kat situ. Best jgk kan.

LOve the color

Cool

Idea ni pun diterima hubby. Tp apa2pun, kena check kewangan dulu. Hopefully ada la bonus. Boleh la i beli buaian ni kan. Kalau tak, mampu bean bag jek la jawabnye. Both of this more flexible i rasa. Kalau 2 seater mcm mkn ruang sgt. Hmm mula la siang malam termimpi2 ni. Pg ni jek dh 5 kali sebut bean bag kat hubby. Sampai dia malas nk dgr. hahhaha

Sha; Any idea where should i find this in PG/JB?


Tuesday, July 3, 2012

Room Decoration

Soksek2 by Aida & Riana at 12:17 AM 11 girls dh soksek2 together
Setelah sekian lama pending. Punyala malas nak snap pic kan. Td bgun2 tido trus rajin. Actually we all plan nak cat bilik color red+grey. Tibe2 cat color merah tu tak nak amsuk pulak dgn dinding. maka hubby pun lanyak la sumenye dgn color grey. Eh, mcm dh pernah cerita kat entry lepas jek..huhuhu

Pic pre-wed kat kepala katil

Side table. Just flower and clock berserta picture bertandang

Overall view.
So tema rasmi bilik ni, Purple+Grey. Langsir tu labuh smpi ke lantai untuk menampakkan effect tinggi. Dressing table tak nak enterprame sbb dia berselerak. hubby suka sepah2 kan atas tu..

Td tak habes menaip lg sebenarnye..terpublish. Mouse ni ada masalah mentel sikit. suke terlajak2

Bilik ni asalnya adalah 2 buah bilik. Yes kami telah merobohkan dinding ditengah tu sbb nak kan bilik yg besar. Umah ni ada 4 bilik. Bilik paling depan tu adalah super kecik. So i propose kt hubby, better kita jd kan 1 room jek. Dulu masa rumah sewa master bedroom kecik, i rasa rimas and susah nak kemas..nak alih2kan barang pun alih2nye kt situ jgk..

Bedroom set pulak..I choose divan type sbb rasa mcm kukuh sikit kot. nak beli kayu jati tak mampu pulak kan..Katil tu size king sbb memikirkan kalau ada ank nti, tak la tersepit sgt ank nye tido. Lgpun my hubby tido sgt luas dlm erti kata lain, lasak. Wardrobe, 8x8 ft. besar terus sbb i tau pertambahan baju adalah selari dgn pertambahan hari, bulan dan tahun. so nti tak payah la beli almari lagi. nak buat yg build-in, pun tak mampu lg.

Actually byk lg nak buat, tp serius dh kesempitan kewangan skang ni..hahahah..Ingtkan nk buat ruang utk membaca gitu..Just armchair + book rack + round carpet. Pray for the bonusES.

Wekend ni we all ada kenduri doa selamat. Both family akan berada di rumah kami. Quite nervous jgk ni. First time nak organize kenduri-kendara. I ask my mom to buy everything from melaka. Even bawang and cili kering because i have no idea how much i should buy. Hopefully everything will going smooth..





















 

Mr. Hunter's Sweetheart is the storyTeller Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates