Sunday, July 29, 2012

Famous Amos and weekend

Soksek2 by Aida & Riana at 7:30 PM
Salam..


Wah kejap jek dh 10 Ramadhan kan..Kalau kecik2 dulu, dok bantai guling2 nak tgu sampai 30 Ramadhan. Mak I dh la strict. Jangan harap nak ponteng puasa. Mau nye tak dapat makan terus nanti..


So far, preparation kitorg baru sikit2 jek..Kitorg pun baru pndh umah, so ape yg ada jek la..takde la bertukar langsir je, tukar carpet ke..Semua pakai bnda yg sama. Tahun ni mmg dh plan nak raya kt kmpung i, sbb atok i dah meninggal, so tahun ni my parent tak balik kampung dah. dah takde siapa kat kmpung..Kalau we all raya kat kmpung hubby, mesti my mom sedih. Hubby pun dh agree about that. No offence between us. Tbe2 last Saturday my Brother-in-law sms me..Dia suruh we all raya dgn diorg sbb semua raya sana thun ni. Sentap jgk. Padahal diorg dah tahu kot yg kitorg mmg beraya kat Melaka. Then I explain itu ini, hopefully diorg faham. 


Ok, last weekend I dh start baking project. Husbanh kerja, so I dok umah sorg2 melayan perasaan sambil buat famous amos. Mula2 tu excited. Dah lama2 tu, tgk byk nye la pulak adunan ni..Jemu kot nk habiskan..Tp habis jgk, and dapat la 3 balang. Utk sendiri, untuk Ibu and Mak.


I guna resepi ni, tp buat half portion jek



Famous amos
Bahan-bahan:
2 cawan butter
4 cawan tepung
2 tsp soda bicarbonat
2 cawan gula halus
2 cawan gula perang
5 cawan oat yang diblend halus
24 oz. chocolate chips
1 tsp garam
18 oz. Cadbury bar (parut)
4 biji telur
2 tsp baking powder
3 cawan chopped nuts (boleh guna walnut, almond atau hazel)
2 tsp vanila

Cara:
Pukul butter dan gula hingga gebu.
Masukkan telur dan vanilla, campurkan tepung, oat, garam baking powder dan soda bikarbonat.
Masukkan chocolate chips Hershey, Cadbury bar (yg dah diparut) dan kekacang, sebatikan semua bahan dan gaul rata.
Kemudian sudukan ke dalam loyang dalam jarak 2 inch.
Bakar dalam 15 minit pada suhu 170 degrees.


Dan hasilnya;

Sebelum bakar

Selepas bakar. 

Ni first batch. Batch yg seterusnya, i kecikkan sikit supaya lebih crispy. Hubby dok mhadap cookies ni masa sahur td. Wpun dh terlemau sbb Tupperware tu tak tutup rapat rupenya...hahahah 

2 girls dh soksek2 together:

Unknown on July 29, 2012 at 11:16 PM said...
This comment has been removed by the author.
Unknown on July 29, 2012 at 11:17 PM said...

dh copy resipi nih.. sminggu lg nk raya boleh buat.. heeee

Post a Comment

 

Mr. Hunter's Sweetheart is the storyTeller Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates